Search

Anda Mesti Lakukan 5 Perkara Ini Bila Travel!


Kadang-kadang bila melancong kita lupakan lakukan beberapa benda ni. Bila dah sampai rumah baru menyesal sebab tak pergi situ, tak makan disitu, tak rasa makanan itu, tak ambil gambar kat situ. Mari kita tengok perkara yang mesti kita lakukan bila travel keluar negara.

1.Cuba Makanan Tempatan

Image via common.wikimedia.org
Ini sudah semestinya menjadi kewajiban bila travel ke luar negara. Barulah kita boleh cerita pada  orang macam mana citarasa dan apa makanan yang best kat situ.

2.Cuba pengangkutan tempatan.

Image via www.grasshopperadventures.com
Kalau boleh cubalah pengangkutan yang jarang korang gunakan, setakat bas teksi tu biasalah. Contoh yang boleh cuba seperti menaiki bot panjang atau tuk-tuk.

3.Bercakap dengan penduduk tempatan.

Image via www.intrepidtravel.com
Cara paling mudah adalah beramah mesra dengan mereka yang duduk disebelah meja anda ketika bersarapa atau dengan rakan yang duduk disebelah anda di dalam bas atau anda boleh singgah di mana kelihatan kejiranan yang mesra.

4.Ambil banyak foto!

Image via www.earthtripper.com
Image via www.newzealand.com
Pastikan gambar yang betul dan bersesuaian lepas tu bolehlah korang jadikan kenangan atau post di Instagram. Orang biasanya sukakan sesuatu yang ori dan unik.

5.Melawat tempat-tempat yang bukan kawasan pelancongan

Image via www.neeord.com


Image via Flickr.com by McQuaide
Anda boleh cuba dengan pergi ketempat yang jauh sikit dari bandar, kalau boleh pastikan anda ada teman atau tour guide yang arif. Mana tahu mungkin anda jumpa permata yang tersorok disitu.

Itulah serba sedikit tips travel untuk anda yang akan melancong ke luar negara. Selamat Bercuti Ya!