Search

Lupakan Restoran Dan Cuba 5 Makanan Jalanan Halal di Bangkok Ni!


Bangkok telah lama dikenali sebagai syurga makanan untuk penduduk tempatan dan pelancong. Walaupun dikalangan kita ada yang skeptikal tetang makanan jalanan, ia adalah sukar untuk menolak keenakan dan kelazatan makanan yang dijual mereka. Oleh itu, kami fikir ia adalah masanya anda mengetahui bagaimana selera yang ditawarkan oleh City of Angels bermula dengan makan-makanan halal ini!

Pastikan anda sediakan seluar yang loggar, sebab anda akan perlukannya nanti!

1. Senyapkan  peruh anda yang bising itu dan memulakan hari anda dengan hidangan yang baik!

Ambil sarapan hotel dan mulakan dengan makanan jalanan dahulu! Jika anda tinggal di sekitar Pratunam, anda berada dalam kawasan yang sesuai. Makanan Muslim dihidangkan dari makanan Thai tempatan dan masakan India dari sekitar 40 Baht dan seterusnya. Menu disediakan dalam dwi bahada iaitu  Thailand dan bahasa Inggeris dan anda boleh memilih untuk sama ada mi atau nasi. Walau bagaimanapun, jika anda bernafsu besar seperti kami, anda mungkin merasakan makanan itu sedikit, tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk kenyangkan perus seblum snek yang berikutnya.






Menu berbahasa Inggeris memudahkan anda membuat keputusan apa yang anda mahu makan. Penjual mempunyai pemahaman yang agak baik daripada apa yang anda memesan tetapi jika anda nak lebih selamat, hanya menghalakan pada gambar hidangan yang anda mahu pada menu dan lotanrkan senyuman yang menawan anda.





Waktu Operasi: Gerai itu ditutup pada Ahad tetapi dibuka seawal jam 7.30 pagi pada hari-hari lain sehingga lewat.

Bagaimana ke sana: Dari Baiyoke Suite, berjalan ke arah khemah pasar pagi. Belok kiri pada simpang yang pertama dan anda akan melihat banyak gerai-gerai jalanan beratur laluan. Berjalan ke arah 7-Eleven dan pusing ke kiri. Jika anda nampak HK gerai Halal HK nasi egglet dan mangga pulut , maksudnya anda berada di laluan yang betul. Terus berjalan lurus dan anda akan mendapati gerai di sebelah kanan anda.


2. Seterusnya, makanan sedap di jalan!

Rasa lapar selepas sarapan ringan tadi? Makanan ini kenyangkan perut anda dalam masa yang singkat!

Sotong kering, ikan rangup dan ikan bilis

Hong Kong Waffle Miss Noi adalah di pintu masuk lorong kecil yang membawa kepada Makanan Muslim (gerai dalam cadangan di atas). Ia mempunyai tanda halal pada bahagian atas sebelah kiri papan tandanya😀 . Wanita ini tidak akan benarkan anda untuk mencuba, tetapi anda boleh tahu bahawa setiap makanan ringan ini baru dibungkus. Setiap pek lebih kurang 50 baht dan memang sesuai untuk dijadikan cenderamata  atau dijadikan snek untuk makan malam anda.




Petua: Walaupun mereka baik dibungkus, bau sotong yang kuat masih keluar. Jika anda mahu mengelakkan bau pada pakaian anda, memasukkannya ke dalam beg yang berasingan. Lebih baik lagi, jika anda membeli banyak, dan meminta wanita yang menawan itu bungkuskan ke dalam kotak dan memudahkan anda untuk membawanya untuk menaiki pesawat.

Waktu operasi: gerai beliau buka pada pukul 9.30 pagi dan tutup sehingga lewat malam.

Toasted bread

Roti bakar yang lembut  dengan kombinasi mentega memang sedap jika dimakan panas-panas.  Anda juga boleh memilih topping tambahan seperti kaya, coklat, strawberi atau gula. Kos hanya 20 Baht untuk 2 keping snek lazat ini.




Hilangkan dahaga anda dengan air kacang soya buatan sendiri

Tidak seperti minuman kacang soya yang kita mempunyai di tempat tempa lain, minuman kacang soya rasa lebih ringan dan anda boleh memilih topping seperti barli dan sagu besar untuk diminum bersama. Dengar harga 10 Baht  secawan, anda boleh minumnya disitu atau diminum sambil berjalan-jalan. Bahagian yang terbaik ialah, anda boleh mengawal tahap gula dalam minuman anda dengan memberitahu penjual bagaimana manis anda mahu minuman anda itu.



Waktu operasi: gerai ini menyajikan untuk orang ramai pada awal pagi dan kebiasannya mula dibuka pada pukul 7.30 pagi. Walau bagaimanapun, sama dengan gerai lain di sekitar kawasan ini, mereka bergerak dan akan ditutup apabila semuanya habis dijual pada hari tersebut.

Atau minuman manis

Bukan peminat kacang soya? Beberapa langkah dihadapan membawa anda kepada minuman yang menyegarkan, longan dengan topping. Topping termasuk kacang gingko, atapchi, jeli rumput dan nata de coco. Anda boleh pemilih untuk minum tanpa gula perang jika anda tidak suka terlalu manis kerana minuman itu sendiri sudah benar-benar manis!


Nasi ayam!!

Perut mula  rasa lapar selepas meneroka pasar pagi Pratunam? Anda boleh berjalan ke arah Blutique Hotel dan ditepi bangunan, anda akan nampak Halal Chicken Baked Rice stail jalanan. Penjual biasanya mendirikan gerai di hadapan Pratunam Post Office tetapi biasanya beliau  berpinda randah di sekita kawasan itu pada waktu siang.



Waktu operasi: Gerai beliau mula buka pada pukul 9.00 pagi.

3. Ada makanan halal di Chatuchak Market juga!

Perjalanan hujung minggu ke Bangkok pasti tak sah tanpa membeli-belah di Chatuchak! Dan siapa yang tidak mahu sarapan pagi selepas membeli-belah? Kami melihat lebih daripada satu gerai menjual makanan halal tetapi kami memilih untuk makan di sini kerana benda ini!


Yum mama Yum (Mama salad) sesiapa?

Bagi mereka yang suka Yum Woon Sen yang terkenal (Thai glass noodle salad), ini adalah mengembirakan. Daripada mi kaca, gerai ini juga menyajikan salad mereka dengan mi segera!

Saman Islam menghidangkan makanan halal tempatan dan dikenali dengan nasi ayam mereka tetapi mereka yang suka mi, kita boleh minta hidangan mi sebaliknya.


Tom Yum Hoong dihidankan dengan kepingan udang yang besar

Kway Teow Phat - mi beras kasar goreng gaya Thai

 Mi daging dengan  bebola daging lembu! Jadi baik kita habiskan setiap titisan sup!

Saman Islam memenuhi selera untuk mereka yang orang tempatan membeli-belah  dan juga pelancong di Chatuchak dan ia menjadi amat sesak pada waktu makan tengah hari. Anda akan berpeluh sakan dan bersiku-siku dengan orang sebelah anda tetapi ia memang berbaloi!



Mereka menyajikan nasi dan hidangan tempatan (sama dengan Nasi gaya Padang), mi Thai dan salad. Anda mempunyai masa yang agak sukar untuk membuat keputusan apa yang perlu makan, ambil masa anda dan lihat apa yang dimakan di meja sebelah.

Bagaimana ke sana: Cari menara jam di tengah-tengah pasar. Gerai ini terletak di hadapan menara.
Waktu operasi: petak ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja


Kami juga mendapati satu lagi kedai makan halal tetapi kami simpan ruang perut kami untuk ...

4. Peghilang Dahaga, Brain Freezing Dessert!



Nak kami cerita lagi?

COCONUT ICE CREAM, dengan air kelapa percuma dan seperti yang anda mungkin boleh meneka, dengan topping tu!



Kami nampak beberapa gerai  menjual kelapa ais krim tetapi tidak satu pun yang mempunyai barisan sepanjang Coco JJ ini! Dan ia memang berbaloi setiap saat kami beratur ditengah panas terik untuk mendapatkannya. Ais krimnya sangat lembut dan topping yang sempurna. Saya punya dengan beras pulut dan ia memang wow sangat! Memang berbaloi sangat!

Grass jeli pencuci mulut

Sekarang anda mungkin boleh meneka bahawa semua pencuci mulut yang datang dengan pilihan topping dan ini adalah tidak terkecuali. Ia menyegarkan untuk hari yang panas dan menyejukkan anda serta-merta. Minta kurang gula kerana beberapa topping sudah lenjun dengan sirap.



5. Syurga buah-buahan tropika!

Peniaga jalanan menjual pelbagai buah-buahan dan memang mudah untuk mencari sebuah kereta seperti ini:



Kami amat mengesyorkan anda untuk mencuba mangga hijau masak yang rangup dan masam manis.

Lebih suka minum buah-buahan anda? Nah maka anda pasti sukar untuk membuat pilihan!



Jus delima yang baru sahaja diperah!

Kami juga mengesyorkan jus limau tetapi apabila kami sampai di gerai, tangan kami dah penuh dengan beg makanan dan pakaian dan tangan tambahan kami terpaksa digunakan untuk memegang jus limau yang begitu manis. Jadi tiada gambar kali ini!

Petua: Minum jus ini dalam masa beberapa jam. Ini baru diperah tanpa pengawet dan mudah tercemar jika disimpan terlalu lama.

Berikut adalah tip hotel: jika anda lebih suka hotel yang menghidangkan makanan halal di dalam bilik, Grand Diamond Suites Hotel  adalah yang terbaik untuk anda.




Dah tak sabar nak cuba makanan Thai? Tempah tiket anda sekarang!