Search

Jom Alami Fenomena Salar de Uyuni Di Sasaran Kuala Selangor, Photographer Mesti Suka Ni!


Mungkin ramai yang belum tahu kewujudan sebuah pantai di Sasaran, Kuala Selangor yang suasana seakan-akan Salar de Uyuni. Tahukah anda apa itu Salar de Uyuni? Susah untuk diterjemahkan dalam bahasa melayu tapi cukuplah anda melihat gambar di bawah ini dan anda akan faham sendiri.



Ya! Ambil gambar di satu berair yang luas seolah-olah wujud pantulan langit dan imej objek di seluruh kawasan cermin yang luas!



Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.

Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat.Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina.

Dalam bahasa cina, mereka menyebutnya “Shasha Lan”. Jadi kita terjemahkannya dalam bahasa melayu menjadi “Sasaran”.

Jom kita tengok dulu gambar-gambar ala-ala salar de uyuni di Sasaran ini.










Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai.

Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.

Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi.

Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.



Sepanjang perjalanan bot 30 minit itu, pemandangan sekelilingnya memang indah. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar yang menarik sepanjang perjalanan bot termasuklah burung-burung dan pokok bakau yang tumbuh sepanjang sungai.





Biasanya anda akan sampai lebih awal dari waktu berlaku iaitu antara 10.30 - 11.00 pagi. Pada waktu itu, air akan berada pada paras buku lali. Masa itulah anda dapat lihat seolah-olah cermin bersar dihamparkan secara semulajadi dan pemandangan langit boleh dilihat di atas cerminan air yang sangat indah mempesonakan.



Bot akan berhenti sekejap di kawasan rumah api ini semasa dalam perjalanan balik. Di sini nanti pelawat berpeluang menikmati tiram secara mentah yang dimakan dengan hirisan lemon. Penggemar tiram pasti suka dapat nikmati tiram segar seperti ini.



Ada banyak kerang kecil, anak-anak ketam, siput kecil dan burung bangau yang boleh dipegang dengan tangan sewaku air surut ini.







Untuk datang ke tempat ini perlukan perjalanan masa setengah hari juga dan tentulah harus bermula awal pagi.

Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda.

Apapun, tempat ini berbaloi untuk dilawati terutamanya di kalangan jurugambar yang tercari-cari idea untuk seni foto Salar de Uyuni.

Bagaimana nak ke Sasaran? Anda boleh gunakan koordinat Sasaran di GPS N03 ° 15.695'E101 ° 18,659 '

Jika dari Kuala Lumpur, perlu melalui Rawang dan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (E25)