Search

Percutian Ke Pulau Redang Memang Mengasyikkan




Cuti sekolah seminggu diisi dengan percutian dalam negeri iaitu ke negeri Terengganu Darul Iman.
Tetapi bukan pusat bandar yang menjadi pilihan kami.Masjid Kristal ini hanyalah sekadar lawatan sampingan kami.Keropok lekor atau serunding daging di Pasar Payang juga bukan matlamat utama kami kemari.Akan tetapi Pulau Redang menjadi pilihan kali ini.



Lari dari hiruk pikuk bandar,jalanraya yang sesak,sekolah,tempat kerja,jerebu,gst dan segala macam urusan yang memeningkan kepala di bandaraya . Diharapkan percutian kali ini menjanjikan kedamaian dan ketenangan yang sebenar. Bercuti untuk 3 hari 2 malam dan akan pulang sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Harapan agar pelancung tempatan kurang pada hari yang kami pilih ini.



Menaiki Feri seawal 9 pagi di Jeti Shahbandar membuatkan kami bermalam di sebuah hotel di Kuala Terengganu . Menjadikan percutian kami 4 hari 3 malam sebenarnya . Jeti Shahbandar ini terletak bersebelahan Pasar Payang dan menyediakan khidmat meletak kenderaan dengan harga Rm 6 sehari.



Perjalanan menaiki feri mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum penumpang menukar bot yang lebih kecil untuk ke persisiran pantai kerana jeti untuk feri tidak terdapat di sini.



Pihak resort atau chalet akan menyediakan pengangkutan ke tempat penginapan pengunjung dari kawasan ini.Tertanya-tanya jugak kenapa tiada pengangkutan untuk kami,rupa-rupanya chalet kami hanya beberapa meter sahaja dari kawasan ini.



Redang Lagoon Chalet menjadi pilihan kami.Ada dua lagoon besar berhampiran chalet ini.Salah satunya lagoon menurunkan penumpang tadi dan sebuah lagi lagoon yang agak ramai pengunjung mandi-manda.Redang Lagoon Chalet ini terletak di tengah-tengah kedua lagoon ini.Permandangan dua lagoon jelas dilihat dari chalet ini.Tempat ini kami pilih semasa kami berkunjung ke MATTA FAIR 2015 PWTC.Harga yang kami dapat tak ada beza pun dengan harga website www.redanglagoon.com .Memang membazir pergi Matta Fair ni,dah lah kena bayar rm4 seorang.Itulah kali kedua kami ke Matta Fair sejak 10 tahun lepas dan itulah kali yang terakhir kami akan ke Fair yang menyatak orang ramai dan pengusaha resort/pengusaha pelancongan dengan membuat keuntungan kiri kanan.



Bilik kami terletak betul-betul di hadapan kedua-dua lagoon ini.Angin yang sentiasa meniup sungguh amat menyegarkan.



Kita lupakan Matta Fair yang membosankan itu dan kita mulakan percutian dengan perasaan tenang setenangnya.Bilik quad menjadi pilihan.Tingkat atas untuk lelaki dan perempuan di bawah.Senang nak ke bilik air katanya.Ketenangan mulai terasa kerana tiada tv di sertakan dalam bilik ini.Terbaik,anak-anak tak lah memerap nak tengok kartun aje.Ini lah baru di katakan cuti yang sebenarnya.Cuti dari melakukan kerja-kerja atau aktiviti harian yang selalu dilakukan di rumah.



Merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa,Ku menilai kehidupan dari susut berbeza,tak memadai hanya kecapi rasa selesa...ucaplah Alhamdulillah..



Pakej termasuk makan dan minum 4 kali sehari amat memudahkan.Tidak perlu untuk memikirkan lagi persoalan mengenai makan , nak makan apa , nak makan kat mana dan nak makan bila.



Selepas check in , makan dan solat aktiviti yang seterusnya adalah snorkeling.Peralatan snorkeling ini boleh disewa dengan harga Rm 20 seorang untuk 3 hari kami di sini.



Pulau pertama yang kami tawan : Pulau Lima



Selepas penat snorkeling di pulau , selesai minum petang kami sambung lagi snorkeling di lagoon hadapan chalet.



Snorkeling di lagoon ini pun menarik jugak.Banyak ikan.Pari,gamat,todak dan ikan yu juga boleh di lihat di sini.Jangan lupa beli roti sebelum ke Pulau Redang ini.Memberi ikan makan secara live sesuatu perkara yang tidak akan anda lupakan.



BBQ dinner pada malam pertama.Bakar dan nikmati sendiri makanan laut anda.






Selesai makan malam kami berjalan-jalan di persisiran pantai di kedua lagoon ini.Agak meriah tetapi agak bingit dan tak sesuai untuk anak-anak.Tak tahu lah macam mana pengunjung yang nak tidur dan berehat jika muzik bingit macam funfair.Boleh di katakan tidak ada pengunjung luar negara yang lepak berpesta di resort ini.Rasanya kalau setakat nak lepak disco bawah pokok kelapa,negara mereka lagi hebat.Tak pelik jugak ramai mat dan minah salleh yang lepak di pantai lagoon depat chalet kami petang dan malam kerana ianya agak tenang dan mendamaikan.



Hammock yang banyak terdapat di hadapan bilik kami.Disinilah kami berehat di malam hari sorang satu sampai tertidur untuk 2 malam berturut-turut.Usah kuatir pasal nyamuk kerana angin laut yang kuat menyelesaikan masalah tersebut.



Hari ke dua . Standby untuk ke Marine Park



Marine Park




Satu kehidupam yang berbeza.Terumbu karang yang bewarna warni.MasyaAllah.Hebat ciptaan Nya.



Pergi dan balik ke tempat snorkeling ini memerlukan para pengunjung meredah sedikit air laut untuk sampai ke bot.Pastikan barangan penting telah siap di bungkus dengan plastik.Jangan lupa juga untuk membawa roti untuk ikan-ikan.Jika tiada buah tangan , ikan akan menyorok di terumbu karang dan malas untuk berjumpa dengan anda yang datang melawat rumah mereka dengan tangan kosong.





Pulau ke tiga kami jelajah ialah Pulau Paku . Aliran arus di bawah laut agak kuat di sini . Harus berhati-hati agar tidak lalai ketika sedang berseronok melayan ikan.







Pastikan juga anda membawa bekalan makanan untuk anda sendiri kerana tiada kedai runcit terdapat di pulau-pulau yang kami snorkeling ini.



Samad , pemandu arah snorkeling kami sedang melayan tetamu-tetamu kecil yang akan hadir pada setiap minum petang . M.Hazqil tidak melepaskan peluang untuk memberi makan kepada tupai-tupai yang jinak ini.



Inilah kawasan yang memisahkan diantara dua buah lagoon ataupun teluk di sini.



Kesedihan terukir di wajahnya untuk meninggalkan tempat ini.



Kepuasan yang tidak dapat di ungkapkan oleh mereka.



PENGAJARAN PERJALANAN : Kepuasan hiburan bukan hanya terletak kepada alatan elektronik atau alatan permainan ciptaan manusia yang lainnya.Pengenalan dengan alam sekitar dan juga makhluk ciptaan NYA yang lain dapat mengenal tentang kelemahan diri sendiri dan keagungan ciptaan NYA.Hiburan ciptaan manusia di luar sana tidak dapat menandingi kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Semuanya terhibur lebih daripada sekadar menonton kartun di televisyen.