Search

8 Lokasi Paling Cun Di Seoul Ketika Musim Luruh (Autumn)


Musim luruh (autumn) di Korea adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Korea. Selain suhu yang nyaman dan tidak terlalu sejuk, pemandangan di Korea lebih cantik berbanding ketika musim lain kerana pokok-pokok di Korea akan bertukar warna.

Musim luruh di Korea adalah pada bulan September, October dan November. Waktu kemuncak musim luruh di Korea bermula pada pertengahan bulan October.

Image via www.flickr.om
Jika anda melancong atau bercuti ke Korea pada musim luruh, anda mesti melawat tempat-tempat yang ingin kami kongsikan ini.

1.Cheonggaecheon

Image via vemaybayduhochanquoc.blogspot.com
Sungai Cheongyecheon atau dikenali sebagai Cheongyecheon stream ini terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul. Sepanjang sungai ini, terdapat banyak pokok renek yang berwarna-warni hanya pada musim luruh. Suhu yang nyaman akan buat anda melupakan segala masalah dan menenangkan jiwa sambil berjalan di tepi sungai Cheongyecheon.

Image via hufsiso.wordpress.com
2. Seoul Namsan Tower

Berkunjung ke Seoul Namsan Tower ketika musim luruh (autumn) sangatlah berbaloi. Mana tidaknya, menara yang terletak di Puncak bukit Namsan ini dikelilingi dengan hutan yang cantik dan terpelihara walaupun bandaraya Seoul sudah pesat membangun.

Image via yveyanxi.blogspot.sg
Image via www.myeongdong.org
Anda tidak perlu pergi jauh untuk merasai suasana hutan yang bewarna-warni. Pelbagai jenis pokok yang tumbuh semula jadi di sini dan daun-daun maple yang gugur di atas jalan raya pasti buat anda leka seketika dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Di bawah kaki bukit Namsan ini, terdapat sebuah taman yang dinamakan Namsan Park. Semasa musim luruh, ramai orang menjadikan taman ini sebagai tempat bergambar perkahwinan dan berkelah.

3. Nami Island

Image via koreafreeandeasy.blogspot.com

Sebut sahaja Korea, pasti ramai yang terfikirkan tentang Nami Island, attraction paling popular di Korea. Boleh dikatakan kalau travel ke Korea tapi tak melawat Nami Island, tak lengkap trip percutian di sini.



Pulau Nami antara tempat wajib dilawati ketika musim luruh kerana terdapat ratusan pokok yang pelbagai jenis dan berwarna-warni. Lihat sahaja gambar yang kami kongsikan, rasa seperti di dalam lukisan. Jika anda datang ke sini, jangan lupa untuk bergambar di atas rimbunan daun kering yang gugur.

4. Gyeongbukgung Palace

Image via www.thousandwonders.net
Istana ini adalah istana utama dan merupakan perkampungan istana terbesar di Korea sejak dynasty Joseon lagi. Di dalam kawasan istana ini, terdapat sebuah taman dan tasik yang sangat cantik. Pemandangan pada musim luruh pula sangat memukau kerana bayang-bayang kuning kemerah-merahan daun pokok di tepi tasik ini dapat dilihat dari tasik pada waktu siang.

5. Changdeokgung Palace

Image via www.onedaykorea.com
Terdapat 4 istana utama di dalam bandaraya Seoul. Changdeokgung Palace juga tersenarai antara tempat cantik di Seoul pada musim luruh. Istana yang dikelilingi hutan dalam perkarangan istana ini pasti memukau pandangan anda yang melihatnya.

6. Samcheongdong

Samcheongdong merupakan satu kawasan di utara Seoul. Di sini, terletaknya deretan cafe yang unik dan cantik, penempatan orang Korea dan berdekatan dengan Bucheon Hanok Village, perkampungan lama Korea yang masih bertahan sehingga sekarang.

Image via visitkorea.or.kr
Pokok-pokok besar yang bewarna kuning dan jingga di tepi jalan menuju Samcheongdong ini menarik perhatian sesiapa yang melaluinya. Gabungan pokok-pokok kuning bersama deretan cafe yang pelbagai design dan reka bentuk membuatkan kita akan tidak tahan untuk tidak bergambar kenangan di situ.


7. Seokchon Lake


Image via younique-lifestyle-of-korea.blogspot.com
Seokchon lake terletak di daerah Jamsil, daerah terkenal kerana terdapat taman tema indoor terbesar di Asia iaitu Lotte World. Tasik ini sebenarnya adalah pusat rekriasi dan riadah masyarakat Korea yang menetap di Jamsil. Setiap petang, orang Korea akan ke tasik ini untuk joging dan bersenam.

Pokok-pokok yang rimbun yang di tanam mengelilingi tasik ini mencantikkan lagi pemandangan di kawasan ini. Ditambah pula dengan Istana ‘Lotte World’ yang berada di tengah Seokchon Lake, ia membuatkan view gambar yang bakal anda memorikan disini sangat istimewa.


8. Haneul Sky Park

Image via Irene Siah
Taman ini tidak begitu popular jika dibandingkan dengan taman lain di Korea. Tetapi, pada musim luruh, Haneul Sky Park menjadi tumpuan masyarakat Korea untuk dilawati kerana pemandangannya yang unik. Tidak seperti di tempat lain, di Haneul Sky Park ini tidak banyak pokok besar bewarna kuning dan merah. Daun-daun lalang yang tumbuh liar di puncak bukit ini menjadi tarikan utama pelawat yang singgah ke sini. Taman ini berada di pinggir bandar dan berada di atas bukit, jadi perlukan tenaga yang kuat untuk naik ke atas melihat pemandangan sebegini.