Search

Ini Caranya Nak Elak Beratur Panjang di Universal Studio Singapore (USS)




Universal Studio Singapore (USS). Taman tema paling cool dan paling dekat dengan Malaysia. Of course Legoland JB paling dekat. Tapi Universal Studio lebih menarik minat anak remaja dan mak ayah. Legoland lebih kepada anak anak kecil kan?

Lawatan sambil belajar kali pertama Kak Kep dan keluarga ke Universal Studio Singapore pada May 2012. Lama dah kan? Sah sah kena repeat lagi sekali sebab waktu tuh banyak lagi rides belum buka. Sekarang rasa yang dah buka pun sampai dah tutup balik sebab maintainance kan? Kihkihkih

Sebab Kak Kep dah pernah sampai maka bolehlah bagi tips serba sedikit berkaitan Universal Studio Singapore nih especially bab nak elakkan kesesakan di tempat makan yang halal dan elakkan beratur panjang di rides yang famous.

Seperti yang kita sedia maklum di mana mana pun tempat pelancongan tambah tambah yang ada theme park macam nih waktu cuti sekolah memang sesak teruk.

Lebih kurang lagi 2 minggu cuti sempena Tahun Baru Cina kan? Kalau ada cadangan untuk ke Universal Studio Singapore memang kena plan betul betul. Sebabnya, kedua dua negara pun cuti sempena perayaan itu.

Untuk cuti sekolah pula, Singapura akan bercuti panjang sepanjang bulan Jun dan Disember setiap tahun. Juga lebih kurang dengan cuti sekolah di Malaysia.

Jadi, untuk elakkan kesesakan, Kak Kep cadangkan plan percutian ke USS pada hari bekerja. Kalau cuti hujung minggu, hmmmmm.. bagai dikatalah kan? Dan jangan lupa juga. Tak semestinya pengunjung hanya dari Malaysia dan Singapura sahaja, masih ramai lagi pengunjung dari negara lain.




Kakak Qistina layan face painting

Jadi Yang Terawal

Kebanyakan pengunjung dari Malaysia akan bermalam di Johor Bahru dan bertolak awal pagi dari Johor Bahru untuk ke USS kan? Bagi yang bermalam di Resort World Sentosa Island mungkin tiada masalah untuk sampai awal.

Bagi yang bermalam di Johor Bahru, sekiranya bercadang nak ke USS pada hari bekerja, anda perlu mengambil kira kesesakan di bahagian imegresen untuk memasuki Singapura. Awal pagi memang ramai yang kelam kabut dari Johor Bahru nak masuk ofis di Singapura. Jadi rancang perjalanan seawal mungkin.


We stay at Festive Hotel. Cuma jalan kaki ke USS. Lagi senang.

Pintu USS dibuka seawal jam 10 pagi. Kalau sampai jam 9.30 pagi bolehlah posing dan selfie dulu di depan signature globe Universal Studio tuh kan? Update instagram 2,3 round dengan caption “Am here at USS.. Weaaaa” pastuh boleh beratur tunggu gate buka jam 10.00 pagi. Kihkihkih.

Time nih belum ada Instagram. Tak dapat la Kak Kep berselfie.







HihihiUntuk anak ramai, boleh sewa push car nih.. Memang confirm diorang tak larat jalan. Hehehe





























Beli Tiket Secara Online

Jangan sesekali sampai depan gate baru nak beli tiket. Kalau dah rancang percutian dari awal, seeloknya beli tiket masuk ke USS secara online di SINI. Jimat masa. Tak yah beratur panjang.

Tiket cuma perlu print dan tunjukkan masa nak masuk. Jadi tak perlu berpeluh peluh nak beratur beli tiket waktu tuh. Boleh masuk awal, enjoy awal, tak bersesak dengan ramai orang kat dalam.

Harga tiket adalah :

Dewasa : 13-59 Tahun adalah RM200/seorang
Kanak Kanak : 4-12 Tahun adalah RM145/seorang
Warga Emas : lebih 60 Tahun adalah RM96/seorang
*** mengikut tukaran wang semasa artikel ini ditulis
Universal Express and Universal Express Unlimited

Rides yang famous dan popular macam Transformers memang pengsan bab beratur panjang. Memang give up kalau tengok orang beratur dan kesudahannya kalau dengan anak kecik semua, mak nih selalunya jadi mangsa tak dapat naik pun.



Budak baik

Macam mana nak elakkan beratur panjang nih? Korang boleh beli pas ekspres. Pas nih kira pas untuk korang potong Q. Takyah beratur panjang. Tunjukkan pas ini pada person in charge, dia akan bawa ke satu pintu lain dan tiba tiba korang dah kat depan. Priority untuk korang naik rides dulu.


Happy sangat budak nih

Time nih la nak kembang kempis hidung kat orang yang tengah beratur sambil cakap dalam hati “Haaaa.. tuh la.. sape soh korang tak beli pas ekspres” Eceehhhhh… kemain belagak.. Hahahaha..

Pas ekspres nih boleh dibeli bila dah masuk dalam park. Cari kaunter yang jual pas ekspres. Ada 2 jenis pas iaitu :

Universal Express – satu kali potong Q untuk setiap rides (bermula harga RM 80 untuk seorang)

Universal Express Unlimited – tidak terhad untuk berapa kali nak potong Q bagi setiap rides (bermula harga RM140 untuk seorang)

TnC boleh rujuk di SINI.

Restoran Halal

Ada 3 Restoran Halal yang kita boleh enjoy makan dalam USS iaitu :

1. FAR-FAR AWAY ZONE – Goldilocks – Menu: Ayam goreng, Fries, Sandwich n Icecream)

2. ANCIENT EYGPT – Oasis Spice Cafe – Menu: Nasi Briyani

3. HOLLYWOOD – Mel’s Drive in – Menu: Burgers, fries – after 6pm discount 20%


Hala Restoran

Tips Kak Kep ialah sebelum masuk tuh pulun dulu kenyang kenyang nasik lemak ke ape yang berat berat waktu breakfast. Lepas tuh masuk layan rides yang kat depan depan. Agak agak nak lapar balik baru gi rides yang dekat dengan halal restoran. So, jimat masa dan tak perlu jalan banyak banyak sangat.

Boleh terus makan dan naik rides area situ. Study dulu plan USS tuh untuk elak kena jalan banyak tak tentu pasal especially yang ada anak kecil. Nak tolak stroller dan nak handle anak tantrum panas semua tuh. Lebih baik plan sebaiknya. Jangan lupa ambil pamplet kat bawah nih ekk sebagai panduan. Bagi yang ada anak kecik, jangan lupa telan B Complex banyak sebagai anti stress. Semoga
mood mak bapak tak swing. Hahaha

Image via www.travelandbeyond.org

Rasanya setakat tuh dulu sharing Kak Kep berkaitan USS kot. Dah lama pegi. Mungkin banyak yang berubah. Dengan erti kata lain, kena repeat lah kot kan? hihihi.. Layan gambar sikit ekk.. Hehehe..


Lompat Yayy
Abang iparku memang camnih.. Hahahaha

Semoga (ecehhhh.. siap semoga bagai) sedikit tips yang Kak Kep kongsi nih dapat mudahkan percutian korang. Lebih smooth dan steady.

Hingga jumpa lagi di sharing yang lain.

Much love,

-Kak Kep-