Search

Cendol Di Restoran Rojak & Cendol Shah Alam Memang Terbaik!


Inginkan kelainan dalam rasa cendol yang dinikmati? Jika Ya, anda patut berkunjung ke sebuah restoran cendol di Shah Alam yang semakin viral dan popular di media sosial iaitu Restoran Rojak & Cendol Shah Alam.




Restoran ini terletak di Medan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam. Pelanggan yang datang biasanya akan beratur lebih awal sebelum waktu operasi bermula pada pukul 6.00 petang. Disebabkan pelanggan yang terlalu ramai. Ada yang terpaksa menunggu sehingga beberapa jam sebelum mendapat giliran. Ada pelanggan sanggup datang dari negeri-negeri lain semata-mata untuk cuba cendol terbaek ni!

Cendol Santan Kelapa Sawit

Cendol Santan Kelapa Sawit sememangnya lebih sedap daripada santan kelapa. Ada pelbagai cendol aneka jenis yang anda boleh pilih terutama untuk ‘topping’. Cendol topping buah-buahan paling digemari pelanggannya.

Selain buah-buahan, topping koko krunch, cornflakes, coklat, biskut, mashmallow, jeli dan lain-lain.




Daripada banyak pilihan cendol yang ada, cendol durian paling digemari oleh pelanggan kerana rasanya yang manis ditambah pula dengan durian berlemak menambahkan lagi kesedapan.

Harga cendol durian akan mengikut harga pasaran. Ada durian gred D24, D99, D101 dan lain-lain. Harganya antara RM10 - RM12 bergantung pada saiz mangkuk.




Selain cendol, ada juga rojak dan tauhu bakar




Kalau nak bungkus makan dirumah pun boleh juga







Boleh lah lepas ini lepaskan gian anda dengan pergi ke alamat berikut:

Rojak & Cendol Shah Alam
No. G2, Medan Selera Delima, Seksyen 24, Shah Alam
Waktu Operasi : 6.00 petang - 1.00 pagi (setiap hari kecuali ISNIN)
Facebook Page https://www.facebook.com/rojakcendolshahalam