Search

Applikasi Hotels.com Memudahkan Anda Menempah Penginapan Idaman Anda- JomTravelJE!



Menurut kajian rambang yang dijalankan oleh UNWTO World Tourism Barometer, walaupun dengan segala macam bencana alam serta kekecohan yang berlaku pada penghujung tahun lalu di sekitar Asia, ekonomi sektor pelancongan masih lagi berdiri kukuh dengan kehadiran para pelancong dari seluruh pelusuk dunia untuk menikmati percutian yang dikelilingi tumbuhan hijau serta elemen sejarah yang didukung dengan warisan yang diperturunkan sejak nenek-moyang.

Ternyata Asia adalah sebuah rantau yang unik kerana kaya dengan pelbagai budaya serta adat resam. Ini mungkin telah menjadi faktor utama mengapa ramai orang luar yang datang demi melihat dan mengalami pengalaman yang tidak ternilai. Cuba menyelami budaya orang lain adalah suatu perkara yang mahal harganya.

Oleh kerana perkara itu, ramai diantara pengunjung mahupun pelancong inginkan perkhidmatan pencarian tempat penginapan yang lebih memudahkan, cepat dan inovatif demi membuat penempahan hotel yang berkesan.

Hotels.com kini begitu komited untuk mempertingkatkan servis serta enjin pencariannya dalam mencapai target menjadi destinasi atas talian yang menawarkan tempahan hotel kerana ia sungguh memberangsangkan apabila melihat kemajuannya pada tahun 2015 lalu, termasuk di sekitar daerah Asia Pasifik.

Ini dia 10 trend melancong terunggul untuk tahun baru 2016!

Tempahan Hotel Kini Di Jari!


Melancong adalah aktiviti yang ringkas, jadi seharusnya para pelancong bisa mendapatkan keperluan mereka secara segera melalui kemudahan peranti. Di Hotels.com, permintaan ke atas servis tempahan untuk penginapan adalah cukup tinggi dalam kalangan pengguna.

Perkhidmatan Tambah Nilai

Hotels.com berpendapat bahawa perkhidmatan tambah nilai akan menjadi faktor penarik pengguna yang utama. Apabila seseorang membuat tempahan hotel di Hotels.com, secara tidak langsung mereka layak mendapat keuntungan berlipat kali ganda seperti diskaun permohonan visa, insurans perjalanan, kemudahan Wi-Fi dan 1 hari servis lawatan tempatan.

Jadi Pakar Hotel

Para pengguna yang celik biasanya akan bingkas membaca serta menulis ulasan sebagai sebahagian proses awal sebelum membuat mana-mana tempahan. Dengan adanya lebih 17 Juta ulasan pengunjung yang asli di laman Hotels.com, pengunjung bisa mambuat perbezaan berdasarkan carta kategori yang telah dianalisa seperti faktor servis, keselesaan, kebersihan dan kemudahan.

Menggunakan Program Loyalti Secara Bijak

Mendaftar untuk program ganjaran adalah salah satu tindakan bijak untuk berjimat ketika melancong. Di Hotels.com, lebih 20 Juta orang ahli Program Ganjaran Hotels.com berjaya menebus 1 malam penginapan percuma* selepas bermalam lebih 10 kali di hotel yang ditempah melalui servis tempahan Hotels.com.

*Tidak termasuk caj tambahan serta cukai

Jadual Perjalanan Segera


Pelancong mungkin tidak punyai masa untuk menempah hotel dengan awal. Tetapi tiada masalah apabila anda menempah di Hotels.com. Anda bisa menempah walaupun di saat-saat akhir dengan Hotels.com untuk menikmati tawaran hebat serta potongan harga berbaloi.

Rio, Kuala Lumpur, Hong Kong & Bangkok Adalah Destinasi Tumpuan Tahun 2016


Memandangkan Brazil akan menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik tahun ini, ia pasti menjadi tumpuan para pencinta sukan. Seterusnya, Kuala Lumpur, Hong Kong dan Bangkok pula akan terus berkembang menjadi pilihan para pelancong yang mencari sensasi bumi Asia yang sebenar kerana kemudahan penginapan dan fasiliti pelancongan di ketiga-tiga buah negara ini jauh lebih murah . Menurut Hotel Price Index (HPI) yang dikelolakan Hotels.com separuh masa 2015 lalu, terdapat lebih 15% peningkatan pada kadar bilik hotel Malaysia iaitu RM292 satu malam.

Trend “Bleisure” (Business Leisure) Yang Kian Mahsyur

Global Business Travel Association menjangka pada tahun 2018, Asia Pasifik akan mendapat peningkatan sebanyak 5% dalam bahagian pasarannya. Sementara Amerika Syarikat dan Eropah Barat masing-masing mungkin kehilangan 3% dan 2%. Diharap pelancong korporat akan melanjutkan lawatan perniagaan mereka, di samping aktiviti melancong secara santai bersama keluarga.

Para Milenia

Milenia adalah generasi anak muda yang ternyata lebih celik terhadap perihal penggunaan peranti mahupun aplikasi atas talian yang berteknologi tinggi. Pelancong yang terdiri dari kumpulan ini adalah penting sebagai penggerak kemajuan sektor pelancongan secara atas talian.

Dipacu oleh peningkatan nilai pendapatan, perbelanjaan para milenia asia untuk melancong ke luar negara dijangka meningkat sehingga $340 Billion menjelang 2020.

Peningkatan Perbelanjaan Perjalanan

Banyak destinasi mendapat manfaat daripada kadar pertukaran yang lebih baik, manakala yang lain menjadi lebih mahal, tetapi dilihat masih mendapat peningkatan kuasa membeli di luar negara.

Pengalaman Melancong Peribadi

Mengikut kehendak dan kesesuaian keadaan, Hotels.com menyediakan keperluan yang seiring dengan kehendak para pengguna melalui aplikasi mudah alih termasuk penambahan servis tempatan seperti pilihan pengangkutan, arah penunjuk perjalanan atau memandu, cara membeli tiket majlis serta alat untuk berkongsi pengalaman peribadi termasuklah gambar dan ulasan segera.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hotels.com atau muat turun aplikasi Hotels.com di telefon pintar anda sekarang!