Search

9 Makanan Jalanan Mesti Cuba Bila Melancong Ke Bangkok



Bangkok, ibu negara Thailand sekarang sudah berubah menjadi bandar yang moden dengan seni dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian dan juga kelainan daripada segi fesyen, restoran dan juga budayanya telah menjadikan Bangkok terkenal dalam kalangan pelancong.

Kemajuan yang dilihat di bandar ini dengan pusat beli-belah, muzium dan kemudahan pengangkutan yang baik menjadikan Bangkok sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang gemar melancong.

Bukan itu sahaja, variasi makanan jalanan yang ditawarkan adalah agenda wajib semasa melancong ke Bangkok. Mengapa? Kerana makanan Thailand diiktiraf sebagai salah satu makanan yang terlazat di dunia! Anda nak tahu, bukan hanya lazat, harga makanan di sana juga sangat murah walaupun anda melancong dengan bajet yang terhad.

Jadi, apa jenis makanan jalanan yang mesti anda cuba bila melancong ke sana?

1.Somtam



Image via commons.wikimedia.org

Mesti pernah makan somtam, bukan? Hidangan salad menggunakan betik hijau ala Thai – hidangan manis, masam dan pedas ini adalah salah satu sajian paling sihat anda boleh dapati di sekitar jalanan di Bangkok.

2.Grilled Squid (Pla-meuk)



Image via  stuffycheaks

Sotong panggang terkenal di Bangkok adalah salah satu pilihan makanan laut terbaik. Sotong dipanggang atas arang dan dihidangkan dengan sos Thai yang masam dan pedas.

3.Tomyam


Image via aroimakmak.com

Always be my favourite! Anda boleh dapatkan tomyam halal di Pratunam Market pada harga yang berpatutan. Pilih tahap kepedasan yang anda inginkan malah bonus dilayan oleh pemilik yang sangat peramah yang berniaga tomyam bertahun-tahun lamanya.

4.Mango Sticky Rice


Image via www.thatfoodcray.com

Okay ini pun kegemaran penulis. Anda jangan lupa datang singgah ke Pratunam, di sini terkenal dengan mango sticky rice kerana mangga yang digunakan lebih berkualiti, manis dan nasi pulut juga enak berlemak.

5.Thai Sweet Crepe/Taco (Khanom Buang)


Image via  live-less-ordinary.com

Khanom Buang adalah hidangan thai gaya lama yang terdiri daripada dua jenis inti; gula dengan campuran thong foi (golden egg yolk), kelapa, persimmon atau labu ataupun menggunakan telur, udang dan daun ketumbar nipis – semuanya diletakkan dalam crepe/taco.

6.Fried Quail Eggs


Image via www.gettyimages.com

Seterusnya adalah snek telur puyuh goreng ditabur dengan perasa khas dan lada hitam. Anda boleh mencarinya di mana-mana sahaja!

7.Thai Coconut Hot Cakes (Kanom Krok)


Image via  Mark Wiens at Migrationology

Satu lagi mesti cuba, Kanom Krok adalah pencuci mulut manis santan kelapa, ubi kayu kanji dan tepung beras. Pencuci mulut ini berasal dari topping bawang hijau – semua dimasak pada kuali bulat, biasanya rangup di luar dan cair di bahagian dalam.

8.Red Ruby (Tab Tim Krop)


Image via www.flickr.com

Jika di Malaysia ada cendol, ais kacang. Korea ada patbingsoo. Di Bangkok pula ada pencuci mulut Tab Tim Krob, campuran chesnut, tepung beras pulut dan ais susu kelapa.

9.Finger Licking Fried Chicken

 
Image via www.havehalalwilltravel.com

Ayam goreng di Thailand cukup terkenal malah rata-rata mengatakan rasa ayam goreng ini lebih sedap daripada KFC. Anda boleh dapatkan ayam goreng di satu gerai ayam goreng di sekitar masjid tempatan di Bangkok, ayam gorengnya lazat, rangup malah isinya cukup juicy sehingga mampu menjilat jari.

Nota : Tidak semua makanan jalanan yang disenaraikan adalah disahkan halal, bagaimanapun telah diperiksa dan ianya tidak mengandungi lemak babi, daging babi atau alkohol. Apapun seperti biasa, anda dinasihatkan untuk menyemak dengan pemilik gerai.