Search

Fenomena Upside Down Melanda Kuala Lumpur!


Kalau di selatan terkenal dengan Melaka Upside Down Gallery dan di utara terkenal dengan Phantamania Pulau Pinangl dengan fenomea yang sama. Kini orang di Lembah Kelang boleh merasai pengalaman yang sama di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Upside Down House telah dibuka secra rasminya pada 8 Jun yang lepas. Rumah yang diletakkan terbalik dengan rekabentuk Inggeris dibina 80% daripada material besi dan selebihnya daripada kayu.

Kuala Lumpur Upside Down sedikit unik kerana dibina lebih tinggi dari yang lainnya di Malaysia iaitu dengan ketinggian 6.096 meter dengan keluasan yang menjagkau 185.806 meter per segi dan mengambil masa 3bulan untuk disiapkan.

Setakat artikel ini ditulis lebih dari 400 pengujung setiap hari yang datang kesan. Yang istimewanya anda boleh ambil gambar dan rakam sendiri. Kalau betul gayanya video itu akan melihatkan anda berjalan dalam keadaan terbalik. Cool kan?

Inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur yang kita kena alami, apatah lagi jika lakukan bersama dengan teman-teman dan ahli keluarga. Sudah tentu ia menyeronokkan. Jom datang ke Kuala Lumpur Upside Down House!

Rebut  harga promosi dari 8 Jun  - 4 ogos 2016

Dewasa : RM15.00 sahaja (MYKAD)
Kanak-Kanak : RM10.00 sahaja (MYKAD)
Yang Pasti "Lain daripada yang lain "
# Anda Boleh Tangkap Gambar
# Anda Boleh Rakam Video
# Rumah Betul-Betul Terbalik

Alamat: Menara Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Tel.: 010-802 7547
Facebook: KL Upside Down
Waktu Operasi: Mon-Sun: 9:00 am - 7:00 pm

Tips: Kalau nak seronok pergi waktu hari bekerja biasa , confirm tak sesak sangat. 

Mari kita lihat gambar-gambar yang menarik, mana tahu nanti dapat idea nak buat aksi yang macam mana nanti disana!