Search

7 Lokasi Mesti Dikunjungi Bila Anda Travel Ke Jaipur, India


Seperti yang diketahui ramai India memiliki keunikan yang tersendiri sama ada dari segi alam semulajadi mahupun sejarahnya.

Kali ini kami ingin kongsikan pula tentang Jaipur dan 7 lokasi menarik yang boleh anda kunjungi jika ke sana.

1. Pink City



Sebenarnya Jaipur ni adalah antara bandar terancang pertama di India. Kalau korang perhatikan dari elevated view, Jaipur ni adalah kota yang dikelilingi tembok besar yang berwarna Pink. Dan setiap bangunan yang dibina di dalam tembok ni pun di cat dengan warna pink. Sebab itu ianya dikenali sebagai Pink City. Tak silap kami, ada 7 gate kesemuanya untuk memasuki kota berwarna pink ni.

2. Amber Fort



Kalau korang sukakan senibina istana yang gah, ukiran ukiran yang teliti dan mulus, Jaipur lah tempatnya. Di Jaipur, memang banyak istana yang menarik untuk korang terokai.

Antaranya, ialah Amber Fort yang terletak lebih kurang 10 km di luar dari bandar Jaipur. Kalau korang rasa nak feeling-feeling macam maharaja pulang ke istana, datang lah ke Amber Fort ni pada awal pagi.

Kerana, waktu ini, korang boleh menaiki gajah. Gajah-gajah ni bekerja ikut shift, separuh hari je. Lepas waktu tengah hari, korang kena lah jalan sendiri naik ke fort.

3. Jaigarh Fort



Terletak 1KM ke atas daripada Amber Fort, adalah Jaigarh Fort. Fort ni menyimpan canon yang terbesar di dunia. Tapi yang mengujakan lagi, dari Jaigarh Fort ni, korang boleh dapat view yang sangat breathtaking. Bila dah naik, rasa tak nak turun turun dah.

Masa kami pergi ke sini, hampir 6 jam kami duduk menikmati view dari atas fort ni.

4. Jal Mahal



Jal Mahal ni terletak berhampiran dengan Amber Fort. Dalam 5 minit perjalanan je kalau naik tuk tuk. Dan ianya hanya di tepi jalan je sebenarnya. Memadailah kalau nak berhenti setakat 10 minit sebelum korang melawat tempat lain pula.

5. Hawa Mahal


Hawa Mahal ni memang korang tak boleh miss kalau singgah di Jaipur. Senibinanya memang stunning. Kalau korang beli composite ticket, entrance feetak perlu bayar dah untuk masuk ke sini, hanya perlu tunjuk tiket yang dah beli tu je.

Tapi kalau korang cuma nak ambil gambar architecture yang menjadi mercu tanda Jaipur tu, tak perlu masuk pun tak apa. Ambil gambar dari luar je dah cukup, sebab kat dalam Hawa Mahal ni kosong je, tak ada ukiran atau hall yang gah macam di Amber Fort.

6. Jantar Mantar



Kalau korang berminat dengan astronomy, space, stars dan constellation, korang boleh juga pergi ke Jantar Mantar. Ia telah di-rank kan sebagai ruang tinjau yang paling besar di dunia!

Bagi kami yang tak tahu apa apa pasal astronomy ni, kedekut pulak nak hire guide, agak bosan jugak lah sebab tak tahu macam mana benda benda tu berfungsi.

Tapi kalau korang ada bajet lebih untuk dibelanjakan, boleh lah hire guide supaya diorang boleh ceritakan sejarah dan macam mana kawasan observatory tu berfungsi.

7. Bapu Bazar




Bazar ni terletak di dalam kota Jaipur. Kat bazar ni macam-macam ada. Barang elektrik, periuk belanga, baju, sari, buku buku, complete la semuanya.

Tapi di bazar ni, apa yang kami perhatikan, rata-rata semua kedai kedai ni akan cakap harga barangan diorang tu dah lowest dan fixed price. Sebabnya, diorang tak nak bagi korang bargain.

Kalau dah cuba bargain pun, berkeras diorang cakap tak boleh turun harga dah. Tapi sebenarnya, kalau korang dah tengok barang-barang dalam kedai dia, nampak macam nak beli, tapi tak jadi beli pulak, tiba-tiba je pemilik kedai tu boleh turunkan harga.

Siap cakap, kalau beli banyak boleh dapat diskaun lagi. Eh, tadi kata fixed price?