Search

Pengalaman Di Tipu Di Istanbul Mengubah Lelaki Ini Sebaik Pulang Ke Malaysia


Aku memulakan Balkan Trip bermula 30.4.2016 dari bumi Istanbul. Aku bermula trip secara solo bermula 3.5.16 di Vienna. Pada 7.5.2016 jam 12 pm aku selamat tiba di bumi Istanbul dari bumi Sarajevo. Segalanya bermula baik pada hari itu. Aku mengambil keputusan utk pergi ke area Eminonu berdekatan New Mosque.

Alkisah bermula pada petang itu. Ada seorang lelaki menegur aku utk meminta bantuan untuk mengambil gambarnya. Dia keseorangan, kemudian dia memperkenalkan dirinya dari negara Arab Saudi tetapi boleh cakap Turkey. Setelah beramah mesra dia mengajak aku untuk melihat tarian traditional Turkey.

Aku bertanya padanya ” Tarian pusing-pusing (Tarian Sufi) tu ke?? Dia kate dia pun tak pasti sebab first time. Dia ada sebut belly dance mcm tu, di area Taksim. Kebetulan aku memang tidak bercadang tidur di hostel pd malam itu kerana flight ke Kayseri pada awal pagi keesokannya. Jadi kami setuju untuk bertemu semula di area Eminonu jam 8pm setelah solat. Aku solat di New Mosque & dia kata ingin solat di Blue Mosque. Jadi kami bertemu semula di tempat yg dijanjikan.

Kemudian dia terus menahan teksi utk pergi ke tempat itu. Aku bertanya kenapa tidak mahu naik tram dia kata leceh. Aku bertanya dia tahu ke tempat tersebut, dia kata tak tahu. Di dalam teksi aku bertanya sekali lagi tarian ni tarian lelaki yg pusing-pusing tu ke?Dia kata dia pun tak tahu. Tetapi die kata perempuan yg menari. Aku mula rasa pelik, tarian traditional apa perempuan menari. Jadi tak lama selepas itu, kami sampai di tempat tersebut. Dia membayar duit teksi tersebut, keluar sahaja daripada teksi, beberapa langkah sahaja sampai ke tempat tersebut. Aku telah masuk ke tempat itu tanpa melihat papan tanda masuk tempat itu.

Sebelum masuk ke tempat itu, aku ada memberitahu lelaki tersebut adakah aku perlu membayar utk melihat tarian tersebut sebab aku tiada duit. Dia kata “don’t worry, just enjoy”, masuk-masuk je dalam tempat tersebut, aku terkejut. Perempuan-perempuan seksi bergelimpangan. Ini bukan tarian traditional turkey(tarian sufi) ni. Arrghhh sudah, ini dah macam kelab mlm. Aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana kelab. Hard Rock Cafe Jakarta je pernah jejak sekali. Aku ingin cabut keluar, aku bagitahu dia aku tak minum alkohol. Dia kata minum orange juice je. Aku pun akur dan minum orange juice.

Sambil duduk minum air, tiba-tiba perempuan-perempuan dalam tempat tersebut menari sesama mereka. Aku sangkakan takpelah sekejap je, tengok je diorang menari. Tidak lama selepas itu, lelaki itu meminta izin utk ke tandas. Tiba-tiba tanpa ku sangka ada dua gadis seksi menghampiri aku menghulurkan salam perkenalan. Aku dikepit oleh gadis seksi di kiri dan kananku. Gugur la juga iman aku terpaksa menyambut salam perkenalan tersebut.

Selepas itu gadis tersebut duduk di sebelah aku dan lelaki tersebut. Kemudian dia meminta air alkohol. Setiap kali habis dia tambah lagi. Aku dah mula tak sedap hati. Aku beritahu lelaki tersebut aku kene balik ke airport sebab nak ambil beg yg ditinggalkan di sana. Lelaki tersebut kata jangan risau, naik teksi je dia boleh bayarkan. Relaks dulu. Kemudian tidak lama selepas itu gadis tersebut ajak aku menari. Aku menolak pada mulanya sebab aku kata aku tak tahu menari dan tak pernah menari. Manalah aku pernah jejak kaki kat tempat macam ni. Orang kata kalau dah kat tempat syaitan, lagi senang la syaitan buat kerja kan. Memang aku termenari la mlm tu 3 kali kot.


Dipendekkan cerita, lelaki tersebut ajak berhenti & minta bil. Datang seorang pelayan menunjukkan bil dalam bentuk tulisan. Total 10k+ Lira. Lelaki arab tersebut suruh bahagi 2. Menggelabah la aku. Aku minum 2 orange juice je sekali sampai 5k Lira. Mana la aku ada 5k+ Lira. Manager tempat tersebut ajak ke bilik dia utk bincang..Dia tanya aku macam mana nak bayar bil itu. Lelaki arab tu kata akan bayar menggunakan kad kredit untuk bahagiannya. Dalam dompet aku hanya ada 140 euro & 90+ Lira. Mereka ambil 140 euro aku dan pulangkan wang Lira. Mereka tanya adakah aku ada kad kredit. Aku kata tiada.

Kemudian dia bawa aku ke mesin ATM untuk keluarkan wang aku. Duit aku memang transfer ke Tabung Haji. Dalam bank-bank lain duit dlm 2 3 ratus je tinggalkan. Jadi, pengeluaran tidak berjaya. Dia suruh aku transfer duit TH aku menggunakan internet banking tetapi still tidak boleh. Last-last aku cakap minta tolong kawan gunakan kad kredit dia. Aku telefon member tu beritahu masalah aku, aku beritahu balik Malaysia nanti aku bayar balik. Dia kata akan ke tempat aku, member tu bagitahu kalau boleh lari, larilah tetapi penuh dengan orang-orang dia memang tak dpt la. Aku beritahu manager tersebut kawan aku dalam perjalanan. Setelah hampir 1 jam lebih tunggu, member aku masih tak sampai-sampai lagi. Akhirnya manager tempat tu beritahu dia percaya kat aku, jadi dia lepaskan aku tetapi aku kena datang balik untuk bayar. Dia bagi diskaun, cuma kena bayar 4k Lira je. Jadi, aku beritahu flight aku balik KL 10hb. Mungkin 9 hb atau 10 hb aku datang bayar.

So, masa keluar dari tempat tu baru aku tengok apa nama tempat yang aku masuk tu. Kelab malam rupanye. Aduh, memang tempat jolok sarang tebuan la. Even ko kata just nak minum air biasa-biasa pun tetapi ko jangan cari pasal la tempat-tempat macam tu. Aku sangkakan ke tarian sufi sekali ke kelab mlm. Belly Dance ni tarian seksi rupanya. Aku selepas balik umrah haritu aku memang dah bertekad tidak mahu sentuh mana-mana perempuan bukan muhrim dengan sengaja. Sebelum ni, memangla aku terikut ikut orang. Ala pegang tangan je pun, benda remeh je bagi aku. Sekali Allah bayar cash kat aku, nak sangat pegang perempuan kan. Amik kau, hangus 140 euro. Ya, aku manusia biasa tidak terlepas dari membuat dosa. Bagi aku biarlah hangus 140 euro tu, ibarat mencuci dosa-dosa kecil aku, dosa besar still perlu dengan taubat.

Pengajarannya kita kena ingat Allah ada di mana-mana sahaja bukan di Mekah atau Madinah sahaja. Aku kongsikan ini sebagai ikhtibar untuk kita semua terutamanya diri aku sendiri. Ini baru je balasan di dunia Allah bagi, dah nak terduduk aku. Kalau betullah aku kena bayar 4k Lira tu memang sakit la nak kumpul balik. Kalaulah ini harga yg harus dibayar setiap lelaki untuk menyentuh perempuan adakah masih ramai ingin menyentuhnya? Tidakkah tinggi nilai seorang wanita? Owner apartment member aku yang tolong tu beritahu memang banyak dah org terkena. Dia kata jangan bayar apa-apa pun. Orang yg bawa aku tu mungkin dapat komisen 50%. Dia ni pernah bekerja di kelab malam sebelum ni. Memang macam-macam jenis scam ada dia ceritakan. Aku pun tak pasti samaada aku kena pukau atau sebaliknya waktu itu.

Selepas itu aku ada jumpa sorang dari Cyprus gaya lebih kurang sama, ajak nak tengok night life. Nasib baik aku dah tahu so aku cabutlah. Sorang lagi pula siap berhenti dan turun kereta ajak ikut dia. Nasib baik aku jalan laju-laju cabut. So, be carefull guys!