Search

7 Lokasi Seni Grafiti Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu!


Musim cuti sekolah sudah menghampiri dan apa yang menarik ketika musim cuti adalah dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan juga saudara mara terdekat. Untuk kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda 7 lokasi seni grafiti atau lukisan jalanan yang anda wajib datang dan juga pastilah kena tangkap gambar sekali.


Terima kasih kepada hype.my kerana membantu kita semua untuk sama-sama berkongsi tempat-tempat yang menarik yang ada di Malaysia.

Kongsikan kepada adik-beradik atau ibu dan bapa anda dan pujuk mereka datang ke sini. Ayuh bangunkan indsutri seni jalanan di Malaysia. Jika bukan kita yang bantu, siapa lagi.

1. Ipoh











Dari segi pengetahuan kami, Ipoh memang terkenal dengan tempat makan-makan dan juga kebanyakan lahirnya kumpulan muzik indie. Kini anda luangkan masa bersama keluarga untuk bergambar di sini (terletak di Jalan Bandar Timah), sambil makan-makan sambil jalan-jalan.

2. Pulau Pinang











Ya, kami rasa di Pulau Pinang ini, sudah ramai yang tahu. Jika anda ingin tahu, pelukis yang melukis di Ipoh juga merupakan orang yang sama. Ernest Zacharevic adalah pelukis yang bertanggungjawab menceriakan lokasi di Ipoh dan di sini (Georgetown) bersama dengan seorang pelukis tempatan, Louis Gan.

3. Malacca











Jika anda ingin melihat keindahan hasil seni lukisan jalanan di Melaka, anda perlu menaiki bot (Rm10 jika tidak salah kami) yang akan bawa anda menyusuri sungai di sini. Memang cantik dan menarik lukisan yang ada di sini. Kami sukakannya sebab ia membuatkan suasana sesuatu tempat itu jadi hidup.

4. Seksyen 2, Shah Alam, Selangor











Di sini merupakan antara tempat yang selalu menjadi perhatian anak muda tangkap gambar mahupun mengadakan aktiviti basking. Malah projek usahasama MBSA ini juga dilihat sesuatu yang bagus untuk masa depan anak muda yang cintakan seni. Malah pada hujung minggu selalu juga kami lihat ibu bapa bawa anak ke sini, sekali dengan ibu dan bapa yang bergambar sakan. Terima kasih kepada azuanzahdi kerana gambar anda sangat awesome!

5. Johor Bahru











Melihatkan daripada corak lukisan dan juga mesej yang cuba disampaikan, anda boleh agak bukan, bahawa seni ini juga adalah hasil karya Ernest yang membuat lukisan di Ipoh dan juga Pulau Pinang. Apa yang menarik, jika anda perasan, kebanyakan seni di Johor Bahru ini kuat dipengaruhi dengan elemen Lego.

6. Kuala Lumpur









Kepada siapa yang selalu naik tren di Kuala Lumpur dan selalu lalu stesen Pasar Seni, ini merupakan pemandangan biasa yang anda lihat. Apa yang menarik, apa yang kami perasan, seni grafiti di sini akan selalu bertukar dan digantikan dengan lukisan yang baru. Selain itu, sepanjang perjalanan anda di sekitar Pudu dan juga Pasar Seni, anda akan dapat lihat lukisan seni ini di dinding bangunan.

7.Seksyen 7, Shah Alam, Selangor



















Lokasi Laman Seni Seksyen 7 (juga sama dengan Laman Seni Seksyen 2) terletak agak terselindung. Jika anda mahu ke sini, anda perlu parking kereta berhampiran dengan bangunan Jakel.

Sebagai tanda anda sudah berada di sini, cari Secret Recipe atau Wisma Jakel. Kemudian boleh pergi ke bahagian belakang kedai tersebut (sebab itu nama di sini ialah Lorong Belakang). Jika tidak jumpa juga, boleh tanyakan orang ramai di kawasan ini. Untuk lebih gambar dan info, boleh lawati diAzuanZahdi

Apa-apa pun, kami suka usaha sebegini kerana dapat memanfaatkan ruangan atau pun bangunan terbiar. Bila sudah ada perkara menarik, dalam masa yang sama, ia akan menarik minat pelancong dalam mahupun luar negara. Ayuh, apa lagi, jom ajak ibu bapa saudara mara datang ke sini.