Search

7 Pulau Eksotik Di Sabah Yang Tidak Diketahui Ramai

Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan alam dan cabaran. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.

Sabah kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara, dan laut yang mengelilingi negeri Sabah dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Berikut kami senaraikan 7 pulau di Sabah yang kurang popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.

1. Pulau Bohey Dulang, Semporna


Image via Google


Image via ilovesabah.info


Image via flickr

Pulau Bohey dulang terletak satu jam perjalanan dari pekan Semporna menaiki bot. Keindahan pemandangan dari atas gunung di pulau ini menjadi tarikan pelancong.

2. Pulau Kapalai, Semporna


    Image via 
www.borneo.com.au



Image via holidaygogo.com

Pulau Kapalai adalah sebuah pulau yang terletak agak tersembunyi di antara pulau SIpadan dan Pulau Mabul. Ia sebenarnya adalah sebuah pulau yang terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan. Terdapat sebuah kampung/ resort air yang dibina di atas tiang-tiang yang tinggi yang membolehkan anda untuk melihat kehidupan marin yang berenang-renang di kawasan batu karang di bawahnya.

3. Pulau Sibuan, Semporna


Image via azliwahab.com


Image via etawau.com


Image via thetoadstooluk.wordpress.com

Pulau ini dikatakan antara pulau yang terindah di lautan Sulawesi. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang Tawau terus ke Semporna.

4. Pulau Mataking, Semporna


Image via tripadvisor


Image via twtmiri.com


Image via tripadvisor.co.uk

Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Terdapat 30 kawasanmenyelam dan antara yang paling terkenal adalah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall. Lihat secara dekat lagi hidupan laut seperti barracuda, stingrays, tuna, ikan dan lain-lain. Pantainya yang cantik dan menarik pasti menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari dan keluarga anda.

5. Pulau Baggi, Kudat


Image via gadflyketch.wordpress.com


Image via jomlahcuti.com

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

6. Pulau Bum-Bum, Semporna


Image via snipview.com


Image via  cuti-cutimalaysia.net


Image via jomlahcuti.com

Pulau Bum Bum terletak berdekatan dengan Semporna, Kudat dan Lahat Datu dan bersaiz sebesar Singapura. Pulau Bum Bum belum menjadi pusat perlancongan yang terkenal tetapi tak rugi kalau singgah ke Pulau Bum Bum jika anda datang ke Sabah.

7. Pulau Timba-timba


Image via Flickr