Search

Jom 'Makan Atas Meja Tanpa Pinggan' Di Ocean Hauz Bangi!


Anda boleh bayangkan bagaimana makan tanpa pinggan? Rasai pengalaman unik ini di Ocean Hauz yang baru dibuka di Bandar Baru Bangi. Ia menawarkan pelbagai pilihan makanan laut dengan harga yang berpatutan.



Makanan Laut yang Menyelerakan


Tarikan utama Ocean Hauz pastikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Ocean Hauz juga dijangka bakal menjadi antara salah satu “Seafood Palace” yang popular yang menawarkan makanan laut segar dengan harga yang berpatutan.

Antara makanan laut yang ditawarkan ialah ketam, udang, kupang, kerang dan sotong.



Sos Hebat Ocean Hauz!


Selain dari makanan laut yang segar, terdapat 2 jenis sos hebat yang ditawarkan oleh Ocean Hauz.

Lemon Butter
Garlic Pepper

Konsep yang UNIK!

Ocean Hauz berkonsepkan “makan atas meja” yang cukup unik. Apa yang dimaksudkan dengan “makan atas meja” ialah makan tanpa beralaskan pinggan! Makanan yang dimasak akan terus dihidangkan di atas meja.




Unik! Tetapi jangan pula anda fikir anda akan makan diatas meja yang tidak beralas kerana setiap meja akan dilapik (food grade).

Apron akan disediakan oleh Ocean Hauz, jadi anda tidak perlu risau baju anda kotor. Selain itu anda juga akan diberikan alatan untuk mengetuk makanan laut yang berkulit keras seperti ketam.



Dijamin HALAL!

Bagi pengunjung beragama islam, anda tidak perlu risau dengan status makanan di Ocean Hauz kerana restoran baru ini adalah 100% diusahakan oleh orang islam dan dijamin HALAL!





Harga SANGAT Berpatutan!


Jangan terkejut kerana harga yang ditawarkan oleh Ocean Hauz adalah sangat berpatutan. Harga bermula dari RM17.90 untuk setiap 500 gram pertama! Memang berbaloi!

Jadi anda bolehlah datang beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keenakan sebenar makanan laut di Ocean Hauz.




Maklumat Lanjut

Nama : OCEAN HAUZ
Lokasi : Seri Bangi Seksyen 8 (atas restoran Bangi steak house)
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi 03-89123971.