Search

Pulau Tenggol Tempat Menarik Untuk Snorkeling Dan Scuba Diving


Pulau Tenggol | Pulau Tenggol terletak di luar pantai negeri Terengganu, Malaysia. Lokasinya di perairan Laut China Selatan dan terdedah kepada tiupan Angin Monsun Timur Laut yang kencang khususnya antara bulan Oktober - Januari setiap tahun.


Pulau Tenggol menyediakan 20 tempat menyelam yang cantik dan menarik. Diantaranya Teluk Air Tawar tempat terbaik untuk melihat penyu. Batu Tokong Laut pula turut menarik bagi melihat ikan selar berkumpulan dan beberapa jenis batu karang pelantar laut dalam.




Jika anda bernasib baik, diantara bulan Julai dan September anda berpeluang melihat kehadiran Yu paus yang besar dan cantik memakan plankton dan udang kecil di sekitar pulau ini.


Menyelam dengan Pari Mantan

Keindahan Pulau Tenggol  ini menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti selam skuba bagi menjejaki khazanah terumbu karang dan mengamati bangkai-bangkai kapal karam.

Selaman skuba (scuba diving) dan snorkeling ialah antara aktiviti utama di sini. Menyaksikan sendiri dengan mata kasar hidupan laut adalah pengalaman yang tidak dapat di lupakan. Antara hidupan laut yang boleh dilihat di sini ialah karang lembut (soft coral), nudibranch, seaweed, batfish, penyu laut, Napoleon Wrash, clownfish (nemo fish) dan yu paus.

Yu Paus / Shark Whale




Antara aktiviti-aktiviti lain yang anda boleh turut di Pulau Tenggol adalah seperti kelas asas scuba diving, boat diving, shore diving, night boat diving dan island hoping.

Sebarang aktiviti yang dilaksanakan sepanjang percutian di pulau ini mesti dirancang dengan awal. Terdapat banyak perkhidmatan bot laju untuk tujuan “day-trip diving” disedikan.



Pelancong yang ingin ke Pulau Tenggol dinasihatkan untuk menggunakan jeti bot ekspress baru yang terletak di tepi jambatan Kuala Dungun.



Kadar sewaan bot laju ialah lebih kurang RM600-RM650 sehari. Kos ini boleh dikongsi beramai-ramai, kerana satu bot laju boleh memuatkan antara 6-10 orang penumpang dalam satu-satu masa. Kadar sewaan ini termasuk bot, petrol, pemandu bot dan makan tengahari pek. Namun begitu pakej aktiviti skuba, snorkeling dan peralatan berkenaan dengannya serta chalet penginapan tidak termasuk pada harga tersebut.




Terdapat banyak resort dan chalet kecil dibina di pulau ini. Namun resort-resort di Pulau Tenggol tidak sebanyak resort yang terdapat di Pulau Perhentian atau di Pulau Kapas. Tenggol Island Beach Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar merupakan resort yang terkenal dan sering menjadi pilihan di Pulau Tenggol. Ianya terdiri dari chalet-chalet kayu berlatar belakang hutan tropika. Jika pelancong tidak mahu menetap di pulau, mereka juga boleh memilih menetap di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, kadar sewaan semalam kurang dari RM100 sebilik. Pelancong juga boleh membuat khemah di pulau ini jika mahu, namun amat disarankan untuk menjaga kebersihan pulau.

Untuk pergi ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol dari jeti Kuala Dungun. Untuk tujuan selaman skuba, kadar sewaan bot adalah sekitar RM600-650 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Kadar lebih murah untuk ke resort. Anda perlu berunding dengan pihak resort supaya boat transfer fee dimasukkan sekali ke dalam pakej anda, Pastikan ianya perjalanan 2-hala (return trip). Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).

Bagi perjalanan darat ke Kuala Dungun, misalnya dari Kuala Lumpur atau Shah Alam, perkhidmatan bas ekspress adalah pilihan terbaik kerana terminal bas Kuala Dungun ke jeti tidak terlalu jauh, lebih kurang 2 km dengan merentasi jambatan baru Kuala Dungun.

Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan datang ke Pulau Tenggol dari bulan November hingga Mac kerana musim tengkujuh yang melanda pantai timur. Di waktu ini tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup.












Image credit: Tenggol Island Beach Resort