Search

Percutian Idaman Di Lexis Hibiscus Port Dickson


Kalau tak silap aku , sebelum siap lagi aku dah bercita cita nak datang Lexis Hibiscus di Port Dickson ni selepas tergamam melihat gambar imaginasi designer yang viral di Facebook.



Dan impian jadi kenyataan bila semalam , aku sekeluarga telah menjejakkan kaki di sini dengan senyuman hingga ke telinga ! Sapa sangka kan ? Dari idaman , terus jadi kenyataan..

Bertolak dari rumah aku nun di Sepang.. ke Lexis Hisbiscus yang terletak di Jalan Pantai , Pasir Panjang nun di Port Dickson ni cuma mengambil masa sejam perjalanan sahaja. Tak sampai 60km pon. Hehehehe..

Dengan menggunakan Waze , perjalanan aku lebih pantas dari yang sepatutnya. Elakkan jammed gitu.. hehehe.. Ikut jalan lama.. Dan keterujaan aku nak sampai awal , akhirnya membuatkan aku terlepas nak amik gambar pintu masuk ke Lexis Hibiscus yang cantik tu ! Adehh…

Tak kisah laa… masuk terus ! Qhaliff dah tak sabar nak mandi.. Check in.. Manager Front Desk ada di situ. Layanan mesra dan pantas dari mereka mengagumkan aku ! Huhuhu..

Tak sampai 10 minit , settle segalanya. Buggy sampai dan kami di bawak ke bilik .. Villa Pool gitu ! Huhuhuh..



Suka giler Qhaliff naik buggy ni ! Zahra pon sama. Lama dah dia teringin nak naik buggy ni.. dan tercapai jugak hasrat dia. Murah rezeki tul dia ni..

Tak sampai 10 minit naik buggy , sampai dah bilik.. ehehehe..





Dan terus masing masing cop katil ! Hurmmm.. Qhaliff terdampar kepenatan akibat penat memandu ! Sambil menulis diari kehidupannya!



Dan Zahra.. hurmm… aku pun tak tau apa motif dia buat gitu..



Pastu… seperti biasa .. aku akan buat 2 check up ! Satu.. WiFi !



Superb ! Free lagi ! Hehehehe.. Dan satu lagi ialah , TANDAS ! Kalau kotor , memang spoil betul laaa ! Hurmmmm..




Yessss ! Takde butang butang macam kat Jepun dan Korea ari tu ! Aku gagal menakluki tandas gitu ! Terpaksa guna old skol punya skill ! Dan di Malaysia , aku rasa masih lagi guna tandas gini kan ? Ke ada gak butang butang punya ? hurmm..

Ok.. tandas bersih !




Perfecto !! Tak sambar nak tengok kolam dia.. Tapi sebelum tu.. Terpandang sesuatu yang agak ‘mengerikan’ ! Huhuhuh.. Nasib baik aku tak gayat dah !

Ok… aku hantar Zahra dulu untuk riki line ! Usha line la gitu haaa.. Dia memang bahagian tinjauan.. Apa apa berita , dia bawak kemudian pada chif ! Hehehehe..







Ok.. Kalau dia tengok sampai gaya gini .. maknanya best la ! Kalau dia teriak tuuuu.. tu tandanya , dia takut !

Sementara itu.. Di mana abang dia ???? Dan abang dia .. buat kerja dia !

Dia dengan air Milo tak dapat dipisahkan ! Huhu..



Dan kembali ke Zahra.. Selepas selesai check bahagian bilik air.. terus ke kolam air di belakang sekali ! Huhuhuh.. Best ke ?? Serupa macam dalam gambar ke ???



Yang atas ni dalam gambar risalah yang untuk menarik minat mereka agar datang ke Lexis Hibiscus.. Manakala di bawah ni , gambar aku amik sendiri !



Ok la kan ? Sama jer ! Beza dia cuma berjerubu dan tidak jer la !! Dan Zahra mulakan tugasnya ..





“ Ok daddy.. clear ! Memang sebelah ni Selat Melaka ! Dan takde jerung menghampiri kita ! Jom terjun !

Eh ?? Daddy mana ??? “

Sesaat kemudian terdengar bunyi dentuman ! Dan..



Tiba tiba terdengar suara halus..

“ Daddy.. hagak hagak la kot nak mandi seorang jer.. Anakanda pon nak mandi gak !! “

Yelahhh.. yelah.. Baru nak fefeling jadi kanak kanak.. Hehehe..



Hehehe… Sorang lagi , sibuk tengok tv ! Tak nak turun kolam.. heheh. Kolam ni , tak beberapa sesuai untuk anak kecil melainkan ada orang dewasa memantaunya. Kedalaman kolam ni ialah 1.2 meter. Kira tinggi pinggang aku la.. hehehe..

Selain mandi kolam , ada beberapa lagi aktiviti boleh dilakukan di sini .. Antaranya berbasikal , jogging dan macam macam lagi ! Tempat ni memang best untuk lakukan aktviti luar gitu..



Sebelah malam pulak , kawasan Lexis Hisbiscus ni amat cantik sekali ! Lampu berwarna warni menerangi kawasan persekitaran membuatkan ianya kelihatan begitu ceria dan hidup sekali suasana malamnya !











Jom makan malam ! Hehehe. Kalau malas nak keluar , boleh cuba makan di sini.. ada dua pilihan. Nak makan BBQ atau makanan Jepun. Macam aku sekeluarga semalam , cuba makanan Jepun. Harganya memang murah. Seorang dalam RM68 nett dan kanak kanak , RM34.







Sedap dan berbaloi dengan apa yang dibayar ! Puas makan akhirnya makanan Jepun ! Hehehehehhe.. Dan selepas makan , kembali ke bilik.

Set pendingin hawa dan .. Zassss ! Sekejap je semua tidur ! Hehehe.. Menanti hari siang , perancangan nak berbasikal pulak sebelum pulang ke rumah. Satu percutian ringkas tapi amat bermakna sekali untuk sekeluarga setelah aku tinggalkan mereka beberapa hari .. hehehe….. kira balas balik la kan ? Takkan aku je nak g bercuti..

Untuk keterangan lanjut , boleh ke www.lexishibiscuspd.com atau ke facebook mereka , Lexis Hibiscus Port Dickson.Ada yang tanya pasal harga .. sebaiknya rujuk di laman web mereka sebab harga ni berubah rubah terutama pada musim tertentu.. Ok ?



Oh ya.. tak dibenarkan memancing di sini yer.. hehehee…