Search

7 Tempat Menarik Yang Wajib Di Kunjungi Di Kuala Lumpur


Dah 5 tahun saya tinggal di Kuala Lumpur, boleh tahan banyak tempat menarik disini. Nak kata semua tempat dah pergi, tak juga. Ada banyak tempat yang belum pergi.

Tapi dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur, ini menjadi tempat tumpuan pelancong luar Kuala Lumpur dan seringkali menjadi destinasi pakej melancong di Kuala Lumpur dan rombongan pelajar sekolah di waktu cuti. hehe.

Kalau di google, banyak pakej pelancongan ada untuk Visit Malaysia 2014 cuma nak kena pilih sahaja. Tapi kalau jenis yang backpack boleh sahaja sendiri menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT, monorail ataupun KTM.

Tak susah pun nak pergi, cuma kena pandai mencari jalan dari kedudukan sendiri.

1- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)


Kalau datang Kuala Lumpur kena pergi KLCC. Itu yang sering saya dengar. (Foto kredit: www.oase-livingwater.com)

Dikenali sebagai Menara Berkembar Petronas @ Petronas Twin Tower @ KLCC

2- Zoo Negara, Kuala Lumpur


Zoo Negara tempat wajib datang semasa rombongan sekolah. Dan sekarang our Zoo Negara sekarang dah ada panda!!

Entrance fee :
Dewasa (RM20)
Kanak-kanak (RM6)
Warga Emas (RM6)

3- Planetarium Negara

Planetarium Negara wajib dilawati!.. Foto kredit : www.kosmo.com.my
Entrance fee:
Galeri : Percuma
Teater angkasa :

Warganegara
  • Dewasa – RM6,
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM4
Bukan warganegara
  • Dewasa – RM12
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM8

4- Petrosains, KLCC


Foto kredit : quanericwong.blogspot.com

Petrosains yang sangat menarik. Ibu bapa boleh bawa anak-anak semasa cuti sekolah.
Attractions : Dark ride, Dinasour and etc

5 – KL Bird Park, Kuala Lumpur


Foto kredit : malaysia-tour-guides.blogspot.com

Kuala Lumpur Bird Park atau lebih dikenali KL Bird Park menjadi tarikan kerana terdapat pelbagai jenis burung.

Entrance fees :
Dewasa – RM20
Kanak-kanak 3 -12 tahun – RM10

6- Butterfly Park @ Taman Rama-rama Kuala Lumpur

Foto kredit : www.myworldfoodandtravel.com
Fakta : Taman rama-rama mempunyai lebih 6,000 rama-rama dalam 120 species.

Bagi ibu bapa yang ingin membawa anak bercuti, boleh melawat tempat menarik di Kuala Lumpur. Ibaratnya, melancong sambil belajar. Anak-anak pasti berminat dengan suasana begini.

7- Aquaria KLCC

Photo Credit: travelasia.com.ua

Fakta :
  • Aquaria KLCC mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 Meter.
  • Aquaria KLCC Mempuyai tank ikan terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter
  • Aquaria KLCC Mempunyai tangki tube yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki
  • Yang terakhir Aquaria KLCC adalah Aquarium di Malaysia yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Piranhas? tau? Tak tau google.. 
Harga tiket Masuk Aquaria KLCC
  • Dewasa : Biasa RM53, Mykad – RM40
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : Biasa Rm42, Mykad – RM30
  • 60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30
  • Station Aquarius – RM5 untuk seorang