Search

Menerokai Hidupan Marin Di Taman Laut Pulau Payar


Taman Laut Pulau Payar merupakan Taman Laut Perlindungan yang tertua di Malaysia. Taman Laut ini merangkumi beberapa buah pulau yang di namakan Pulau Payar (Pulau Terbesar), Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Kesemua pulau ini terletak di antara Mutiara Orient-Pulau Pinang dan Geopark-Langkawi.



Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di taman laut ini seperti snorkeling, selam skuba, berenang, merentas hutan dan juga memberi makan anak ikan jerung. Jangan lepaskan peluang anda untuk turun ke dasar laut dan melihat kehidupan marin disekitar kawasan terumbu karang tetapi anda dilarang sama sekali untuk mengumpul apa-apa jenis kerangan dan organisma marin di pulau tersebut. Memancing juga tidak dibenarkan.





Image via  jeneral-mencarisinar.blogspot.com


Anda juga boleh mengadakan pesta bbq untuk menikmati makan tengah hari anda di sana kerana taman laut ada menyediakan barbeku, meja berkelah dan juga tandas awam. Anda boleh membuat tempahan di pejabat Langkawi Coral di Terminal Feri Kuah untuk perjalanan yang menakjubkan.

Image via peraktoday.com.my
Tiada penginapan yang disediakan di Taman Laut ini, anda boleh tinggal di mana-mana resort atau hotel yang berdekatan Pulau Langkawi kerana ia merupakan perjalanan satu hari. Perjalanan Pulau Langkawi ke Pulau Payar hanya mengambil masa kira-kira 60 minit dengan menaiki bot.

Untuk ke Taman Laut Pulau Payar, anda perlu ke Pulau Langkawi terlebih dahulu dan pergi ke Jeti Kuah untuk mengambil bot laju atau katamaran ke Taman Laut.

Lokasi : Kuah, Langkawi Kedah, Malaysia
Tel : +604 9667 789