Search

Amalkan 6 Tips Ini Untuk Elakkan Makanan Syubahah Ketika Travel


Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Mencari sesuatu yanghalal itu adalah wajib bagi umat Islam. Bagi perkara yang halal, secara mutlak kita dituntut mencarinya, manakala bagi perkara yang haram secara mutlak dituntut untuk meninggalkannya dan bagi perkara syubhah pula amat perlu dijauhinya. 

Walaubagaimanapun,keadaan darurat membolehkan yang haram. Prinsip ini bersandarkan kepada kaedah ‘al-darurat tubih al-mahzurat’. Kaedah ini menjadi salah satu prinsip halal dan haram menurut al-Qaradawi. Al-Qaradawi menyebut bahawa walaupun Islam telah menetapkan perkara-perkara yang haram dan melarang keras dari melakukannya, tetapi Islam juga tidak mengabaikan keperluan hidup dan kelemahan manusia, Islam juga mengambil kira keadaan darurat yang tidak boleh dihindari. Seseorang Muslim diharuskan untuk melanggar larangan agama (melakukan perkara haram) kerana terpaksa untuk menghilangkan darurat dan untuk hidup dan bertahan.

Justeru itu Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan perkara yang baik dan buruk. Timbulnya halal dan haram di dalam Islam adalah sebagai panduan bagi manusia untuk mengenalpasti sesuatu yang baik ataupun buruk. Namun begitu Islam bukanlah sebuah agama yang rigid, dalam sesetengah keadaan, sesuatu perkara yang ditegah akan dibenarkan untuk melakukannya demi meraikan kemaslahatan manusia. Walau bagaimanapun kelonggaran kepada yang haram tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Inikerana kewajipan di dalam mencari sesuatu yang halal merupakan fardhu ain bagi umat Islam.

(Sumber :Prinsip-prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi)

Disini kami akan kongsikan 6 Tips Untuk Elak Makanan Syubhah Ketika Travel:

1.Guna Applikasi Zabihah.
Zaman sekarang ni mudah kerana semua benda kita boleh cari di internet. Sebelum travel, pastikan anda membuat sedikit research mengenai tempat yang ingin dikunjungi. Buat senarai restaurant yang menghidangkan makanan halal. Untuk memudahkan pencarian, boleh rujuk di website Zabihah.

Applikasi untuk smartphone juga turut disediakan, hanya perlu download sebelum travel

2.Cuba Vegetarian
Sekiranya tempat yang ingin dituju tu tidak mempunyai restaurant halal, boleh cuba cari restaurant yang menyajikan hidangan untuk vegeterian atau pun Indian Restaurant. Kebanyakkan Indian Restaurant tidak menghidangkan daging dan babi, mereka hanya menghidangkan makanan laut. Jangan pula kita memesan makanan yang berasaskan ayam ya.


Alhamdulillah, ketika di Prague kami dibawa ke kedai ini oleh seorang rakan yang merupakan pelajar jurusan perubatan di Czech Republic. Thank you Nina!


3.Masjid Atau Pusat Islam
Cari Masjid , Islamic Centre ataupun Malaysian Hall. Kebiasaannya, disekitar kawasan ini turut mempunyai restauran makanan halal. Sebagai contoh, ketika berkunjung ke Tokyo Camii, Jepun. Terdapat beberapa kedai yang menyajikan makanan halal disekitar Masjid. Selain daripada itu, anda juga boleh ke Malaysian Hall. Silap-silap dapat makan makanan Malaysia! Seperti di London, di Malaysian Hall juga turut disediakan kemudahan untuk solat. Di bulan Ramadhan pula, mereka turut mengadakan solat terawih secara berjemaah. Kalau nak lagi best, cuba cari student Malaysia yang belajar di destinasi yang ingin dituju. Bukan kerana nak tumpang makan di rumah mereka. Tetapi anda boleh bertukar information dengan mereka kerana mereka lebih arif mengenai selok belok disana.


Malaysian Hall, London. Gambar ihsan Google

4.Bawa Makanan
Bawa makanan dari Malaysia dan masak sendiri. Setiap pagi sebelum keluar untuk berjalan, pastikan anda masak dan tapau. Untuk yang travel selama 2-3 minggu mungkin boleh guna cara ini. Tetapi kalau yang travel untuk jangka masa yang agak lama ataupun yang menetap di sesuatu tempat yang majoriti penduduknya bukan beragama islam, mungkin cara ini tidak sesuai. Perencah-perencah nasi goreng, pes sambal dan rempah juga boleh dibawa. Cuma pastikan ianya dibungkus kemas dan mempunyai label ingredients.


Ibu sambal – precook sambal. Bawa ni senang. Campak dalam kuali, pastu pecah telur. Settle!

5.Sabuh Taharah
Bawa sabun taharah untuk sertu peralatan memasak di hostel atau apartment. Sabun taharah boleh dibeli di kedai yang menjual kelengakapan haji dan umrah. Disini pun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang cakap cukup sekadar bilas dengan air. Ada juga yang cakap perlu di sertu. Jadinya, ikut kepada individu itu sendiri. Kalau rasa tak yakin, bilas sahaja dengan sabun taharah. Kalau yakin, boleh teruskan masak macam biasa. Jangan lupa basuh balik kuali dan periuk lepas masak sudahlah


Kitchen di Meininger Hotel Brussels


6.Beli Dan Masak.
Beli bahan mentah di pasaraya dan memasak. Tips ini sesuai untuk yang travel dalam jangka masa yang lama atau yang menetap di overseas. Boleh la beli sayur, ikan, makanan laut dan apa-apa yang sesuai. Ketika trip ke Eastern Europe tempoh hari, kami memasak Pasta. Sos pula kami beli crushed tomato. Bila di luar negara, terpaksa lah bersederhana. Nak sedap sikit tabur la cheese atas pasta tu.

Minah ni hari-hari makan cereals. Kalau korang mampu makan cereals hari-hari, apa salahnya

Jangan bandingkan kita yang travel dalam masa yang singkat ini dengan golongan yang menetap di sesebuah negara minoriti muslim. Terdapat keringanan (rukhsah) untuk mereka dalam bab penyediaan makanan halal.

Sebagai contoh, student A terpaksa menghadiri kelas dari jam 9 pagi sehingga jam 10 malam. Pagi dan tengah hari, student A makan bekal yang telah di masak ketika di rumah. Untuk makan malam pula, akibat terlalu penat, student A terpaksa membeli makanan di kedai. Dalam keadaan ini, sekiranya ia memudaratkan student A, maka student A ini diberi keringanan.

Lagi satu contoh, student B menghadiri kelas sehingga malam. Student B hanya mempunyai masa rehat selama satu jam sahaja kerana perlu kembali ke makmal semula. Agak-agak sempat ke Student B ni nak balik rumah masak ataupun ke kedai makanan halal yang letaknya 30 minit dari Universiti?

Sebab tu kita digalakkan meraikan pendapat. Situasi masing-masing berbeza. Kalau yang berada di luar negara atas dasar bercuti, selalunya memang tiada kekangan masa untuk mencari kedai makanan halal. Tetapi kalau yang menetap di luar negara, kadang-kadang berlaku kekangan masa dan keaadaan yang memaksa.

Islam Itu Indah :-)