Search

Percutian 7H5M di Hokkaido Japan


Assalamualaikum , hye guys percutian kali ini saya ke Hokkaido Japan selama 7H5M , i would like to thanks so much to Airasia for open this route , kalau u guys nak tau penerbangan ke Hokkaido secara direct tiada di Malaysia , yang ada Malaysia Airlines tapi berkongsi code dengan Japan Airlines , mean dari KLIA to Tokyo (MAB) , smpi di Tokyo tukar plane naik Japan Airlines ke Hokkaido and of cozzz fare dia agak mahal hehe . Oh sebelum tu saya nak bgitau yang saya tidak pandai mengarang jadi saya akan tulis secara ringkas dan padat ya :)

Passport - Pastikan expired date masih berbaki lebih 6 bulan ke atas

Visa - Untuk makluman semua mulai 2013 rakyat  Malaysia yang ingin berkunjung ke Jepun tidak perlu lagi memohon visa di kedutaan Jepun , visa akan diberi semasa mendarat di airport  (visa upon arrival) dan kemudahan ini sah bagi pemegang passport yang ada logo petak di hadapan cover passport , haaa cepatt pi tengok

Duit - Jepun menggunakan mata wang yen , 1000 yen bersamaan RM35 (kadar semasa)


Hari nak balik Malaysia baru teringat nk snap hehe



Pengangkutan Di Sapporo Hokkaido

Train - JR Rail dan Subway

Peta Laluan Subway 

Peta Laluan Tram


Line Subway terbahagi kepada 3 , Tozai (oren) , Toho (biru)  dan Namboku (hijau) , mesti kena ingat 3 nama line dan colour bagi memudahkan perjalanan , saya hari pertama je tgk peta , hari kedua tak tgk dah ( poyoo :P) .

Pertukaran line boleh buat di Odori Station dan Sapporo Station , lebih kurang kita salin train di Masjid Jamek untuk ke laluan Ampang , haa begitulah juga yang ni . Senangg jee , tak susah , saya pasti hari kedua u guys pun dah hafal ^_^

Jika u guys nak tau kadar tambang boleh klik sini

Manakala untuk menghubungkan dengan laluan tram boleh stop di Odori atau Susukino , saya stop di Susukino atas nasihat owner guest house ia lebih dekat . Tambang tram hanya 170 yen fix rate , turun mana2 pun harga tetap sama . Ingat ! masuk ikut berlakang , keluar ikut depan , jangan pula masuk depan keluar ikut berlakang karang kena ketuk dengan pakcik driver tu haha gurau jelah.

SAPICA - Card Sapica seperti card touch n go , WAJIB ADA ! Card Sapica hanya boleh digunakan di Sapporo sahaja untuk subway , bus , teksi dan tram . Tidak boleh guna untuk laluan JR Rail . Boleh beli terus di mesin subway , boleh lihat video di sini untuk  cara membeli , harga 2000 yen , 500 yen deposit , yang boleh guna 1500 saja , deposit akan di beri balik selepas anda return di mana2 station .


Penginapan

Kalau u guys nak tauu , harga hotel di Jepun memang mahal , yang murah2 semua dah kena book , hasil pencarian saya finally jumpa sebuah guest house , namanya Inos Backpaker Hostel , ni webnya . Saya amat amat syorkan tempat ni , honestly i really really love ittt , dengan facillity serba lengkap , ada wifi , laptop , mesin basuh dan paling pentinggg ada dapurr ! U guys boleh book melalui web , boleh pilih sama ada dorm atau private room , saya pilih private room untuk lebih keselesaan 


Makanan

Yang ni palinggg penting , karang kebulur pulak kat sana haha . Listen carefully , dekat Sapporo hanya 3 kedai makanan halal , ulang suara 3 SAHAJA yang betul2 dikira halal  , kalau u guys jalan kat mana2 memang tak akan jumpa kecuali kalau kamu tau alamatnya . Saya amattt cadangkannn bawa makanan dalam tin dari Malaysia . Bawalah beras , makanan tin , maggi , sup instant dan sabun taharah untuk samak periuk nasi .


Senarai Kedai Makanan Halal

BUKA : 12 tghhari - 8 malam

SPICE DINING CHANDAMA - http://www.chandama.net
Tutup : 5 petang

Selebihnya boleh lihat sini , hati2 walaupun disenaraikan halal tapi ada restoran serve pork .

HARI PERTAMA

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam 35 minit , balik pula 8 jam 40 minit , boleh bayangkan betapa boringnya duduk lama2 dalam tu dengan tv tak ada , makan tido makan tido ngee . Flight kami malam pukul 11;35 , sampai pukul 8 pagi waktu sana , beza waktu kita sejam dari Malaysia . Naihat saya datang lah awal ke airport sebab gate dia jauhhh kot huh .




New Chitose Airport

Sebelum mendarat pihak cabin akan mengedarkan  form yang perlu diisi , form ni perlu diberi sejurus lalu di imigresin jepun . Selepas urusan imigresen selesai kami terus menuju ke guest house dengan menaiki train , dari aiport ke bandar Sapporo perlu menaiki JR Line , tak susah nak cari , just follow saja signboard yang bertulis JR dan logo train . Tiket boleh beli di kaunter , bagitau yang kita nak pergi ke station mana . Semua train dari airport akan lalu station Sapporo , tempt duduk pula adalah free seating kecuali seat yang ada 4 ( reserve only) . Tempoh perjalanan kira2 30 minit . Kami turun di Shin Sapporo dan tukar ke laluan subway Tozai Line , sejurus sampai terus dapatkan Sapica Card di mesin . Dari Shin Sapporo turun Shiroshi dan perlu jalan sedikit untuk ke guest house . Keluar dari subway baru dapat rasa kesejukan , masa ni suhu 4 cel .


JR Rail



Dalam Subway


Shiroshi Street (Pintu Exit nak ke guesthouse)


Yeayy finally sampai juga ..





Inos Place





Free Internet

Itinerary yang saya buat 2 minggu sblum berlepas

Selepas check in kami berehat dahulu , sepatutnya keluar makan tengah hari tapi memandangkan semua kepenatan jadinya hari pertama tiada program . Malam tu pula saja pergi Aeon dengan abang untuk beli air 



Hello .. its me 

Dinner 

HARI KEDUA

Sini pukul 6 pagi dah terang

Hari kedua kami ke Mt Moiwa , buka 10:30 pagi - 10 malam , Mt Moiwa lebih kurang seperti Bukit Bendera Penang , bezanya untuk ke puncak perlu menaiki ropeway (lebih besar dari cable car) , cara pergi ke sini , dari Station Shiroshi turun Station Odori dan tukar ke Namboku Line dan turun ke Station Susukino , Keluar sahaja dari subway akan nampak mall dan street , jalan sikit ke depan dan seberang jalan untuk ke tram , kalau tak tau tanya orang di situ just tunjuk je peta tram tu . 
\


Subway


Susukino Street

Dalam tram

Masuk ikut berlakang jangan touch card Sapica dulu , nanti lepas keluar ikut depan baru touch . Dalam tram ada tv lcd , sangat mudah nak tau station berikutnya . Dari Tram Susukino turun Ropeway Iriguchi . Lintas jalan , teruss saja , kalau nampak mcm tali cable car tu betul lah tu , tak pun lepas lintas jalan tu jalan je sikit nanti nampak di belah kiri mcm ada perhentian bus kecil di situ , tak silap dia tulis bus shuttle to Mt Moiwa , basnya warna hijau . Bas akan berhenti betul2 berhadapan pintu masuk . Naik lif , tingkat tak pasti rasanya tingkat 2 , tingkat atas sekali . Keluar saja lif akan jumpa kaunter tiket , bayaran untuk dewasa 1700 yen termasuk ropeway dan minicar untuk ke puncak , simpan tiket tu jangan dihilangkan pula kerana setiap kali nak naik pihak staff situ akan ketip , masa balik pun begitu juga . 



Sepanjang naik ke puncak akan menyaksikan panorama indah , masa saya pergi dah penghujung musim luruh . Kalau pergi musim bunga atau salji sangatttttt cantik ! Tapi sayang masa saya pergi salji belum turun lagi .











Di puncak

Love Bell .. boleh kunci mangga kt sini

Selepas dah ambil gambar semua waktu pun dah pukul 12 tgh hari perut pun udah lapar yuh kita cari kedai makan hehe , dari Station Susukino turun Station Kita 12 (station selpas Sapporo) , selepas keluar saja subway jangan jalan terus , kena pusing ke berlakang dan jalannn , sampi simpang 4 , kali ke 4 baru seberang jalan ke kanan , kedai makan Warung Jawa ni sederet dengan Masjid Sapporo , sayanggnyaa masa kami datang pintu berkunci pula tak dapat nak rasa solat di situ . Guys kalau tak sure buka google search Masjid Sapporo dan print screen map tersebut , sbb saya pun print map dan tanya orang di situ . Nanti karang sesat pula dah lah orang Jepun sepatah pun tak tau english ngee


Masid Sapporo


Warung Jawa


Rencah2 dan maggi juga turut dijual


Nasi Campur yang berharga RM44++


Tokey Warung Jawa ni seorang wanita dari Indonesia yang telah berkahwin dgn org Jepun dan menetap di sini selama 12 tahun , oh lupa disini bisa solat ya ibuk bapak2 semua .

Secara jujurnya harga makanan di Jepun memang mahal ya , tapi kalau rasa sepinggan RM44 lebih dikira murah boleh lah makan luar hari2 :P

Jam sudah menunjuk pukul 4 petang , 4 ptg dah mcm 7:30 malam ya cik abg kakak2 semua , lps makan sya decide untuk ke Tanukikoji Shopping Arcade , pasal ayah nak beli kasut . So if u guys nak beli apa2 boleh beli di sini TAPI kat sini memang saya tak nampak orang jual sourvenir t-shirt hokkaido , last2 saya beli di airport saja .


Tanukikoji Shopping Arcade

Untuk ke Tanukikoji dari Station Susukino kena jalan sikit , kalau nampak ada pintu gerbang sepanjang street tu haa tulah tempat dia , better u guys search kt google maps .


HARI KETIGA

Rutin saya pagi2 sebelum bergerak saya akan masak nasi dan panaskan lauk dalam tin , so sebelum gerak isi perut penuh2 dulu . Hari ni kita akan ke Maruyama Zoo , buka 9 pagi sampai 4 ptg , harga tiket seorang 600 yen . Dari Station Susukino turun Station Maruyama Koen , exit no berapa saya tak ingat tapi lepas dah touch card untuk keluar ada signboard tertera nama zoo , keluar saja belok kanan dan terusss sahaja , kalau tak sure better tanya orang disitu , tunjuk kt dia nama zoo . 

Subway



Untuk ke sini perlu lalu taman , AWAS ! Burung gagak kat sini besar dan jahat , jangan sesekali makan di situ , dikuatiri akan di rampas oleh sang gagak pasal saya dah kena haha :P , okey perjalanan ke zoo dalam 13 minit , kalau tak larat naik teksi .



First time tgk kangaroo depan mata

Biri biri beekkk

So cutee guine pig

Poniee

Zoo sini tak besar sangat dan agak mengecewakan sebab banyak haiwan tak ada dan ada tempat yang dah tutup , kami disini pun tak lama . Lepas melawat zoo kami terus ke bandar Sapporo untuk melihat Sapporo Tv Tower , Clock Tower . Dari Station Maruyama Koen turun Station Odori , keluar saja ada banyakkk Exit , lepas touch card belok ke kiri , terusss saja , nnti nmpk signboard Sapporo Tv Tower , tak silap saya exit no 27 , tapi yang pasti exit hujungg sekali .


Sapporo Tv Tower



Sapporo Clock Tower


Former Hokkaido Government Office Building


Jarak antara Sapporo Tower , Clock Tower dan Former Hokkaido Government Office Building dekat2 saja , boleh lihat di map . Untuk naik ke Sapporo Tower dikenakan bayaran 720 yen , Clock Tower 200 yen , Former Hokkaido Government Office Building free . Di belakang former building ni terletak 1 kedai makan halal , Chandama tapi malangnya bila pergi dah tutup , sabo jelah :(

I love thiss pancake ^_^

Cerita pasal pancake ni , hari kedua masa saya masuk 7e ternampak cake ni duk pegang2 dalam hati haii sedapnyaa dah lah tgh lapar ni , 90% yakin lagi 10% nk kena confirmkan lagi dengan staff situ takut ada pork . Jadi saya pun bawa lah cake ni tanya dia ada pork tak , masalahnya org Jepun memang tak tau english , dia org cuba sedaya upaya nk explain siap kawan dia bawa botol madu lagi tunjuk dlm tu ada madu dan butter , Abang pula terus search di google gambar vavi ngan wine , lepas tunjuk terusss dia cakp NO PORK ! NO ALCHOHOL ! hahaha , masing2 pun rembat lah roll cake , cheese cake , coklat kek :D


HARI KEEMPAT

Sepatutnya hari keempat cadangnya nak pergi ski resort memandangkan 20 Nov ski resort sudah di buka tapi disebabkan kekurangan salji tarikh opening di tunda 8 Dec huwaaa ;( .Sudah lah di bandar pun snow tak turun lagi , sya buat kaji selidik salji dah mula turun lebat 14 Nov 2014 tapi waktu kami datang tidak turun pula , anggap saja tiada rezeki lagi . Disebabkan tidak pernah berputus asa saya cuba untuk menanyakan dengan owner guest house di mana tempat yang salji dah turun . So dia cadangkan pergi Jozankei Hot Spring sbb tempat ni di pergunungan jadinya salji lebih lebat disini , saya pun terus check cuaca disana ternyata sudah turun salji , so saya bgitau family yang kita tak jadi pgi ski resort tapi bertukar ke tempat lain  . Kalau u guys search di google image MasyaAllah memang cantikkk sangat bila diliputi dengan salji .

Untuk ke Jozankei Hot Spring , dari Station Susukino turun Station Odori , tukar ke Namboku Line dan turun ke Station Sapporo , keluar saja lepas touch card cari signboard Terminal Bus , kalau tak tau tanya kat kaunter staff situ cakap nak pergi Jozankei , senang2 tunjuk gambr je hehe , nanti dia suh Exit 16 kalau tak silap saya lah , then kena naik tangga terus jumpa kaunter tiket dan tempat tunggu bas , bagitau dia nak pergi Jozankei , tiket saya tak ingat pula berapa rasa2nya RM20 lebih mcm tu , atau boleh guna card Sapica . Bus pun naik ikut belakang , bila nak keluar baru touch .



Salji dah turun sikit

Sepanjang nak ke Jozankei suddenly snow fall , Ya Allah punya lah excited kt dlm bas tu , first time seumur hidup melihat salji hehe , so dalam hati ni tak sabar nak sampai mesti salji sana dah lebat . Sampai saja di Jozankei saya agak terkejut dan hampa , tiada salji haha , Dalam hati dah geram dgn kaji cuaca , tulis dah snow rupanya belum snow lagi . Sabar sabar , so kami pun berhenti di bus stop yang terakhir , di sini ada sebuah kedai makan dan motel . Kami pun makan disitu , yang terkejutnya menu semua roti nann tiada menu Jepun , disebabkan serve pork untuk kuahnya jadi kami order air dan roti nann saja . Oh ya budaya kat sini lepas makan kena angkat .







Tengok2 di luar salji sudah turun kembali , saya cepat2 bawa camera untuk record , itulah pertama kalinya dapat merasai salji betul , sampai tertelan lah haha , tapi salji turun sekejap saja :( , takpelah janji ada kan daripada tak ada langsung . Langit pun sudah nk gelap jadi kami terus naik bus balik ke rumah .





HARI KELIMA

Program untuk harini kami ke Historical Village of Hokkaido , ia lebih kurang macam Culture Village Sarawak tapi bezanya sini tak ada show , just rumah2 replika Jepun saja . Harga untuk dewasa 830 yen , cara nak pergi ke sini dari Station Susukino turun ke Station Shin Sapporo , lepas touch card cari terminal bus , lepas naik tangga dan keluar akan nmpk terminal sebelah kiri , cari track 10 ke Kaitakunomura bus no 22 .


Track No 10

Perjalanan mengambil masa 15 minit , di sekitar situ terletak juga muzium hokkaido , so kalau minat sejarah boleh singgah situ . Suhu disini sangatt sejuk , my dad dah tak tahan terpaksa duduk kt dalam bangunan kaunter . Jadinya saya ngan ibu abg kakak yang jalan2 sekitar sini , disini terdapat banyak contoh rumah replika , ada tu tak boleh naik dalam rumah tapi kita main naik je bukan orang nampak pun hehe . Sangat indah , cantik dan nyaman suasana disini , kalau ada salji lagiii cantik .








Mom & Dad













Tido jap 


Lepas explore kami pulang ke rumah , malam tiada aktiviti disebabkan nak pack baju , esok dah nak balik oii , kejap betul masa berlalu , tak puas rasanya .



HARI KEENAM

Flight kami jam 9:20 pagi , jadi pukul 6 dah check out dari guest house terus naik subway ke airport . Lepas check in bagasi cepat2 cari kedai sourvenir , di airport terdapat pelbagai jenis pilihan tapi tulah harganya pun double lah , memandangkan semua dah beratur untuk boarding , saya sempat rembat tshirt saja ngan fridge magnet . Alhamdulillah sampai di Malaysia pukul 5 petang , 8 jam 40 minit , saya tak tau kenapa masa lebih berbanding masa pergi .

Saya lupa nak bagitau , kereta saya parking di ERL Salak Tinggi , 1 hari RM2 saja berbanding parking kat airport tak silap RM36 , betapa jimattt kat situ hehe . Dari ERL Salak Tinggi turun KLIA2 ,

Percutian kali ni sangat seronok , very relaxing dan dpt pengalaman yang baru . Cuma tulah impian untuk bermain salji masih tidak kesampaian , tidak mengapa saya tidak pernah berputus asa untuk mengapai impian saya untuk bermain salji , banyak lagi negara yang akan di terjah selepas ini dan saya akan pastikan next vacay salji dan lebat , okey byee :D