Search

Jangan Lupa Singgah Cafe LOKL Untuk Sarapan Pagi Yang Cool!


Kalau anda di kawasan Masjid Jamek, singgah pekena kopi dan sandwich di kafe milik pengacara terkenal Cheryl Samad ini

NOTA: Kami mengandaikan cafe/restoran milik orang Melayu sebagai tempat halal.



Restoran kepunyaan Cheryl Samad dan suaminya ini tersembunyi di celah-celah kawasan Masjid Jamek. Cafe ‘cap ayam’ ini duduknya bersebelahan hostel backpackers Back Home yang juga milik mereka.



Harga makanan sama seperti standard cafe — dengan kopi berharga RM 7 ke atas. Tapi apa yang kami suka ialah suasana cafe ini — santai dan seperti lorong cafe rahsia di tengah KL.



Tempat ini dibuka untuk makan pagi. Menunya boleh jadi simple seperti di bawah.



Atau bila dah menjelang tengahari anda boleh juga memesan menu sebegini.



Atau pasta udang pedas di bawah.



Tengok siapa yang singgah.



Selain sandwich dan pasta, ada kek dan Hainan Meatloaf. Tapi jangan lupa bawa duit tunai — sebab mereka tak terima kad kredit.

Jadi kalau anda sudah di kawasan Masjid Jamek, dan ada masa untuk rehat pagi, singgah sekejap dan layan kopi dan roti di sini.

Mungkin nostalgia minum kopi di luar negeri bakal terimbau di cafe Cheryl ini.

Alamat : 30 Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur
Telefon : 03-2072 1188
Laman : http://loklcoffee.com/