Search

Hilangkan Kerinduan Masakan Melayu di 3 Restoran Malay Asian Cusine Di Jepun


Masakan Melayu kampung semakin popular di Jepun sejak kebelakangan ini berikutan sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan dan rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana.

Kejayaan ini dapat dibuktikan Pengarah Eksekutif, Brahims Group, Datuk Seri Ibrahim Ahmad apabila beliau membuka tiga restoran masakan Melayu kampung di Jepun.

 Kari Ikan

 Sate Ayam

 Okra Sambal

Ketam Kulit Lembut

Antara masakan Malaysia di restoran tersebut.

 Restorannya, MalayAsian Cuisine Shibuya (MAC) - dibuka tahun 2013, beralamat di Sanwa Aoyama 2F, 2-9-9 Sibuya Sibuyaku Tokyo. Lokasi restoran ini terletak di tingkat dua berhadapan jalan besar Aoyama Dori.

Pelanggan boleh turun dari Stesen Keretapi Shibuya (East Exit) atau Stesen Keretapi Omotesando. Beberapa tempat letak kereta berbayar turut disediakan berhampiran restoran ini.

Restoran kedua adalah Malay Kampung (MK) yang dibuka tahun 2014, beralamat di 1 Chome-4-8 Hatchobori, Chuo, Tokyo 104-0032, Japan, terletak dalam lingkungan jarak berjalan dari Stesen Keretapi Tokyo (Yaesu Central Gate). Pelanggan boleh juga turun dari Stesen Keretapi Hatchobori atau Stesen Keretapi Kayabacho.

Manakala restoran ketiga adalah MalayAsian Cuisine Yokohama (MACY) - dibuka tahun 2015, beralamat di 1F, 82-3 Yamachita-cho, Naka-ku, Yokohama, Kanagawa, terletak berdekatan dengan China Town di Yokohama.

Lokasinya yang terletak berhampiran Stesen Keretapi Motomachi-Chukagai menggunakan laluan Toyoko-minatomirai.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Dewina Holdings Sdn Bhd yang menguruskan perniagaan restoran tersebut, Ahmad Fahimi Ibrahim, berkata 65 peratus pelanggan di restoran MAC adalah warga negara Jepun, dan selebihnya 35 peratus dikunjungi rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah kami banyak mendapat sokongan daripada komuniti Malaysia di Tokyo terutama Kedutaan Malaysia, Matrade, Agensi Pelancongan, Malaysia Airline System (MAS) dan Kedutaan Brunei," katanya.

Menurut Ahmad Fahimi, pada 12 November tahun lepas, Datuk Seri Ibrahim menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan sekumpulan 35 pegawai dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia di Restoran MAC.

“Mereka dihidangkan keropok, sate, nasi, kari ayam, acar dan sambal sotong," kata Ahmad Fahimi ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, pelancong dari negara lain juga sering mengunjungi Restoran MAC kerana makanan yang dihidangkan dijamin halal.

"Antara makanan pilihan popular di sini ialah sate, nasi goreng kampung, nasi ayam, nasi lemak, soft shell crab, kangkung belacan dan minuman teh tarik.

Pada masa kurang sibuk, chef restoran boleh mengambil pesanan istimewa yang tiada dalam menu.

Perkhidmatan makanan di restoran ini kelihatan sedikit serba mewah bagi mencerminkan lokasi up-market dan dekorasinya yang menarik.



Menurutnya, restoran ini adalah antara yang terbesar di Tokyo dan boleh memuatkan dengan selesa 55 pelanggan duduk bermeja atau 75 pelanggan berdiri dalam sesuatu majlis diadakan.

“Kami juga menerima tempahan bekal makanan bento dan katering di luar restoran," katanya.

Sementara itu, Ahmad Fahimi berkata, kira-kira 85 peratus pelanggan rakyat Jepun berkunjung ke Restoran MACY setiap hari, manakala bakinya 15 peratus (rakyat Malaysia).

Kebanyakan pengunjung di kawasan Yokohama adalah pelancong tempatan kerana lokasinya berdekatan China Town.

Restoran ini boleh memuatkan 50 pelanggan duduk bermeja dengan disediakan kemudahan satu bilik air, dan satu bilik persendirian berpintu.

Manakala Restoran MK dikunjungi 70 peratus rakyat Jepun, manakala 30 peratus (Malaysia). Restoran ini beroperasi dalam suasana santai yang hampir sama dengan konsep kopitiam. Lokasinya di kawasan pejabat, justeru ia dikunjungi pelanggan ketika hari bekerja.

Menurut Ahmad Fahimi pada peringkat awal, majoriti rakyat Jepun tidak tahu tentang masakan Malaysia kerana tidak sepopular masakan Thailand atau
 India.
Image via www.recomn.com
"Bagi mereka yang pertama kali berkunjung, terkejut dengan keenakan masakan Malaysia kerana sebelum ini mereka merasakan masakannya pedas semata-mata," katanya.

Hampir semua kakitangan restoran adalah rakyat Malaysia yang digalakkan berbual dengan pelanggan supaya mereka berasa selesa dan hubungan rapat sentiasa terjalin.

Keterangan lanjut , layari www.malayasiancuisine.com dan www.malaykampung.com.