Search

Seronoknya Bercuti Bersama Keluarga Di LEGOLAND Malaysia Resort


Percutian Keluarga di LEGOLAND Malaysia Resort | Legoland Malaysia yang terletak di Selatan Malaysia iaitu Johor terdiri dari 2 Theme Park. Theme Park dan juga Water Park. .

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan aku merancang untuk bawa family blogger aku ke legoland akhirnya tercapai juga. Walaupun banyak kali terpaksa postpone.


Percutian di legoland yang mengambil masa selama 2 hari ini memang agak pack namun ianya memberi makna yang cukup mendalam buat kami semua.



Bagi Theme Park ianya di buka seawal jam 10 pagi sehingga jam 8 Malam. Manakala bagi Water Park pula dibuka pada jam 4 petang sehingga 6 petang.

Bagi korang yang ingin merasakan keduaa-dua theme park aku sarankan untuk mengambil tiket combo. Jadi korang boleh ulang alik antara theme park dan juga water park.

Terdapat pelbagai jenis permainan di kedua-dua theme park. Namun apa yang paling aku suka adalah jenis roller coaster. Tapi roller coaster kat Legoland ni tak der lah extreme sangat. Memang sesuai untuk santai-santai dan juga kanak-kanak. Kadang-kadang orang dewasa macam aku ni pun boleh menjerit bila naik roller coaster ni. Hahah



Bagi Theme Park pula, apa yang paling menarik perhataian aku adalah decorasi lego yang terdapat di miniland. Dah macam mini malaysia jer. Terdapat banyak replika bangunan-bangunan yang terdapat di malaysia mahupun di asia.

Selain itu, di theme park ni ada juga LEGO Star Wars Miniland Model Display. Bagi yang layan movie star wars aku rasa tempat ni sangat sesuai untuk korang. nanti aku cerita dan kongsi gambar detail pasal LEGO Star Wars Miniland Model Display di next entri.

Satu lagi apa yang aku suka ada konsep kingdom di legoland. Dah rasa macam duk dalam filem epic zaman british pun ada. Ala-ala dalam peperangan dalam lord of the ring.

Water Park ni pula agak mencabar sikit. Bagi aku kat water park lagi enjoy sebenarnya. Orang dewasa pom sesuai kat water park ni.

Tips di Water Park Legoland Malaysia
Sila Pakai Baju swimming untuk bermain kat dlm water park legoland



Bagi korang yang datang ke legoland tu boleh cuba stay di Legoland Hotel.

Legoland Hotel

Legolad Hotel ni sangat sesuai untuk yang ada anak-anak sebab bilik kat legoland ni agak besar dan ada ruangan bilik tidur yang di separate kan untuk anak-anak dan juga parent.

Dari segi deco bilik hotel di legoland juga agak unik sekali. Macam-macam tema ada. Aku hari tu stay dalam bilik jenis adventured bertemakan pirate. Dalam bilik tu juga ada macam-macam deco berasaskan lego.

Bagi budak-budak pom boleh cuba bermain lego di dalam bilik yang disediakan. Kalau nak lebih mencabar boleh selesaikan kotak treasure hunt yang disediakan dlaam bilik tu..Dalam tu ada harta karun tau.

Itulah sedikit pengalaman yang aku dpaat coretkan sepanjang aku dan geng #kelabbloggerbenashaari di Percutian Keluarga di LEGOLAND Malaysia Resort.

Legoland Malaysia Theme Park

































Legoland Hotel