Search

Restoran Ini Tawarkan RM8 Untuk Makan Apa Sahaja Sampai Kenyang! Tak Percaya?


Pernah atau tidak anda terfikir, dengan hanya berbekalkan RM8 sahaja anda boleh makan sepuas-puasnya di sebuah restoran? Ya hanya dengan RM8 sahaja. Percaya atau tidak?
Mungkin ramai yang belum tahu, Restoran Hersha yang terletak di Bukit Kapar, Klang ini menawarkan pakej buffet masakan Melayu dengan harga RM8 termasuk air minuman.


Image via Restoran Hersha/Facebook

Image via Restoran Hersha/Facebook

Terdapat lebih 30 jenis lauk masakan kampung yang disediakan di sini dan kebanyakan mereka yang berkunjung ke sini memberitahu rasa dan keenakan juadah yang dihidangkan benar-benar asli dan menyelerakan
Antara lauk atau hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah Asam Pedas Ikan Patin, Gulai Nangka, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi. Senang cakap, pada anda yang menggemari masakan kampung pasti akan berasa puas makan di sini. Yelah, mana nak cari restoran boleh tambah makanan free?

Image via Restoran Hersha/FacebookAsam Pedas Ikan Patin.

Image via Restoran Hersha/FacebookGulai Nangka.

Image via Restoran Hersha/FacebookAyam Goreng Berempah.

Bukan setakat itu sahaja, buat peminat ikan bakar inilah masa yang sesuai buat anda untuk menikmati hidangan ikan bakar sepuas-puasnya
Pelbagai jenis ikan bakar yang disediakan di sini. Yang penting saiz setiap hidangan juga pastinya amat memuaskan. Kata orang, kalau makan seekor tu. confirm kenyang!

Tapi rugilah kalau anda makan seekor sahaja, sebab tiada bayaran dikenakan sekiranya mahu makan kali kedua.

Image via Restoran Hersha/FacebookIkan Bakar.

Image via Restoran Hersha/Facebook

Lebih menarik, harga buffet yang dikenakan untuk golongan OKU pula hanya RM6 dan percuma buat kanak-kanak di bawah 6 tahun
Inilah juga antara faktor yang menjadikan restoran ini sangat viral dan disebut-sebut orang ramai. Malah, air minuman juga disediakan secara percuma. Menurut sumber, restoran ini akan menukar menu air minumannya dari sehari ke sehari. Jadi jika anda datang hari ini dan minum jus oren, esok anda akan rasa air minuman yang lain pula. Menarik bukan?

Image via Restoran Hersha/FacebookAir yang disediakan.

Image via Restoran Hersha/FacebookLauk-pauk

Image via Restoran Hersha/FacebookUlam-ulaman.

Pemilik restoran Sahlawati Norman, 43 memberitahu idea untuk menyediakan buffet RM8 ini tercetus kerana lokasi restoran itu sendiri yang terletak di Batu 8, Bukit Kapar, Klang
Selain itu, disebabkan kini adalah zaman ekonomi meleset, beliau mengambil jalan untuk berniaga melalui pendekatan tersebut. Menurutnya lagi, beliau dibesarkan di daerah tersebut dan sudah hampir 40 tahun menetap di sana.

Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada beliau memperoleh untung atau tidak melalui perniagaannya. Tetapi apa yang kami tahu, boleh dikatakan hari-hari restoran ini akan dipenuhi dengan manusia.

Image via Restoran Hersha/Facebook

Image via Restoran Hersha/Facebook

Image via Restoran Hersha/Facebook
Jadi apa tunggu lagi. Anda mahu ke sini?
Image via Restoran Hersha/Facebook

Alamat: Lot 2320 Jalan Iskandar, Batu 8, 42200 Kampong Bukit Kapar, Selangor, Malaysia.
No Telefon: 017-296 6305
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 11 pagi - 3 petang

Layari Facebook Restoran Hersha untuk maklumat lanjut.