Search

9 Restoran Shell Out Ini Buat Anda Selalu Rasa Kelaparan!


Shell Out? Untuk pengetahuan anda Shell Out ini biasanya melibatkan makan secara berjemaah kalau orang jawa dipanggil Nasi Ambeng. Tapi kali ini ia melibatkan makanan laut yang dihidangkan terus diatas meja, sama ada ketam, udang, kepah  atau kerangan laut. Kebiasannya sebelum diletakkan makanan, akan dipasangkan alas makan seperti saprah untuk memastikan kebersihan tempat makan tersebut. Untuk anda yang tak pernah lagi mencuba Shell Out ini bolehlah cuba 9 restoran Shell Out dibawah.  

1. Sue & Tuya Shell Out - Subang Bestari


Hanya berbekalkan RM50 sahaja, anda sudah boleh makan makananan laut yang sedap dengan portion yang banyak. Tak percaya bukan? Ya inilah harga menu set shell out yang dihidangkan Sue & Tuya Shell Out yang terletak di Subang Bestari.

Satu set hidangan shell out saja sudah boleh dikongsi dengan 3-4 orang. Pastinya anda akan kenyang dan ia amat-amat berbaloi sekali. Menariknya di sini, sambal yang digunakan adalah resipi rahsia keluarga pemilik restoran tersebut. Serius best!

Alamat: No 13, Jalan Tasik Raja Lumu K U4/4 Section U4, 40150, Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: 5pm - 12am (Selasa - Ahad)
No. Telefon: 017 595 2245
Facebook: Sue & Tuya Shell Out Subang Bestari








2. Shell Out - Kota Damansara

Warga Damansara pasti sudah mengenali restoran ini. Restoran yang bernama Shell Out ini sememangnya hanya menghidangkan makanan yang berunsur makanan laut sahaja. Shell Out menjanjikan rasa masakan makanan laut yang segar dan enak.

Lihat saja di menu dan ikut langkah-langkah yang disediakan. Ini memudahkan anda untuk memlih jenis seafood dan sensation yang anda inginkan. Terdapat dua kategorisensation yang disediakan iaitu Original dan Malaysia Style. Tetapi dengar-dengar yang banyak menjadi pilihan orang ramai adalah Shell Bang. Anda juga boleh memilih tahap kepedasan hidangan anda. Jom cuba!

Alamat: 16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Waktu operasi: 11.30am - 11pm (Isnin - Sabtu), 11.30am - 10pm (Ahad)
No. Telefon: 016 418 616 / 03 7497 1137
Website: www.shellout.com.my
Facebook: Shell Out







3. Ocean Hauz - Bangi

Buat orang Bangi, Ocean Hauz adalah restoran paling tepat untuk anda kunjungi sekiranya mahu ber-shell out bersama keluarga dan teman-teman. Sama seperti restoran lain, restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan bermacam jenis masakan. Apa yang anda perlu buat setibanya di sini, anda perlu memilih dahulu jenis makanan laut anda sebelum duduk di meja makan anda.

Ocean Hauz menyediakan Lobster, King Crab, King Prawn, King Squid dan pelbagai makanan laut unik yang jarang anda temui. Di sini juga menyediakan ruang untukprivate function, birthday party dan banyak lagi.

Alamat: No 13, Jalan 8/35, Seri Bangi Commercial Centre, Bangi.
Waktu operasi: 4.30pm - 11pm (Isnin - Jumaat), 12.30pm - 11pm ( Sabtu dan Ahad)
No. Telefon: 03 8912 3971
Facebook: OCEAN HAUZ







4. Dyse Gallery - Klang
Dyse Gallery merupakan satu-satunya butik kafe yang menghidangkan shell out di kawasan Lembah Klang. Agak berlainan dengan tempat lain, kafe ini sedikit kecil dan terdapat beberapa buah meja sahaja. Sekiranya, ramai pelanggan yang datang ingin menikmati shell out meja baru akan dibuka di luar kafe.

Bagaimanapun, harga hidangan yang dijual jauh lebih murah atau dengan kata lain buat mereka yang mencari shell out dengan harga bajet di sinilah tempat yang boleh anda tuju. Harga per pack adalah sebanyak RM16 per individu. Menu yang menjadi kegemaran di sini adalah ketam sweet sour, kepah lada hitam, udang buttermilk dansotong goreng tepung. Air juga diberikan secara percuma!

Alamat: Kampung Johan Setia, Klang, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: 10am - 10pm (Dibuka setiap hari)
No. Telefon: 019 248 3534
Facebook: Dyse Gallery.







5. Resepi Timur - Shah Alam

Buat penduduk Shah Alam pula, anda boleh ke sini jika ingin mecuba shell out yangbest dan sedap! Resepi Timur menjanjikan anda hidangan shell out yang freshmengikut portion pilihan anda sendiri.

Restoran yang terletak di Ken Rimba, Shah Alam ini sebenarnya lebih terkenal dengan menu Kelantan. Mengetengahkan konsep santai dan taglinenya "makan sampai puas" membuatkan restoran ini menjadi tumpuan ramai. Bagi yang ingin merasai menu shell out di sini, anda boleh membuat pilihan untuk pakej Hungry (3 orang), Super Hungry (5 orang) dan Super Duper Hungry (6 orang) dan ia akan dihidangkan dengan nasi serta air mengikut pilihan masing-masing. Selain shell out, terdapat juga makanan lain yang menjadi kegemaran pelanggan tetap di sini contohnya Nasi Kambing Blackpepper.

Alamat: No.9-1, Jalan Lengkuas B 16/8, Taman Ken Rimba, 40200 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: 6pm - 2am (Isnin - Sabtu)
No. Telefon: 013 278 6344
Facebook: Resepi Timur







6. Geo's Hartamas - Kuala Lumpur


Lain pula di Geo's Hartamas dengan berbekalkan RM30 anda dipersilakan menikmatishell out sepuas-puasnya. Setiap hidangan shell out adalah seberat 500 gram dan nasi adalah unlimited. Anda boleh order nasi seberapa banyak yang anda mahukan dan minum sampai kembung kerana anda boleh refill secara percuma.

Jadi tidak hairanlah jika restoran ini memang penuh saja dengan manusia pada setiap masa. Satu set hidangan shell out mengandungi udang, ketam, kupang, lala, clamp, sotong goreng, brokoli, dan kentang. Selain seafood, anda boleh juga menikmati makanan western yang enak di sini. Memang puas hati!

Alamat: 11 Off Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 7pm - 3am (Isnin-Khamis / Ahad), 7pm - 4am (Ahad)
No. Telefon: 016 305 7111
Facebook: Geo's Hartamas







7. Bariani Heritage Kitchen - Shah Alam


Ini lagi satu restoran shell out yang popular di kawasan Shah Alam. Tetapi apa pula kelainan restoran ini? Kelainan di sini adalah para pelanggan biasanya akan menikmatishell out bersama-sama Nasi Bariani.

Selain makanan laut, western food turut disediakan di restoran ini. Jadi jika ada rakan anda yang tidak boleh makan makanan laut, tetapi anda mahu berkumpul beramai-ramai bersama teman-teman rapat, ini adalah tempat yang paling ideal buat anda. Hiasan dalaman restoran yang indah juga pasti membangkitkan selera makan anda!

Alamat: No 5, Jalan Plumbum R7/R Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: 11am - 10pm (setiap hari)
No. Telefon: 03-5511 2407
Facebook: Bariani Heritage Kitchen







8. Kiensara Kitchen - Bangi


Murah, murah, murah dan memang murah! Kafe yang terletak di Bangi ini mungkin antara kafe yang akan anda buru selepas ini. Pelbagai jenis makanan di jual di sini dengan harga yang berpatutan dan makanan di sini juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Buat pengetahuan anda, dengan berbekalkan RM15 seorang anda sudah boleh menikmati shell out yang sedap dan lazat. Selain itu, suasana di dalam kafe ini juga sedikit berbeza dan ia menggunakan meja dan kerusi kayu (seperti bangku dan meja sekolah) sekaligus menjadikan kafe ini lain daripada yang lain. Makanan paling mahal pun RM7 je! Memang murah kan?

Alamat: No.15, Jalan Jernang Jaya 1, Taman Jernang Jaya,43650 Banda Baru Bangi, Selangor.
Waktu operasi: 12.30pm - 10.30pm (setiap hari)
No. Telefon: 013-2456880 / 011-21344484
Facebook: Kiensara Kitchen








9. Just Seafood, Petaling Jaya

Selari dengan nama restoran Just Seafood, restoran ini sememangnya hanya menghidangkan seafood semata-mata. Ya, Hanya SEAFOOD! Terdapat dua jenis hidangan shell out yang ada di sini iaitu Louisiana Cajun Style dan Buttermilk Style.

Harga bagi setiap hidangan seperti berikut:

1. Louisiana Cajun Style: 1-2 pax = RM99++, 2-3pax = RM189++, 4-6 pax = RM379++.
2. Buttermilk Style: 1-2 pax = RM119++, 2-3pax is RM199++, 4-6 pax is RM399++.

Louisiana Cajun style agak kaya dengan pelbagai rasa dan sedikit pedas. Gabungan sos pencicah bersama roti bakar juga pasti memberikan rasa nikmat yang unik saat ia masuk ke dalam mulut. Manakala, Buttermilk Style pula amat sesuai bagi mereka yang sukakan makanan yang agak manis dan berlemak. Terpulang kepada anda, ikut citarasa anda sendiri dan makan sehingga kenyang!

Alamat: A-9-G, No. 2 Jalan PJU5/14 PJU5, 47810 Petaling Jaya, Malaysia, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Waktu operasi: 12pm - 10.30pm (setiap hari)
No. Telefon: 012 229 0855
Facebook: Just Seafood










Nampaknya, shell out betul-betul menjadi trending waktu kini. Buat semua seafood lover apa lagi jom kita serbu!