Search

9 Hotel Unik Di Malaysia Buat Korang Tak Sabar Nak Pergi Bercuti!

Jangan ingat di luar negara sahaja ada hotel unik dan pelik-pelik, tapi sebenarnya di Malaysia juga tak kurang hebatnya. Ia menawarkan variasi penginapan untuk mereka yang inginkan cabaran dan kelainanan untuk penginapan mereka. Mari kita lihat hotel-hotel unik tersebut.

1. Tubotel, Langkawi

Tubotel adalah sebuah penginapan yang diperbuat dari batang pembentung simen dan mempunyai 17 buah bilik. Ia mempunyai dua jenis pemandangan yang berbeza iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman. Selain itu juga, mereka menyediakan 2 bilik bersaiz standard bagi mereka yang lebih selesa untuk menginap di bilik biasa. Terletak berhampiran dengan lapangan terbang, ia memang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan di pulau helang itu.

Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon: 014-2407022
Harga: RM138 semalam

Image via cdninstagram.com

Image via Isntagram @irinakurkaa
Image via cdninstagram.com
Image via Instagram @beatricetsm
Image via cdninstagram.com

2. Capsule Hotel, KLIA 2

Bagi yang ingin mengejar penerbangan atau sekadar mahu refresh diri sebelum menerukan perjalanan, Capsule di KLIA 2 mungkin boleh jadi piliha. Terletak di Level 1 KLIA 2, pelanggan boleh memilih samada hendak menggunakan kapsul ini 3, 6 atau 12 jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Terdapat kemudahan bilik mandi bagi mereka yang mahu kembali segar.

Alamat: Lot L1-2 & 3, Gateway, Terminal KLIA2, KL International Airport, Jalan KLIA 2/1, 64000 KLIA, Sepang, Selangor.
Telefon: 03-76102020
Harga: RM50 untuk tiga jam

Image via agoda.com
Image via hype.com
Image via feismorethanjust8tofroutine.blogspot.com
Image via miriscitysharing.com
Image via klia2.me
3. Masbro Village, Melaka

Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka, kira kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu. Hotel ini menampilkan gaya butik yang ceria, cantik dan mempersonakan. Bahagian luar Masbro Village yang berwarna-warni, senibina rumah inap yang unik dan landskap yang kemas ini membuatkan pelanggan terasa seperti berada di luar negara.

Alamat: Paya Rumput, Melaka
Telefon: 013-3136872
Harga: RM250 semalam
Image via says
Image via says.com
Image via says.com
Image via says
Image via says.com
4. Container Hotel, Kuala Lumpur

Container Hotel adalah sebuah hotel yang dibuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk yang moden dan berwarna-warni. Terdapat tiga jenis bilik di Container Hotel, iaitu bilik Outgoing iaitu berkonsepkan asrama, Adventure iaitu bilik dalam tubedan Conservative iaitu bilik biasa; masing-masing dengan harga yang berlainan.

Alamat: No 1, Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur,
Telefon: 03-21104388
Harga: Dari RM110 semalam
Image via Instagram @curbsidecantinakl
Image via Instagram @chloemoritz2891
Image via tripadvisor.com
Image via tripadvisor.com
Image via catnapsintransit.com
5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah

Hotel Pelantar Minyak Sabah, atau Seaventures Dive Rig terletak di Pulau Mabul berdekatan Sipadan, Sabah dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot tadi pekan Semporna. Kemudahan di sini adalah ringkas dan asas tetapi kedudukannya di tengah laut menjadikannya unik dan menarik. Selain menginap di sini, anda juga ada pilihan untuk turut serta dalam aktiviti menyelam yang ditawarkan.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 088-251669
Harga: Dari RM1,285 semalam
Image via tripadvisor.com
Image via tripadvisor.com
Image via tripadvisor.com
Image via mercury press media
Image via tripadvisor.com
6. Bustel, Melaka

Bustel adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai yang telah diubahsuai dengan cantik sehingga menjadi sebuah penginapan yang menarik. Terletak di Pantai Klebang, sebuah bas mempunyai dua bilik dan Bustel ada xx buah bas. Di sekitar Bustel terdapat gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan, jadi pengunjung menikmati makanan di tepi Pantai Klebang sambil berehat dan minum coconut shake.

Alamat: Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
Telefon: 019-7414113
Harga: Dari RM80 semalam

Image via cutifamili.blogspot.com
Image via syokmelancong.com
Image via cutifamili.blogspot.com
Image via denai.my
Image via rssing.com
7. Time Capsule Retreat, Pahang

Time Capsule Retreat adalah sebuah hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka. Time Capsule Retreat, mereka mempunyai lapan paip pembetung konkrit yang dipanggil bilik kapsul dan setiap bilik kapsul disediakan katil bersaiz Queen, lampu , soket, penghawa dingin dan pemandangan yang amat indah. Ia sesuai bagi pencinta alam sekitar dan mereka yang ingin menenangkan fikiran.

Alamat: EB4 Belakang Sek Men Sg. Lembing, Pahang.
Telefon: 013-9638888
Harga: Dari RM119 semalam

Image via gigacircle.com
Image via gigacircle.com
Image via greentearedbean.com
Image via blogspot.com
8. Tanah Aina Eco Tourism Resort

Tanah Aina a adalah sebuah Eco-Resort di dalam hutan Pahang dan hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Terletak sejam dari bandaraya Kuala Lumpur, resort mesra alam ini mempunya tiga jenis penginapan iaitu kawasan perkhemahan, asrama dan chalet.

Alamat: KM54.3 Lebuhraya Karak, Lentang, Karak, Pahang
Telefon: 016-6090493
Harga: Dari RM235 seorang (khemah)
Image via carcamping.com
Image via carcamping.com
Image via backpackingmalaysia.com
Image via findyourrooms.com
Image via tw.gigacircle.com
9. Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur

Hotel yang unik ini terletak di belakang Berjaya Times Square, salah sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan tempat tidur berbentuk kotak yang dilengkapi dengan cermin, plug dan meja kecil. Bahagian menunggu disediakan dengan Wifi percuma. Hotel UFO ini juga terletak berhampiran dengan Jalan Bukit Bintang, kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong serata dunia. Hotel ini biasanya menjadi pilihan bagi pelancong yang ingin menghabiskan masa membeli-belah di kawasan Bukit Bintang yang juga terkenal sebagai syurga shopping.

Alamat: 30, Jalan 1, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-21480661
Harga: Dari RM119 semalam
Image via tw.gigacircle.com
Image via tw.gigacircle.com
Image via expedia.com
Image via bookcdn.com
Image via bookcdn.com
So macam mana guys dah ready nak booking hotel unik yang mana satu?