Search

Jangan Lupa Singgah 5 Restoran Halal Ini Bila Bercuti Ke Hong Kong


Wah!!Bila masa pulak makcik pi ke Hong Kong ni???tak de angin tak de ribut tetiba keluar entry pasal Hongkong..Heheheh..Tak la..Tak de peluang pun nak ke HongKong..Terbaca pasal restoran halal di Hong Kong ni.Mana la tahu tiba2 satu2 hari ni dpat peluang pi Hong Kong boleh juga makcik buat rujukan..

Kalau siapa yang nak ke Hong Kong tu pun mesti tertanya2 ada ke restoran halal kat sana?sampai sana baru nak cari susah la..nak tanya2 orang ni leceh la..kan??Lagipun penduduk Hong Kong majoritinya bukan islam .Diaorang pun entah2 tak tahu pun kat mana ada restoran yang halal.Jadi jom kita tengok restoran-restoran halal di Hong Kong sebelum ada yang mati kebulur kat Hong Kong tu..ekekek..

1-Explorer’s Club Restaurant (Hong Kong Disneyland)




Jika berkunjung ke Disneyland Hong Kong, korang boleh ke Mystic Point yang menjadi lokasi Explorer’s Club Restaurant. Restoran ini menyajikan hidangan Indonesia, jepun, Korea, dan Asia Tenggara. Yang menarik, restoran ini dihias dengan dekorasi dari negara Tiongkok, India, Rusia, Maroko, dan Mesir di serikan juga dengan sentuhan gaya Afrika Utara dan Indonesia.

Anggaran harga: rm50 – Rm100

Alamat: Mystic Point, Hong Kong Disneyland Park.

2-Islamic Center Canteen



Restoran ini menyajikan makanan cina .Ianya adalah satu-satunya yang memiliki menu cantonis halal di Hong Kong. Terdapat juga menu dimsum versi halal dan Pengunjung juga boleh bersolat di musola yang tersedia di Islamic Center Canteen.

Anggaran harga : bawah Rm50

Alamat: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong

3-Wai Kee



Restoran ini ada menghidangkan roasted duck halal. Terletak di Bowrington Road, Wai Kee adalah salah satu food stall yang popular di daerah ini. Umumnya pelanggan Wai Kee adalah pelancong dari malaysia,Indonesia dan Timur Tengah. Selain terkenal dengan roasted duck, Wai Kee juga menghidangkan roasted atau steamed chicken dan lamb curry yang tidak kurang enaknya.

Anggaran harga: RM15 – RM80

Alamat: Shop 5, 1/F, Bowrington Road Cooked Food Centre, Wan Chai

4-Casanova Pizzeria



Bagi penggemar Pizza wajib datang ke restoran ini untuk menikmati Pizza dan pasta khas Itali yang halal di restoran ini. Bahan-bahan yang digunakan juga dipastikan halal. Casanova Pizzeria juga boleh menghantar pizza kegemaran korang jika korang malas nak keluar dari bilik hotel

Anggaran harga : RM35(a la carte) – RM200 (satu pizza 24”)

Alamat: Shop F, G/F, EIB Tower, 4-6 Morrison Hill Road, Wan Chai

5-Ma’s Restaurant 



Berpengalaman lebih dari 40 tahun restoran ini tidak perlu diragui kelazatan hidangan nya.Ma’s Restaurant menyediakan menu masakan khas Hong Kong dengan sedikit cita rasa China Barat Laut. Selain makanan, korang juga akan disajikan dengan interior restoran yang bergaya ‘Cha Chaan Teng’.

Anggaran harga: Rm30 – Rm100

Alamat: G/F, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Sham Shui Po