Search

Jangan Lupa Singgah 3 Taman Tema Menarik Di Korea Bila Melancong Ke Sana!


Korea Selatan adalah sebuah negara yang terletak di semenanjung Korea yang terbahagi kepada utara dan selatan. Boleh dikatakan Korea Selatan adalah sebesar Semenanjung Malaysia dibahagi kepada dua bahagian, dan bahagian selatan adalah negara mereka. Walaupun tanah negara ini tidak seluas negara lain, mereka pandai menggunakan struktur muka bumi yang berbukit bukau ini untuk mendirikan kawasan kawasan perumahan, tempat kerja, universiti-unversiti, dan juga taman taman tema. Berikut merupakan antara taman tema yang menarik yang boleh kami cadangkan kepada anda.


1.Everland

Image via kimcheeguesthouse.com
Image via www.panoramio.com
Nama Everland ini sudah tidak asing lagi bagi pengunjung yang datang melancong ke negara ini. Everland merupakan taman tema yang terbesar di Korea ini dan terletak di luar Seoul iaitu di daerah Yong-In. Dari Seoul anda boleh ke Everland dengan menaiki bas awam yang berwarna merah, ataupun menaiki subway. 

Mungkin ada yang mengatakan taman tema tidak sesuai dengan mereka yang berumur dan kanak kanak kecil, Everland sesuai dengan segenap lapisan umur. Ini kerana di Everland, mereka juga mempunyai zoo, taman haiwan, permainan khas untuk kanak-kanak yang menjadikan Everland sebagai satu kawasan utama orang orang Korea membawa keluarga mereka untuk meluangkan masa pada musim cuti dan hujung minggu. Bagi mereka yang menggemari permainan permainan ekstrem pula, Everland terkenal dengan roaler coaster T-Express yang mempunyai kecerunan 77 darjah dan treknya dibuat sepenuhnya daripada kayu.


2. Caribbean Bay

Image via everland.com
Image via visitkorea.or.kr
Image via www.expedia.com
Caribbean Bay adalah taman tema air yang terletak bersebelahan dengan Everland. Juga merupakan taman tema air yang terbesar di Korea, terdapat pelbagai permainan untuk segenap lapisan umur. Carabean Bay terbahagi kepada permainan outdoor dan indoor di mana kebanyakan permainan outdooradalah untuk mereka yang menggemari permainan permainan ekstrem. Bagi anda yang ingin melawat kedua dua Everland dan Carabean Bay, anda bolehlah menginap di hotel hotel yang disediakan berdekatan dengan kedua lokasi ini. Anda juga boleh mendapatkan diskaun sekiranya membeli tiket untuk masuk ke dua dua taman tema ini.


3. Lotte World


Image vialetstravelkorea.wordpress.com
Image via adventuresintomorrowland.wordpress.com
Lotte World adalah kepunyaan syarikat Lotte, sebuah syarikat besar di Korea. Terletak di tengah tengah bandar Seoul, taman tema ini sering mendapat sambutan hangat para pengunjung. Malah Lotte World sudah beberapa kali dijadikan lokasi penggambaran rancangan variety terkenal Korea, Runningman. 

Anda boleh ke Lotte World dengan menaiki subway di line 2 yang berwarna hijau dan berhenti di stesen Jamsil. Juga mempunyai permainan outdoor dan indoor, Lotte World sangat terkenal dengan permainanGyro Drop yang mempunyai ketinggian 70 meter. Tidak lupa juga, terdapat bilik solat disediakan kepada orang muslim untuk mengerjakan solat.