Search

Jangan Lupa Singgah 5 Tempat Makan Best Bila Ke Port Dickson!



Bila dah melancong ke tempat orang pastinya kita akan berjalan sakan. Untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat kita memerlukan tenaga betul tak? Bila tenaga dah banyak pakai kita akan rasa lapar. Bila dah lapar mesti kita akan cari tempat makan yang best kan plus kalau tempat tu sempoi lagi best betul tak? Jadi sempena cuti² Malaysia ni aku nak kongsikan sedikit senarai tempat makan best di Port Dickson.

1. Mari Makan di Teluk Kemang

Image via zairidanfifi.blogspot.com

Di kawasan mari makan ni terdapat pelbagai jenis gerai makanan dan terdapat banyak jenis makanan yang kita boleh cuba. Tak sah rasanya kalau datang ke Teluk Kemang tapi tak singgah di kawasan ini untuk menjamu selera.

Antara makanan yang terdapat di sini adalah cendol bakar, rojak mamak, sata dan keropok lekor, pisang goreng, soto, laksa dan banyak lagi pilihan makanan. 


Image via satriakelabu.blogspot.com
Dan makanan yang paling sedap dan mendapat sambutan di sini adalah cendol bakar.

Siyes tengok gambar pun dah meleleh dah rasa macam nak makan cendol tu. Tak hairan lah kenapa kawasan Mari Makan ni menjadi salah satu tempat makan best di Port Dickson. Jom kita ke kawasan seterusnya.

2. King's Char Kuey Teow

Image via nasabibnuhazim.blogspot.com
Lokasi makanan yang sedap di PD yang seterusnya ialah King's Char Kuey Teow. Nak tahu apa yang menariknya di kedai makan ini? Kedai ini menyediakan makanan berkonsepkan Penang Food dan juga Western Food. Jadi jika korang kaki char kuey teow boleh datang ke sini pasti korang berpuas hati.

Dengan harga yang berpatutan, sepinggan char kuey teow berharga RM6.50 tidak termasuk GST. Mungkin ada yang mengatakan mahal, tapi jika dilihat di dalam pinggan penuh dengan udang yang besar² aku percaya korang mesti lupa dengan harga RM6.50 tu. Selain daripada mereka juga menyediakan makan ala-ala western seperti set ikan bakar untuk dimakan bersama char kuey teow.

Lokasi kedai yang berhampiran dengan pantai pasti memukau sesiapa sahaja yang datag ke kedai King's Char Kuey Teow ini. Ini menjadikan ia tempat makan best di Port Dickson yang santai dan sempoi. Mari kita ke kedai makan seterusnya.Alamat : Lot 402, Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

3. Nasi Kukus Ayam Panggang, Cowboy Place (lunch)

Image via eelobor.blogspot.com
Untuk menjamu selera ketika makan tengah hari aku mencadangkan untuk makan di Nasi Kukus Ayam Panggang, Cowboy Place. Ayam panggangnya sentiasa di panaskan dan dibakar di atas bara api mengikut permintaan pengunjung kedai ini setiap hari. Pengunjung memang ramai yang makan tengah hari di sini. Kalau naik kereta dari jauh dah nampak kenderaan parking berhampiran kedai nasi kukus ayam panggang ini.

Image via azienamico.blogspot.com
Keunikan Cowboy Place ni adalah rekaan dalaman kedai tu sendiri yang menyerlahkan konsep koboi itu sendiri dengan lukisan orang koboinya, koboi memegang senapang, malah terdapat barangan koboi yang boleh kita sendiri cuba untuk tujuan bergambar. Ini salah satu daya tarikan kepada pengunjung untuk datang ke kedai ni dan menjadikan cowboy place tempat makan di Port Dickson memang best.

Harga untuk satu set nasi kukus dan ayam panggang ialah RM7 sepinggan. Rasanya cukup murah kalau dibandingkan makanan di Kuala Lumpur atau di bandar² besar yang jauh lebih mahal.

Alamat : Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Restoran Kulit Kayu Manis

Image via apecerit.blogspot.com
Jika anda singgah di Lukut untuk melawat tempat bersejarah ataupun jalan² biasa, jika perut anda sudah berasa lapar boleh la singgah di Restoran Kulit Kayu Manis. Lokasi restoran berada di kawasan Lukut. Restoran ini tidak la menyediakan makanan kulit kayu manis tetapi mereka menghidangkan makanan masakan melayu terutama masakan Negeri Sembilan yang terkenal dengan kepedasan makanannya.

Jika korang memang suka makanan yang pedas² korang boleh datang ke sini dan merasai sendiri keenakan masakan Negeri Sembilan dan menikmati juadah makan tengah hati yangcukup menyelerakan. Menu yang di sediakan ialah ikan keli masak lemak cili padi, kerabu sayur, terung bakar dan ulam ulaman dan bnyak algi lauk yang menyelerakan.

Image via apecerit.blogspot.com
Dari segi kebersihan memang kedai ni bersih dan selasa untuk semua penghujung kedai ni. Dengan itu, Restoran Kulit Kayu manis ini telah menajdi salah satu tempat makan best di Port Dickson. Harga makanan juga berpatutan dan sesuai untuk membawa seisi keluarga datang ke kedai ini.

Alamat : Lukut No 1, Jalan Jasmin 1, Taman PD Jasmin, Batu 2 1/2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan.

5. Ayam Bakar Station

Image via  ninamirza.blogspot.sg
Jika kita ingin ke Teluk Kemang kita akan lalu jalan di kawasan Batu 11, Pasir Panjang. Di kawasan ini kita akan perasan terdapat satu kawasan ramai orang parking kereta di tepi jalan. Jika kita perhatikan terdapat satu kedai makan yang popular di PD ini yang dikenali sebagai Ayam Bakar Station.

Apa yang menjadikan kedai makan ini menjadi tumpuan orang ramai? Mari kita lihat menu makanan yang di sediakan. Antara menu makanannya ialah nasi putih, sambal cili, sup ayam, tomato, timun, ayam madu bakar dan ayam bakar of course sebab nama kedianya pun kedai ayam bakar. Makanan yang di sediakan simple dan sangat cepat dihidangkan kepada para pelanggannya. Ayam bakar juga disediakan mengikut permintaan pelanggan so hidangan ayam bakarnya sentiasa panas.

Bukan setakat itu sahaja. Mereka juga menyediakan minuman yang sedap² yang menjadikan kedai mereka ini salah satu tempat makan best di Port Dickson. Antara air yang di sediakan ialah sirap, sarsi, tea o, jambu batu, asam masin da banyak lagi. Kalau terasa haus boleh tambah air sendiri kerana air dikira mengikut bilangan gelas yang kita minum. Harga segelas air di sini adalah RM1.50 sahaja.

Menurut pengusaha kedai Ayam Bakar Station ini terdapat juga menu sarapan pagi bermula pada jam 8 pagi. Jadi jika ingin bersarapan di sini juga boleh.

Alamat :Batu 11, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Diskson. Negeri Sembilan.
Waktu Operasi : 11.30 a.m. hingga 4.30 p.m. Hari Isnin Tutup


Aku harap dengan perkongsian ini seba sedikit dapat memberi idea kemana hala tuju korang apabila lapar di Port Dickson ni. Ini cuma beberapa senarai yang aku lakukan research sendiri. Lain orang lain citarasanya. Mungkin terdapat banyak lagi kedai yang sedap di Port Dickson ini di masa-masa akan datang.