Search

7 Tips Beli Tiket 'Flight' Murah Melalui Online Travel Agent Di Skyscanner


Kebelakangan ini banyak Online Travel Agent (OTA) menawarkan harga tiket flight yang sangat murah untuk ke Eropah melalui Travel Search Engine seperti Expedia dan Skyscanner. Antara contoh; Paris serendah RM 1300, Istanbul serendah RM 1200.

Contoh Online Travel Agent adalah Expedia, Tripsta, GotoGate, AirTickets24, Budgetair, dan beberapa nama lagi yang boleh anda temui di Travel Search Engine seperti Skyscanner.



ANTARA SENARA NAMA-NAMA ONLINE TRAVEL AGENT (OTA) YANG BOLEH ANDA TEMUI DI SKYSCANNER

Ada yang bertanya adakah selamat membeli tiket dengan OTA di travel search engine ini? Berikut saya kongsikan beberapa perkara untuk rujukan anda:

1. Kenali Online Travel Agent (OTA)

Saya pernah beli tiket dengan airtickets24, Tripsta dan GotoGate. Alhamdulilah semua tiket yang telah saya booking tiada masalah.

Kadang-kadang harga yang ditawar oleh OTA lebih murah berbanding dengan website airlines.

2. Transit Vs Direct

Kebanyakan tiket yang dijual OTA adalah long journey(19 jam atau lebih) dan transit hour yang lama.

Inilah yang dikatakan kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan tiket yang murah.

Anda perlukan korbankan masa anda sekitar 20 jam untuk harga tiket sekitar RM 1300 berbanding 14jam direct flight dengan harga RM 2900.

Jika anda mempunya transit hour yang agak lama gunakanlah kesempatan tersebut untuk keluar berjalan-jalan di negara tersebut.



TRANSIT LAMA KAT DOHA? JOM JALAN-JALAN PUSING DOHA.


MALAYSIA AIRLINES. FLIGHT KUL TO LONDON DIRECT TANPA TRANSIT.

MALAYSIA AIRLINES. Flight KUL TO LONDON direct tanpa transit. Harga tiket RM 3000++ dengan 14 jam perjalanan. Banyak beza dengan harga jika beli melalui OTA yang tawarkan harga diskaun tapi ada transit.

3. Masa Tempahan

Jika anda sudah yakin untuk membeli tiket dengan OTA, silalah isi butiran dengan jelas tanpa ada kesilapan. Selesai membuat bayaran, tunggu confirmation ticket dan eticket daripada OTA.

Selepas dapat booking number, pergi ke website airlines dan cari manage booking.

Masukan booking number dan last name. Pastikan tiket berstatus ‘Confirmed‘. Atau cara mudah tweet sahaja official airlines dan minta mereka send e- ticket.



PASTIKAN ADA MENERIMA STATUS CONFIRM SEPERTI INI.


4. Check-In

Jika anda menempah tiket Penang-Kuala Lumpur –Doha-Istanbul, dengan 1 nombor booking anda wajib check in di Penang dan tidak boleh sama sekali skip segment Penang-KUL.

Jika anda skip 1st segment maka seluruh tiket anda akan terbatal. Semasa pulang, contoh Istanbul-Doha-KuL-Penang anda mungkin boleh minta untuk check in sehingga KUL sahaja.

Semasa check in di kaunter beritahu atau terus bertanya – “bolehkah saya check in sehingga KUL sahaja”.

Untuk check in baggage pula, anda hanya perlu collect bag anda di destinasi terakhir.

5. Service Fee

Setiap OTA mempunyai service fee. Untuk pertukaran tarikh dan pembatalan tiket ada sejumlah fee yang dikenakan.

Begitu juga jika anda membeli tiket dan membayar dengan mengunakan kad kredit ada sejumlah service fee yang dikenakan.

Ada juga OTA yang menawarkan free service fee for payment. Contohnya Tripsta, dengan mengunakaan mastercard credit card tiada service fee yang dikenakan.



6. Terms and Conditions


Baca dan fahami. Jika anda membeli tiket dari OTA maka secara automatik tiket anda anda dikawal selia oleh OTA. Sebarang pertukaran tarikh atau pembatalan tiket perlu dibuat melalui OTA.

Pihak airlines tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat perubahan terhadap tiket anda.

7. Travel Insurance

Membeli tiket dari OTA adalah satu risiko yang SANGAT tinggi. Untuk mengelakkan kerugian yang besar amatlah wajar untuk membeli travel insurance / takaful untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Tips di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Bukanlah saya menggalakkan anda membeli dengan OTA, cuma saya sekadar berkongsi bagaimana saya terbang dengan harga yang murah.

Semoga membantu dan selamat mengembara.