Search

Pemandangan Indah Pulau Raja Ampat Buat Anda Rasa Ingin Terbang Ke Sana



Pulau Raja Ampat adalah mirip dengan pulau Phi Phi di Thailand, berjaya mengambil perhatian baru di dunia. Keindahan tempat pelancongan di Indonesia ini mulai banyak dikenali oleh pelancong dalam negeri maupun luar negara. Pulau Raja Ampat terletak di hujung pulau Indonesia iaitu Papua Barat.

Terdapat empat pulau utama di pulau ini iaitu, Waigeo, Misool, Salawati dan Batanta. The Nature Conservancy mengatakan bahawa sekitar 75% keindahan laut dunia dapat ditemukan di pulau Raja Ampat. Kegiatan menyelam merupakan hal utama yang wajib dilakukan di pulau ini. Jernihnya air laut membuat pelancong dapat melihat keindahan sumber laut dari atas kapal.

Pulau Raja Ampat disebut sebagai pulau yang mahal dan sukar untuk dikunjungi kerana kos dan harga barang  di kawasan tersebut lebih tinggi jika dibandingkan dengan kawasan lain di Indonesia. Jadi, cara terbaik untuk berkunjung ke pulau tersebut adalah dengan pergi secara berkumpulan dalam jumlah yang banyak sehingga dapat mengurangkan kos.

Image via raja-ampat.biz
Image via raja-ampat.biz
Image via rajaampat-liveaboard.com
Image via avonturguide.blogspot.com
Image  via  www.twisata.com
Image via www.tripadvisor.com
Image via shakti-raja-ampat.com
Image via www.neobass.org
Image via id.indonesia.travel
Image via twisata.com
Image via oldlook.indonesia.travel
Image via www.belajardivingjakarta.net
Image via sfmuhammad.blogspot.com
Image via sfmuhammad.blogspot.com
Image via rajaampat-liveaboard.com
Bagaimana Nak Pergi Kesana?

Yang pastiya tiada direct flight ke Domine Eduard Osok Airport- Sorong iaitu lapangan terbang yang paling hampir dengan Pulau Raja Ampat.

Anda boleh ambil Air Asia direct flight terus ke Makassar dari Kuala Lumpur dan dari Makassar boleh terus ke Sorong dengan menggunakan Garuda Air, Xpress, Sriwijaya atau Batik Air. Ada yang juga buat pilihan dengan mengambil flight ke Ambon dan dari Ambon terus ke Sorong.

Dari Sorong Airport anda boleh dapatkan teksi untuk menghantar anda ke pelabuhan feri yang terdekat yang mengambil masa 10- ke 20 minit sahaja dengan tambang lebih kurang 100,000 Rupiah jika anda tak memiliki bagasi yang  banyak boleh sahaja dapatkan khidmat Ojek (motosikal) pada harga dalam 20,000 Rupiah.

Dari Pelabuhan anda boleh ke  pergi ke Pulau Ampat  samada dengan khidmat feri, bot laju atau dengan kapal terbang kecil 16 seat dari Susi Air.

Dimana Nak Stay?

Banyak juga hotel-hotel, resort dan homestay yang anda boleh dapatkan disini. Cuma pastikan lokasi yang anda ingin pergi tu berdekatan dengan akses yang lain yang anda perlukan untuk aktiviti anda seterusnya.

1.Raja Ampat Doberai Eco Resort

2.Waiwo Dive Resort

3.Putras Resort

4.Hotel Maras Risen

5.Pandawa Resort Raja Ampat

6.Raja4 Divers

7. HamuEco

8.Pendawa Dive Resort

9.Papua Diving

10.Papua Explorers

11.Pendawa Resort Raja Ampat

12.Agusta Eco Resort

13.Hamueco Raja Ampat Dive Resort

14.Pendawa Resort

15.Yenkoranu Homestay

16.Mambefor Homestay

17. Mangrove Homestay

18.Manta Homestay


Jom Kita Layan Video Ni Dahulu
Boleh dapatkan maklumat lanjut di stayrajampat. Selamat berscuba diving atau bersnoorkeling ya!