Search

Jom Selami Gaya Cowboy Di Cowboy Town A'Famosa Resort Melaka


Assalamualaikum..

A'Famosa diambil nama sempena kubu peninggalan penjajah Portugis yang cukup terkenal yang dibina pada adab ke-16. Ianya juga dikelilingi dengan bukit dengan pemandangan yang hijau yang mempunyai keluasan 520 hektar yang telah direka oleh artikek padang golf yang tesohor daripada Australia iaitu Ross.C Watson. Selain daripada Cowboy Town iainya juga terkenal dengan Animal World Safari , Taman Tema Air, Resort Hotel , Condotel dan juga Villa.

Kali ini mummy berkesempatan membawa hero-hero ke Cowboy Town.... yeahhhh ! Salah satu tempat yang menjadi lokasi idaman hero-hero . Almaklum nak jadi cowboy tak dapat.. Dapat merasai suasana cowboy di A Famosa ni pun dah cukup best buat her-hero .. Hehehee.. So percutian ni kira in Advance Birthday Treat untuk hero kecik yang jatuh pada 3 Februari yang lepaslah. Happy Birthday Adam.. Mummy Love U! muahhhhh....


Posing dulu bersama-sama Live Band di pintu masuk Cowboy Town.

HARGA TIKET COWBOY TOWN/ ENTRANCE FEE

WEEKENDS & WEEKDAYS /
HARI BIASA & CUTI HUJUNG MINGGU

Dewasa : RM 59
kanak-Kanak: RM 48


OPERATION HOUR / WAKTU OPERASI

6.00 PETANG- 12.00 MALAM

Show
  • Cultural Show 7.30pm Daily
  • Red Indian Show 8.30pm Daily
  • Carnival 9.15pm Daily
  • Firework 9.45pm Daily

WEBSITE : http://www.afamosa.com/theme-park/old-wes/


Berjalan menuju ke Huang -Di Restaurant yang terletak di dalam Cowboy Town.

Sebelum menjelajah ke dalam Cowboy Town ni , kami dihidangkan dengan makanan Chinese Food oleh pihak A Famosa di Huang-Di Restaurant. Nak tengok apa yang mummy makan sila petik DISINI.



Hero-hero bersama-sama Fizi ( Blogger Melaka)


Hero Kecik dan kuda padi. Comelnya je!


Diantara papan tanda arah dan kemudahan yang terdapat di Cowboy Town.


Suasana di dalam Cowboy Town .



Carnival Show. Sebenarnya banyak lagi gambar yang mummy snap, tapi kalau tempek semua kat sini, jenuh korang nak scroll.. ni diantara sebahagian show carnival pada malam tu. Pelawat pada malam tu pun tak berapa nak ramai maybe sebab weekdays kot. Rasanya kalau hujung minggu mau penuh.






Hero besaq dan hero kecik berposing bersama pas pelawat. Hero besaq dah standby baju hujan awal-awal yang telah diberi oleh petugas disana sebab lepas je keluar Huang -Di Restaurant hujan mulai rintik-rintik. Nasib baik sekejap je.. kalau tak mau basah lokos kitaorang malam tu.hehehe


Pertunjukkan bunga api diakhir persembahan.


Kanak-kanak di tarik untuk menari tarian Gang Nam Style oleh DJ tuk malam tu. Comel-comel je tengok budak menari. Hero kecik dan besaq malu-malu yang akhirnya tersadai ditepi pintu. hehehe


Yeahh show dah tamat. Apalagi jom kita round apa yang ada kat Cowboy Town ni. Suasana kat sini sama je macam kat Zaman Cowboy. Bangunan rustik-rustik gitu, barang-barang kat situ semuanya antik dan bermacam-macam lagi lah.


Buggy Car .. Tak nampak pulak dia bergerak tuk malam tu. Hero besaq request nak naik.. tapi malas la mummy.


Fun Fair


Mummy and the geng


Sayang kuda padi.. Nak bodek ajak balik umahlah tu..hahaha :p


Senarai tiket untuk semua games / horse riding yang terdapat dalam Cowboy Town. So buat siapa yang datang sini, bawaklah duit lebih-lebih sikit ye.. sebab macam-macam nak naik ni. ehheheehe

Thanks for reading! Wassallam