Search

Itinerari Travel 6 Hari Ke El Nido Dan Pulau Palawan, Filipina


Sedikit info, itinerari dan kos dan bajet 7 hari 6 malam solo trip ke El Nido & Sabang Beach Palawan (Puertro Princesa).

Lokasi yang diterjah adalah Palawan Island (Puerto Princesa) yang terdiri daripada:
1. El Nido
2. Sabang
3. Coron Island (pulau lain)
4. Puerto Princesa Town

1. TIADA direct flight dari KUL to Palawan. Flight detail :
i. KUL – MNL (Manila : AirAsia flight turun terminal 3)
ii. MNL – PPS (PPS Puerto Princesa : AirAsia naik di terminal 4)

Free shuttle untuk tukar terminal 3 ke 4. Ikut je signboard kat airport Manila tu. Jika sampai malam lepas pukul 12, free shuttle dah tutup dan bukak semula jam 6 am. Jadi siapa yang ambil flight 5am ke PPS akan terlepas.

Jangan risau. Keluar airport Manila, belah kiri jalan terus sampai keluar dari airport Manila. Boleh ambil bas (tak tau nama apa) atau teksi biasa harga 100 PHP, teksi airport 350PHP. Kalau jalan kaki dalam 2 ke 3km.

2. Flight yang pergi ke PPS dari Manila
i. AirAsia Zest
ii. Cebu Air
iii. Philippine Airlines

Flight ke Coron ke Busuanga, MNL – USU (info sahaja tak pergi pun. Tak sempat)

i. Smart
ii. Globe

Harga : 500 PHP (valid 1 minggu). Dua-dua harga sama, Pilih la mana satu.
Data + credit untuk call. Boleh dapatkan di airport Manila.

Saya beli Smart simcard. Boleh la guna untuk upload gambar-gambar kat IG dan sembang-sembang kat watssap.

Coverage tak semua tempat line cantik. Jadi pandai-pandai lah ye.

3. Pengangkutan dari PPS Airport ke El Nido
Van PPS ke El Nido
Banyak agent dan company transport. Schedule van 2 jam sekali.

Harga : 500PHP ke 700php/pax
Jarak perjalanan : 4 ke 5 jam++
Berhenti rehat : 2 kali (1 untuk makan dan 1 untuk tandas)
Perjalanan 70% jalan tar dan 30% tak ada tar. Jalan tanah merah (jalan tengah)

1. Keluar sahaja dari airport akan nampak khemah ejen-ejen transport, boleh tanya dan tawar-menawar di situ.

2. Atau nak mudah, ni ada no tel Agent transport
a. Jayson Jamal hp : 09120441945 / 09993569377
Saya dapat no dari En. Azmi panjang dan rate 500 PHP /trip. En. Jayson boleh cakap Melayu. Saya tak guna En Jayson sebab bila sms,tak reply. Dah naik van lain, baru dia call. Sila SMS 1 hari sebelum untuk maklumkan dia.

b. Van boleh pilih tempat duduk jika kosong. Jadi pilih la nak duduk mana. Hari tu saya pilih duduk depan sebelah pemandu. Kalau dapat harga 500PHP beli terus pergi dan balik (2 hala).

Masa untuk balik letak je pukul berapa. Kat sana nanti boleh dengan kaunter terminal (RESIT SIMPAN untuk bukti dah beli tiket van pergi dan balik).

3. Bus ke El Nido
i. Keluar dari airport ambil tricyle pergi ke San Jose Terminal. Ada bas express Cherry Bas.
Harga : 480php. Jangka masa : 8jam++
Tempat Penginapan di El Nido.

Lokasi tempat-tempat penginapan
i. El Nido Town
ii.Corong – corong Beach
iii.Calaan Beach

1. El Nido
Kebaikan : Betul-betul di bandar. Ada kedai-kedai, restoran dan tempat mula dan akhir apa-apa aktiviti contoh Island Hoping.

Keburukan : Sedikit bising jika hotel area pub dan club. Sila cari hotel jauh atau di blok ke 2 dari pub dan jalan utama.

2. Corong-corong Beach
Kebaikan : Hotel yang dapat view sunset cantik dan sunyi

Keburukan : Lokasi 2km ke 3km (10 – 15minit) jauh dari bandar. Kena jalan kaki atau kena bayar tricycle bila balik dari apa-apa aktiviti.

3. Calaan Beach
Kebaikan : sunyi dan tempat yang tenang

Keburukan :terletak 2km (5 -10minit) jauh dari bandar dan kena jalan kaki atau sewa tricyle untuk balik dari aktiviti. Jika balik malam, nanti kena lalu sebelah kubur. Hahahha.

Rate Hotel
i. Dorm : 300 PHP ke 600 PHP
ii. Bilik : 400PHP ke 2000 PHP
Bergantung kepada jenis hotel / lokasi dan berapa bintang

Tips 1
Saya pergi solo. Tak ada booking apa-apa pun. Jadi saya redah je. Dari terminal van, jalan dan tanya satu-satu hotel dan dorm. Berbelas hotel dah tanya. Dekat dan jauh. Jalan kaki dalam 4 ke 5 km. Hahaha.

Akhirnya saya pilih Hotel Austria’s Place. Saya dapat 500 PHP / bed / night. Ambil dorm. 1 blok je dari pantai. Tak sampai 5 minit jalan kaki ke pantai.

1. PPS TOWN Puertro princesa ada Restorant Seri Pal-Malaysia Hotel and Restaurant

Keluar sahaja dari airport belah kanan, jalan kaki dalam 300 meter akan jumpa restoran ni.

Sesiapa sampai airport kalau tak rushing, singah la dulu makan dan minum dan tapow makanan. Lepas tu jalan kaki pergi airport baru cari van ke El Nido (atau cari van, habaq korang tunggu kat restorant Sri Pal). Sambil tunggu van korang melantak dulu. Nanti 5 jam dalam van.

EL Nido

TIADA kedai / restoran menjual makanan halal. Ada banyak kedai seafood di tepi-tepi pantai.,

Tips 2
Saya tak makan di kedai-kedai seafood,sebab rasa “was was” sebab kuali/tempat masak dikongsi dengan “pork” ( rata-rata kedai / restorant daging ialah pork,tak ada jumpa daging lembu atau kambing )

Tips 3
Saya bawa travel cooker, lauk-lauk Brahim, nasi impit, roti dan biskut. Banyak beli buahan untuk alas perut.
Boleh ke kedai runcit untuk beli beras, telur ( ada 1 jenama maggi yang ada tanda halal, roti ada 2 jenis ada logo halal, beli telur ayam untuk goreng buat lauk )

Tips 4
Pada hari akhir di El Nido,saya tawaf naik motor, jumpa papan tanda masjid tapi tak jumpa mana masjid. Alhamdulillah last day saya dapat terjumpa orang muslim, kedai betul-betul depan pasar. Jalan-jalan deret kedai depan pasar sebab terperasan sorang gadis pakai tudung, terus tanya.

En Jamil ( +63 9997188216 ) Pn Jamilah (ibu) ( +63 949 940 4702 )

Saya dah tanya, jika ada kawan-kawan rakyat Malaysia yang nk datang ke El Nido, minta tolong masak makanan,diaorang sudi dengan bayaran, sila la contact.

7 Aktiviti El Nido
7.1 Island Hoping
i. Tour A : 1,200php
ii. Tour B : 1,300php
iii. Tour C : 1,400php
iv. Tour D : 1,200php

Tips 5
Sila tawaf atau tanya-tanya banyak kedai atau travel agent untuk cari harga Island Hoping yang paling murah,
saya pergi peak seoson jadi semua yang saya tanya harga fix, nak minta kurang pon tak dapat,dapat 1tu pon bagi less 10php.. ceh baik tak payah..

Season peak : Dec – Awai February (segalanya mahal termasuk hotel)
Normal : Feb – bulan-bulan lain : Boleh nego harga
Monson : Oct – Nov

Cuaca dan monsoon susah nak jangka. Orang sana pun cakap macam tu. Kalau monsoon Island Hoping akan tengok keadaan laut. Jika laut ombak kuat dia tak pergi banyak tempat atau dia orang balik (maksudnya ada tempat-tempat dia orang akan tak pergi)

Alhamdulilah masa saya pergi cuaca panas sangat. Makin gelap dan tak hensem (nangis,hahahha)

Tips 6
Saya ambil tour A & C ( kerana tour ni yang femes dan lain dari aktiviti snorkeling biasa)

Tour A :
Sila bawa 300php untuk kayak (2 atau 3 orang)
Special dia ada 2 lagoon (tak nak cerita detail,pegi sendiri)

Tour C : (saya suka yang ni)
ada hike tangga tengok view dan ada lubang misteri ( menyelam atau masuk )

Tips 7
Bila ambil Island Hoping,sila bawa sekali Aluminium foil,bila guide boat masak,sila bagi aluminium foil dan bagitahu korang muslim, nanti dia akan balut makanan korang masak bbq dulu dan asingkan,sebab tempat masak bbq ikan/sotong/daging pork sama tempat.

Tips 8
Island Hopping di El Nido SANGAT berbeza dengan Island Hoping yang saya pernah pergi, Krabi/Phuket/Perhentian/Tioman/Mabul/Semporna

Island Hoping bukan SEMATA2 snorkeling, setiap pit stop Island Hoping ada aktiviti lain yang kita kena buat, contoh, naik kayak masuk pintu macam gua, masuk laggon, jalan kaki masuk celah batu , jumpa pantai, jalan redah air laut, jumpa pantai, sampai jeti kena hike, daki tangga dapat view , ada satu tempat akan kita kena berenang masuk lubang (jika air pasang) lubang tu tertutup, kena menyelam untuk masuk lubang, taraaa.. akan jumpa secret beach.. cantik…

Taraw Hill Cliff :
Harga : 300php to 500php perpax
Hike dalam 30 minit ke 45 minit (bergantung kepada orang)

Tips 9
Sila pakai sandal atau selipar, bawa air minuman atau coklat,
hike akan start pukul 6 pagi untuk sunrise,kalau lambat naik, panas oi kat atas tu. Hike dia macam Tabor West,ada batu-batu kena panjat, hike pijak-pijak batu kapur.

Nacpan Beach : 1,200php / pax
Twin Beach (pantai putih bersih)
Ada view point untuk tengok-tengok beach

Tips 10
Cara nak jimat, sewa motor, pergi sendiri (tak payah ambil pakej)
Motor sewa dalam 400php to 600php sehari. Minyak isi 50php dah cukup (separuh tangki). Cukup jalan-jalan pergi balik.

Tips 11 – Sunset di Corong-Corong Beach
Corong-Corong Beach : Magelan Beach tempat sunset matahari turun. Siapa suka ambil photo sunset boleh jalan kaki pergi pantai ambil gambar sunset.

Tips 12 – kemudahan Transport di El Nido
Tricycleuntuk pergi mana-mana (harga dalam 35php to 50php). Atau jalan kaki la senang.

Tips 13 – Aktiviti Di PPS
Underground River Cave : 1,500php
Hike waterfall

Tips 14
Cara apply permit sendiri untuk pergi underground river (tengok di pic) Hike waterfall.

Tips 15
Jadual waktu sembahyang saya refer web Islamic Finder. Dalam pukul 6 dah cerah.

Tips 16 – Lain-lain info

Bank – Ada Maybank di Town Puerto Princesa (tengok peta). CIMB TIADA di Palawan

Tips 17 – El Nido ke Coron
Ada bot untuk Coron dan jadual selang sehari
Contoh:
Selasa : El Nido – Coron
Rabu : Coron – El Nido

Harga : 1,700php++ Include makan tengah hari
Jangka masa sampai : 6 ke 7 jam (bergantung kepada laut).

Baca: Itinerari Ke Pulau Fortune Di Filipina. Umpama Bercuti Di Kota Tinggalan Lama Greek































Itinerari ringkas, kos dan bajet 7 hari 6 malam solo trip ke El Nido, Sabang, Palawan Island.

Hari 0 : KUL – MNL
Malam :
Flight KUL – MNL
21:10pm – 01:10am++
Tidur airport : Free
ii. Teksi transfer : 100php (baca tips 1 (bas free dah tutup))
Total kos day 0 : 100php

Hari 1 MNL – PPS – El Nido
Pagi :
1.Flight MNL – PPS
2. PPS – EL Nido By Van

Petang
Sampai El Nido Terminal.
Check In Hotel
Jalan-jalan calaan Beach, EL Nido beach

Malam
Jalan-jalan town El Nido, cari pakej Island Hoping

Kos
Kos pengangkutan ke El Nido : 500php sehala (beli return sekali). Total : 1000php
Air mineral : 20php
Makanan bawa bekal nasi impit, lauk

Petang : sampai El Nido Terminal
Jalan kaki tawaf dari hotel ke hotel : free
Hotel Austri’s Places : 500php X 3day : 1500php
Total cost Day 1 : 2,520php

Hari 2 : Island Hoping A (termasuk makan tengah hari)

Pagi : Sarapan Free di hostel (roti dan buah)
Malam : Free, Easy (jalan-jalan kat bandar tengok liveband)

Tips makan di Island Hoping sila tengok di atas

Kos:
i. Island Hoping A : 1,200php
ii. Kayak (share 3 orang) : 300/3 = 100php
iii. Environment Fee = 200php (valid 7day di el nido)
iv. Ais cream : 100php (ada jual aiscream di tengah laut)
iv. Makan : masak sendiri, air refill minum refill kt hostel
Total kos hari 2 : 1,600php

Hari 3 : Island Hoping C (termasuk makan tengah hari)

Pagi sarapan free di hostel (roti & buah)
Malam : free & easy lepak jalan-jalan kat bandar beli souvinior

Kos :
i.Island Hoping C : 1,400php
ii. Beli telur di kedai runcit, beras : 120php
iii. Makan masak sendiri
iv. Souvinior : 300php
Total kos hari 3 : 1,820php

Hari 4 : Taraw cliff, Nacpan beach ke PPS

Pagi : 6am Hike to Taraw cliff
9am : Sarapan di hostel
10am : Sewa motor to Nacpan beach (twin beach)
2pm : Check out
3pm – 10pm : El Nido – PPS
Check In : Dorm Tree In House

Kos :
i. Taraw Cliff : 500php
ii. Sewa moto : 400php
iii. Minyak : 60php
v. Masuk Nacpan beach : 20php
iv. Van ( beli return haritu sila bagi resit)
v. Tree In House pps : 400php X 2day : 800php + tax = 900php
Total kos hari 4 : 1,900php

Hari 5 PPS – Sabang – PPS

Pagi : Rancang nak pergi Underground River tapi batal sebab ombak kuat
Jadi sewa motor untuk ke Sabang beach, jalan-jalan sekitar bandar PPS
View point ke Sabang
Hike ke waterfall (pun batal sebab hujan lebat)

Sabang beach (tempat starting point underground river)

Kos
i.Sewa Motor : 500php
ii. Minyak motor : 150php
iii. souvenir : 100php
iv. makan di Sri Pal Malaysia : 200php
Total kos hari 5 : 950php

Hari 6 PPS – MNL

Pagi : Lepak Hostel
Tengah hari : CheckOut
Petang : Flight PPS – MNL
malam : Tidur airport Manila

Kos hari 6
i.Tricycle : 40php
ii. Airport Tax : PPS to MNL : 200php
iii. Roti, maggi di airport Manila : 120php
Total Cost Day 6 : 360php

Hari 7 : MNL – KUL

Kos hari 7 :
i. Roti. buahan, air ; 150php

TOTAL KOS :
Day 0 : 100php
Day 1 : 2,530php
Day 2 : 1,600php
Day 3 : 1,820php
Day 4 : 1,900php
Day 5 : 950php
Day 6 : 360php
Day 7 : 150php

7 Hari 6 malam : 9,410php= MYR 884.54 (tukaran wang 10php = 0.94)

Nota
i.Harga berbeza ikut tukaran wang
ii. Tolong JANGAN ambil pic tanpa kebenaran
iii. Gambar photo di ambil mengunakan Gopro Hero 4 Silver (Kadang-kadang Telesin Dome) dan Iphone 5