Search

Ramai Yang Kata Dim Sum Halal Di 9 Restoran Ini Memang Lazat!


Makanan bite size yang digelar Dim Sum sememangnya tidak lekang untuk dikaitkan dengan hidangan masakan tradisi orang Cina. Ia sebuah hidangan ringkas berinti yang mempunyai rasa unik dan selalunya boleh dimakan sehingga dua atau tiga orang untuk satu-satu hidangan. Cara memasak Dim Sum pula bisa sahaja menggunakan teknik mengukus, mengoreng minyak penuh, malah boleh juga dibakar sehingga kulitnya ranggup dan berwarna keemasan.

Bukan itu sahaja, mengikut cara tradisi dan budaya orang Cina, Dim Sum lazimnya dihidang dalam bakul raga yang diperbuat daripada kayu buluh bersama secangkir teh sebagai pelengkap. Memakan Dim Sum adalah perbuatan yang merujuk kepada perbuatan berkongsi rasa gembira dan nikmat makanan bersama dengan yang tersayang.

Foto -mrjasonbailey.com

Di Malaysia sendiri, hidangan Dim Sum kini dilihat semakin mendapat sambutan dari masyarakat tempatan. Dengan adanya beberapa restoran sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan Dim Sum halal, mereka sebenarnya turut bijak menggabungkan elemen serta bahan masakan baharu bagi menepati versi selera orang Malaysia. Sekarang, tiada lagi masalah untuk anda, keluarga mahupun rakan-rakan untuk mencari hidangan Dim Sum yang halal!

#1 Dolly Dim Sum 

Foto -thegardennom.wordpress.com

Ini merupakan restoran yang agak baru di Kuala Lumpur. Dekorasi dalaman restoran juga amatlah sesuai untuk para peminat selfie! Ianya lebih menarik dan tampak unik. Tidak ketinggalan, kesemua makanan dan hidangan Dim Sum disediakan secara segar sejurus sahaja mendapat tempahan daripada pelanggan. Jika anda kepingin untuk datang ke Dolly Dim Sum, restoran ini dibuka setiap hari di dua lokasi berlainan iaitu di Avenue K dan Nu Sentral.

Untuk pengetahuan anda lagi, para pelanggan akan mula membanjiri Dolly Dim Sum ketika waktu makan tengah hari. Jadi kami ingin cadangakan supaya anda datang awal agar tidak terlepas peluang untuk menikmati rasa Dim Sum yang paling sempurna!

***Menghidangkan alkohol sebagai minumanFoto -themalaymailonline.com

Dolly Dim Sum Avenue K
Masa: 11.00am – 10.00pm
Harga: Bermula dari RM8 untuk setiap satu hidangan
Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830

Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm
Harga: Bermula dari RM8 untuk setiap satu hidangan
Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2856 0663

Laman Web: www.dollydimsum.com

#2 China Treasures

Foto -chasingfooddreams

Terletak di dalam bangunan megah Sime Darby Convention Centre, China Treasures adalah tempat yang menjadi tumpuan untuk penggemar makanan Cina, terutamanya golongan yang telah berkeluarga.

Yang paling menarik, ini adalah salah sebuah restoran Dim Sum di Kuala Lumpur yang diiktiraf dengan sijil halal! Jadi, anda tidak perlulah risau dan meragukan status makanan yang disediakan di situ.

Masa Hari Bekerja dari Isnin hingga Jumaat: 11.30am – 2.30pm (Makan Tengah Hari) & 3.30pm – 10.30pm (Makan Malam)

Masa Hari Minggu dan Cuti Umum: 10.00am – 4.30pm (Makan Tengah Hari) & 6.300m – 10.30pm (Makan Malam)

Harga: Bermula dari RM6 untuk setiap satu hidangan ala carte, manakala RM69.90 untuk seorang bagi menikmati hidangan buffet.

Alamat: Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur Malaysia
Nombor Telefon: (+603) 2089 3788

Laman Web: chinatreasures.sdcc@simedarby.com

#3 Maju Palace

Foto -hungrygowhere.my

Tersorok di tingkat 5 Maju Junction Mall, Maju Palace adalah permata yang mampu menyeru para peminat Dim Sum yang pelbagai dari seantero dunia!

***Menghidangkan alkohol sebagai minumanFoto -orientalrestaurants.com.my

Maju Palace dimiliki oleh Oriental Group of Restaurant dan adalah merupakan salah satu restoran yang menggunakan daging halal sebagai bahan untuk membuat Dim Sum.

Masa Hari Isnin hingga Sabtu: 11.30am – 3.00pm (Makan Tengah Hari) & 6.00pm -11.00pm (Makan Malam).

Masa Hari Ahad dan Cuti Umum: 10.00am -3.00pm (Makan Tengah Hari) & 6.00pm – 11.00pm (Makan Malam)

Harga: Bermula dari RM6 untuk satu-satu hidangan. Menawrkan diskaun sebanyak 20% untuk hidangan Dim Sum pada hujung minggu.

Alamat: Aras 5, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2691 8822

#4 Meisan Szechuan Restaurant

Foto -quality.com.my

Jika anda tercari-cari akan restoran yang menyediakan Dim Sum pada harga yang berpatutan. Kunjungilah Meisan Szechuan Restaurant yang berada di dalam Quality Hotel. Bukan sahaja ia memiliki sijil halal yang sah, malahan mereka juga menyediakan buffet pada harga RM48 sahaja untuk seorang! Murah kan?

Yang paling seronoknya, jika anda datang bersama 5 orang ahli keluarga, orang yang keenam boleh makan secara PERCUMA! Okay, jangan lupa ajak kawan-kawan dan keluarga makan di sini nanti ya?

Foto -voguemom.blogspot.com

Masa: 9.00am -2.30pm setiap hari
Harga: RM48 (dewasa), RM35 (kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)
Alamat: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50750 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2614 8000 / 8056

#5 Lai Po Heen

Foto -mandarinoriental.com

Terkenal sebagai salah satu restoran Cina terbaik di Kuala Lumpur, Lai Po Heen yang terletak di dalam bangunan Mandarin Oriental Hotel ini menyediakan seribu satu hidangan Dim Sum yang buat anda tertarik hati dan berselera.

Di samping bisa melihat pemandangan taman KLCC dari atas, anda juga berpeluang menikmati pemandangan warna hijau dari atas sementara merasa setiap satu hidangan yang sedap-sedap belaka.

***Menghidangkan alkohol sebagai minumanFoto -thestar.com.my

Masa Hari Bekerja dari Isnin hingga Jumaat: 12.00pm -2.30pm (Makan Tengah Hari) & 7.00pm -10.30pm (Makan Malam)

Masa Hari Minggu dan Cuti Umum: 10.30am – 2.30pm (Makan Tengah Hari) & & 7.00pm -10.30pm (Makan Malam)

Harga: Bermula pada RM10 untuk setiap satu hidangan Dim Sum.
Alamat: Aras 1, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2179 8885

#6 MinMax Restaurant

Dikukus segar atau digoreng sebaik sahaj mendapat sebarang tempahan, MinMax menawarkan menu Dim Sum yang merangkumi resepi asas tradisional Cina yang bisa dinikmati pada harga yang sangat berpatutan. Ramai mengakui, MinMax Restaurant adalah yang terbaik!

Foto -rebeccasaw.com

***Menyediakan alkohol sebagai minumanFoto -isoulde.blogspot.com

Masa Hari Bekerja dari Isnin hingga Jumaat: 11.00am -3.00pm (Makan Tengah Hari), 6.00pm – 11.30pm (Makan Malam)

Masa Hari Minggu: 9.00am – 3.00pm
Harga: Bermula pada harga RM3 untuk setiap satu hidangan. (Bergantung kepada jenis hidangan)
Alamat: Lot 2.1 Level 2, PNB Darby Park, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2166 8669

#7 Luk Yu Tea House

Foto -cherylchanphotography.com

Jika anda berada di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama mahu bersantai selepas penat membeli-belah, kunjungilah Luk Yu Tea House untuk minum petang sambil berehat.

***Menghidangkan alkohol sebagai minumanFoto -media.finnair.com

Ia bagaikan anda melangkah ke salah sebuah hotel Hong Kong terkemuka kerana didampingi bingkai tingkap klasik ala Cina serta panel bergelas yang sungguh menawan!

Masa Hari Isnin hingga Sabtu: 12.00pm – 11.00pm
Masa Hari Ahad dan Cuti Umum: 10.00am – 11.00pm
Harga: Bermula dari RM10 setiap satu hidangan.
Alamat: Feast Village, Starhill Gallery, 181, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2782 3850

#8 Siang Seafood Restaurant

Foto -rebeccasaw.com

Terletak di dalam SOGO Kuala Lumpur, Siang mempunyai hidangan Dim Sum terbaik yang menggabungkan hidangan klasik dengan sedikit sentuhan moden untuk para pengemar makanan ala fushion. Walaupun restoran ini terletak di bahagian kawasan utama Kuala Lumpur yang agak lama, restoran ini sering dipenuhi orang ketika waktu makan tengah hari pada waktu hari bekerja.

Masa: 11.00am – 9.30pm setiap hari
Harga: Bermula pada harga RM6 setiap satu hidangan
Alamat: Tingkat 6, Kompleks Sogo, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2618 1848 – Ext. 1130

#9 Tai Zi Heen Cantonese Restaurant

Foto -hungrygowhere.my

Walaupun Tai Zai heen menyediakan hidangan buffet Dim Sum, ia cuma akan disediakan mengikut tempahan. Jadi, anda tidak perlu risau kerana semua hidangan itu akan anda dinikmati secara panas-panas.

***Menghidangkan alkohol sebagai minumanFoto -seefoodeatfood.sg

Masa Hari Bekerja dari Isnin hingga Jumaat: 11.30am -2.30pm (Makan Tenga Hari) & 6.30pm – 10.30pm (Makan Malam)

Masa Hari Minggu dan Cuti Umum: 11.30am – 2.30pm (Makan Tengah Hari) & 6.30pm – 10.30pm (Makan Malam)

Harga: RM68 ++ seorang untuk hidangan buffet pada hujung minggu.
Alamat: Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences, No. 4, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603) 2170 8888

***Jika anda perasan, terdapat beberapa restoran Dim Sum yang tersenarai di atas masih menyediakan minuman yang beralkohol, tetapi anda usah ragu kerana kesemua hidangan Dim Sum yang dihidangkan tidak mengandungi bahan yang meragukan. Penulis tinggalkan kepada anda untuk anda menilai sebaiknya.