Search

Lelaki Ini Mengembara Seluruh Dunia. Tapi Cara Dia Pujuk Ibunya Sweet Sangat!

Foto - Instagram momimfine
Seorang pemuda berusia 27 tahun berasal dari Brussels, Belgium sanggup meninggalkan bidang peragaan demi memenuhi impiannya mengembara ke seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, hasratnya itu menimbulkan kerisauan di hati ibunya. Iyelah ibu mana yang tidak bimbang memikirkan keselamatan anaknya itu.
Untuk menenangkan ibunya itu, Jonathan Quinonez telah menggunakan cara yang boleh dikatakan amat sweet dan unik sekaligus membuktikan dirinya berada dalam keadaan selamat dan seronok di setiap destinasi persinggahannya.
Quinonez mendapat idea yang bernas iaitu tampil dalam setiap gambar yang diambilnya bersama nota tertulis “Mom I’m Fine”.
Menurut Quinonez kepada sebuah portal, ibunya masih risaukan dirinya seperti ibu-ibu yang lain, namun gembira selepas mengetahui anaknya sedang menikmati saat-saat gembira dalam hidup.
Foto-foto sepanjang pengembaraannya yang tertera slogan dimuat naik ke laman Instagram miliknya @momimfine.








Jika kita yang selalu mengembara, jangan lupa untuk calling-calling orang yang tersayang ya!