Search

Jom Melawat Masjid Lama Dan Mencari Makanan Halal Di Singapura

Bagi traveller muslim ada banyak halangan yang harus dihadapi ketika mengunjungi negara non-muslim. Namun para traveller muslim rasanya tidak akan menemui banyak kesulitan menemukan masjid ataupun mencari makanan halal ketika melancong ke Singapura. Disini saya akan  mengulas sedikit tentang masjid dan tempat makan halal di Singapura.

Pada tahun 2015 Singapura untuk kali ketiga berturut-turut telah dinobatkan sebagai negara non-muslim yang menjadi destinasi mesra bagi pelancong muslim. The Global Muslim Travel Index (GMTI) memberikan penilaian tertinggi untuk Singapura atas lingkungan yang aman, kemudahan akses beribadah dan pilihan berbagai macam makanan halal bagi muslim.

Rasanya Singapura cepat memberikan perhatian lebih pada pelancong muslim disebabkan ramainya traveler muslim yang mengunjungi negara mereka. Pada tahun 2014 sahaja tercatat 3,2 juta pelancong muslim berkunjung ke Negera Singa, jolokan bagi Singapura.

Sementara merujuk laporan Singapore Tourism Board (STB) pada 3 bulan pertama 2015 memperlihatkan Indonesia yang majoritinya penduduk muslim menduduki tangga teratas dalam senarai pelancong yang mengunjungi Singapura. Dalam laporan itu jumlah pelancong Indonesia yang mengunjungi Singapura mencapai 632.000 orang. Jumlah yang cukup besar, hampir 18% dari jumlah 3,6 juta pelancong di Singapura untuk temph  Januari-March 2015.

Nah, sebagai negara yang menjadi destinasi ramah bagi traveller muslim lalu di mana saja kita boleh melihat masjid dan tempat makanan halal di Singapura? Berikut saya berikan ulasan sejumlah masjid dan tempat makan halal yang boleh dengan mudah ditemui traveller muslim selama berada di Singapura.

Masjid-Masjid Di Singapura

1. Masjid Al Falah


                                         Masjid Al Falah di kawasan Orchard Road, Singapura.

Masjid ini seolah menjadi oasis di antara bangunan-bangunaan membeli belah di sepanjang Orchard Road. Masjid Al Falah terletak di Bideford Road, tak jauh dari jalan utama Orchard Road. Al Falah merupakan satu-satunya masjid di kawasan sibuk Orchard Road. Kali pertama saya ke sini tak menyangka bagunaan tersebut adalah masjid karena bentuk bangunannya seperti pejabat kerana masjid ini memang terletak di bawah gedung  Cairnhill Place.

2. Masjid Sultan

Imag via www.yoursingapore.com
Salah satu masjid terkenal dan tertua di Singapura yang berlokasi di Muscat Street, Singapura. Gaya bangunan masjid ini dipengaruhi oleh senibina Islamic Saracenic  bergaya Persia, Turki, klasikal dan Moorish. Rekabentuk luaran indah masjid berkubah warna emas ini sangat kontras dengan bahagian interior yang tampilannya biasa biasa saja. Masjid ini akan tampak indah di malam hari.

3. Masjid Abdul Gafoor

Image via flickr.com by gogo159
Kali pertama saya menjejakkan kaki di Singapura, masjid Abdul Gafoor inilah yang saya temui. Masjid ini terletak di Dunlop Street, Little India. Senibina masjid bergaya campuran India Selatan, Eropa dan Moghul. Masjid ini tidak terlalu luas dengan ciri khas kubah utama yang dikelilingi tiang-tiang dengan bahagian atas menara berbentuk heksagonal. Lokasinya berada di antara deretan kedai dan sejumlah hostel kecil di kawasan Little India dan hanya memakan waktu sekitar 10 minit berjalan kaki untuk sampai kesini dari MRT Little India.

4. Masjid Jamae  
 
Image via sid-thewanderer.com
Masjid ini juga dikenal dengan sebutan masjid Chulia, salah satu masjid tua di Singapura. Lokasinya di South Bridge Road kawasan Chinatown, berdekatan dengan kuil Sri Mariamman. Senibina bangunan masjid bergaya eklektik yang gabungan elemen Timur dan Barat. Gerbang masjid dipengaruhi ciri-ciri India Selatan, ruang salat bercirikan neoklasikal dengan tiang bangunan Doric dan jendela-jendela kaca besar serta jubin hijau berkilau bergaya China. Masjid ini dibangun oleh komuniti Chulia dari Tamil Nadu di India pada tahun1826. Oleh kerana itu masjid ini popular di kalangan muslim Tamil di Singapura. Lokasinya tidak jauh dari MRT Chinatown. Alhamdulillah saya berkesempatan solat Isya disini ketika perjalanan pulang menuju hostel di kawasan Chinatown.

Tempat Makanan Halal Di Singapura

Bila sudah penat berjalan kesana dan kesini sudah tentu perut perlu diisi untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Sudah tentu makanan tempatan yang anda cari dan sesuai dengan tekak anda. Berikut adalah beberapa port makan yang anda boleh fikirkan bila melancong ke Singapura.

1. Arab Street

Image via www.citynomads.com
Gerai makanan halal di sepanjang jalan Arab Street, Singapura.

Ini merupakan kawasan  aneka makanan halal yang popular di Singapura. Letaknya di depan Masjid Sultan. Di sepanjang Arab Street Anda boleh jumpa masakan khas Timur Tengah, Melayu, Sweden, Mexico dan semuanya halal. Pada bulan Ramadan kawasan ini sangat sesak dan menjadi tempat bersembang atau menunggu waktu berbuka puasa.

2. Adam Food Court

Image via www.sethlui.com
Berlokasi di Bukit Timah Road, Adam Food Court merupakan salah satu food court di Singapura yang sebagian besar outletnya menyajikan makanan halal. Di sini anda boleh menikmati berbagai menu makanan halal seperti nasi lemak, sup kambing, nasi briyani dan lainnya. Harga makanan di sini juga agak murah.

3. Fast Food

Image via thesmartlocal.com
Image via www.shopsinsg.com
Image via www.danielfooddiary.com

Gerai makanan fast food antarabangsa sebagian besar telah mempunyai sijil  halal dari Majlis Ugama Islam Singapore (MUIS). Beberapa di antarnya adalah seperti Mc Donald, Pizza Hut, Swensens, Burger King, Long John Silver, Deli France dan Coffee Bean.

4. Orchard Road

Image via www.tripadvisor.com.sg

Image via www.hungrygowhere.com
Image via sethlui.com
Image via veggietemptation.blogspot.com
Image via romaholic.blogspot.com
Es krim Singapura dijual di kaki lima di kawasan Orchard Road, Singapura.

Ada sejumlah gerai makanan halal di kawasan sibuk Orchard Road. Beberapa diantaranya adalah Restoran Mackenzie Rex, Es Teler 77, Ayam Penyet Ria, Warung M Nasar, JTown Cafe, Puncak Best Noodles, Ayam Bakar Ojolali, Puncak Muslim Foods dan Pastamania. Di kawasan ini Anda juga boleh jumpa outlet makanan ringan yang halal seperti Old Chang Kee dan juga ais krim Singapore yang dijual di kaki lima.

5. Restoran Hotel

Image via www.eatigo.com
Image via helloworld.com.au
Image via thechosenglutton.wordpress.com
Sejumlah restoran hotel di Singapura memang memiliki sijil halal restoran dan sijil halal dapur. Diantaranya ialah  restoran Indonesia, Kintamani, di Hotel Furama RiverFronts yang berdiri sejak 1985 bersijil halal restoran. Sementara restoran hotel bersijil halal dapur antaranya adalah Tiffany Cafe & Restaurant (Furama CityCenter), Carousel (Royal Plaza on Scotts), Straits Kitchen (Grand Hyatt), Asian Market Cafe (Fairmont), Aquamarine (Marina Mandarin).