Search

Anda Mesti Cuba 21 Makanan Halal Ini Jika Melancong Ke Korea Selatan


Alhamdulillah diberi kesempatan singgah di bumi Kpop. Saya nak kongsikan gambar beserta description tentang semua makanan halal di Korea Selatan yang sempat saya nikmati di sana.

1. Banana Uyu




The very well known Banana Uyu (milk). Kalau tak minum ni, bermakna belum sampai Korea. Sedap! Perasa lain pun sedap. Ada hijau (melon), biru (vanilla), coklat (coffee) dan pink (strawberry).

2. Myeong Dong Street Kebab



Pakcik Kashmir ni seorang je depan Zara. Kebab ayam dia awesome sebab banyak isi ayam. Sila mintak sos lebih ya. Pakcik ni layan je. Kebab daging / kambing ok gak tapi banyak sayur je haha.

3. Soft shell crab goreng tepung Myeong Dong Street



Sedap makan panas-panas bubuh sos cili.

4. The signature egg bun




Memang banyak jumpa ni kat Korea. Mostly boleh makan sebab ada telur dan kacang je. Tapi hati-hati, kalau jumpa yang versi ada bacon tu tak payah la cuba.

5. Paris Baguette



Di Korea, ada banyak cawangan Paris Baguette. Antara cafe popular juga. Macaron ice cream ni paling sedap. Ada perisa blueberry (gambar), coffee, mango dan cookies (coklat). Minuman pun sedap kat Paris Baguette. Menu macam typical cafe.

6. Pizza halal Itaewon



Kedai ni baru mula beroperasi tahun lepas. Berhati-hati jika request spicysebab diorang akan bubuh pepper banyak! Portion wise pula, small merekaequal to medium kita. Medium mereka sama saiz dengan large kita. Kenyangbaqhang!

7. Sotong goreng tepung Myeong Dong Street



Sotong goreng tepung Myeong Dong Street kegemaran kitorang. Tak tauapasal sedap sangat. Rempah tepung dia special kut. Pastu makan panas-panas time sejuk berangin. Siap letak sos cili. Memang best!

8. Pastry berinti cheese atau red bean, cotton candy, oyster cheese dan buah berangan



Gambar ikut arah jam :
1. Pastry berinti cheese atau red bean. Rasa dia oklah. Tak hype sangat.
2. Cotton candy besar. Cantik untuk props ambil gambar je. Rasa? Macam gula kapas lah. Haha
3. Oyster cheese. Peminat oysters boleh cuba ni. Cheese on top dibakar dengan blow torch. Cair & rangup!
4. Buah berangan bakar.

9. Cheese bakar campur tteokboki (rice cake)



Cheese bakar campur tteokboki (rice cake) campur susu pekat manis sebagai sos. Sedap dimakan panas-panas sementara cheese cair meleleh. Be carefuljuga bila nak beli sebab ada yang jual cheese campur sausage. Yang itu tak boleh makan ye.

10. Bottomless side dishes



Bottomless side dishes. Setiap kali makan di restoran, side dishes akan dihidang terlebih dahulu. Gambar ikut arah jam:
1. Seaweed goreng + gula. Well, manis dan rangup. Kids suka!
2. Kimchi. No explanation needed. Kahkah!
3. Taugeh cili. Not a fan
4. Odeng (fish cakes) & ikan bilis goreng. Sedap je makan dengan nasi panas

11. Gula tarik, Dalchi, pisang goreng dan lemonade



Gambar ikut arah jam :
1. Gula tarik kat Myeong Dong Street. Pernah famous video dia cakap Melayu sambil tarik gula. Memang meriah, banyak bahasa dia boleh cakap.
2. Dalchi. Macam Mochi tapi dalam dia ada strawberry sebijik.
3. Pisang goreng. Diorang belum ada pisang goreng cheese lagi. Hahaha
4. Lemonade. Pressed lemon sebiji + sprite. No explanation needed. Kahkah

12. Ssiat hotteok



Ssiat hotteok ni specialty kat Busan. Jalan-jalan di BIFF Square senang jumpa. Pancake ada inti gula perang & kekacang. Kalau di Myeong Dong Street Seoul ada gula perang je dalamnya. Dua-dua pun rasa not bad.

13. Nanta Pizza Jeju




5000 Won untuk pizza yang besar. Boleh makan cheese / vegetarian pizza je okeh.

14. Limau Jeju



Kulit nipis senang kopek. Ada Jeju punya signature limau nama dia Hallabong. Rupa lain sikit macam ada topi kat atas limau (gambar atas). Tapi masam kelat. Kitorang prefer limau yang bulat. Manis dan tiada biji.

15. Sotong bakar Jeju




Sotong dibakar atas batu panas dan tabur mozzarella cheese. Rasa dia ikutpreference. Kita orang tak prefer. Hahaha.

16. Namdaemun Grandma’s Toast



Namdaemun Grandma’s Toast ialah roti telur campur sayur. Makan satu pun kenyang dah. Jadi lagi sedap sebab makan panas-panas time sejuk. Ada odeng jugak. Nak beli odeng kena make sure jangan ada sundae (cow/pig intestines) terendam sekali ye.

17. Indian food di Bombay Spices, Busan



Indian food di Bombay Spices, Busan. Sangat dekat dengan Gwaebeop Renecite Station. Jalan sikit je sebelah EMart. Berdekatan restoran ni ada Asia Mart yang jual bahan untuk masak yang halal.

18. Asam pedas ayam di Myeong Dong Street Seoul



Kedai ni terletak di lorong kecil. Macamana nak jumpa? Landmark dia lorong tu berhadapan dengan ABCMart. Masuk sikit je terus jumpa dah.

Ahjumma kat sini memang suka kalau kita makan sampai habis makanan dia. Sekejap-sekejap akan check tanya OK ke tak. Hehehe.

19. Nutella Crepe



Nutella Crepe ni mudah dijumpai di Myeong Dong Street Seoul sebab gerai dia paling hadapan dekat dengan Uniqlo.

Apa yang special dengan dessert ni ialah crepe panas campur nutella cair campur pisang campur cornflakes. Hmmm macam boleh buat sendiri di rumah guna kulit popiah, mungkin?

20. Set ikan bakar dan asam pedas di Jeju



Di Jeju, makanan laut agak murah. Kami makan set ikan bakar (gambar kanan) dengan hanya 10000 Won, portion cukup untuk 2 orang sebab ikannya besar!

Jimat sikit disitu. Asam pedas (gambar kiri) pula portion untuk 4 orang makan berharga 25000won. Mahal sikitlah. Tapi kenyang sungguh!

21. Nasi goncang (dosirak), pau kacang merah, beef udon dan bibimbap dengan kimchi



Di Nami Island, tak susah untuk Muslim mencari makanan halal. Ada nasi goncang (dosirak), pau kacang merah dan lain-lain.

Kami lunch di Asian Family Restaurant Dongmoon di Nami Centre Plaza, bersebelahan dengan musolla. Ambience dalam restoran memang cantik dan tenang.

Kami order beef stew (gambar atas), beef udon (gambar bawah kanan) dan bibimbap with kimchi (gambar bawah kiri). Sangat comforting makan sup panas dalam cuaca sejuk!