Search

Wanita Ini Ceritakan 15 Perkara Tentang Percutiannya Di Perth Australia



Nota Editor:Kepada yang sedang merancang untuk bercuti ke Perth,Australia boleh menjadikan post ini sebagai guideline anda. Lebih-lebih lagi yang merancang untuk memandu sendiri, juga ada tips bagaimana nak memohon visa Australia dan aktiviti-aktiviti yang anda boleh buat sewaktu di sana.
Apa lagi, baca dan hadam kemudian tagged dan share ke rakan kembara anda.
Tips backpacking sebenarnye berubah ikut keperluan, ikut kehendak, dan ikut niat masing-masing utk bercuti.

Orang cakap backpacking ni jadi style orang sekarang. Indeed. Sebenarnye ramai orang dah mula sedar yg bercuti secara backpacking lagi puas, lagi murah, lagi jimat dan lagi menarik dari pakai pakej pelancongan. Naik public transport kat tempat orang tu benda common bagi pelancong luar yg datang ke Malaysia.

Tapi bab-bab melancong ni depends on individu, ade orang lebih selesa degan perjalanan yang teratur, yang takde banyak cabaran, dan mudah. Ikut hati masing-masing.

Bile bercuti kat mana-mana pun, the journey to the destination sangat berbaloi.

Saya ada softcopy untuk tentatif, senarai barangan, number agent visa (RM20/orang instead of $20 dari website gov Aussie), dan beberapa info lain tentang nak jalan kat sini. Banyak lagi gambar-gambar menarik dan tips tapi too much to share.


Aussie kalau nak bercuti seharian suntuk pegi hujung tahun, sebab siang lama, tapi panas la sikit.

Bulan 5 start musim winter. Bulan 9 spring. Bulan 12 summer. Bulan 2 luruh.

Siape nak tahu jgn segan tanye. Saya pun belajar kat orang. Sharing is caring!

4 days 3 nights (bajet untuk sorang je ni)
Flight ticket AirAsiaX KUL-PER-KUL : RM600 (promo)
Hostel utk 3 malam : RM150
Pengangkutan 4 hari : RM90++ sorang (X-Trail kereta besar, so kereta kecik lagi murah)
Makan 4 hari : RM200 bajet sbb minimum harga makanan $10 / RM30
Sandboarding rental : RM40 / $20 per 2 hours
Caversham Wildlife Park : RM50
Minyak : RM30 sorang ($10) utk 400km travel — kereta cc 2.0
Belanja beli cenderemata sendiri
Visa : RM20
Belanje Johor – KLIA2 : RM60 laa gitu siap parking touch n go minyak

tak sampai RM2k Insya Allah.

P.s : Bagi sesetengah orang yang merasakan RM2k (and below) tu banyak benda boleh buat (it is true byk benda boleh beli dgn RM2k), and travel ini adalah satu pembaziran, saya mintak maaf banyak-banyak dan sedar ini satu kesilapan saya sekiranya ada yang tersinggung hati dgn post-post saya ni. Saya share ilmu mengembara untuk orang-orang yang berminat utk travel, even bukan di Aussie, tp dimana mana sahaja. Niat bukan mahu menunjuk or show off or kecilkan hati mana-mana pihak. Saya pun pergi ikut kadar kemampuan, tak macam org lain, 5 6 hari dan ada kala sampai 2 minggu. Travel niat nak tengok keindahan ciptaanNya sambil cari pengalaman dan ilmu. Sorry again. Just anggap this post as satu ilmu.

1.Visa



Contoh Visa ETA Australia. RM20 / person kat Agent Wiya Travel & Tour Sdn Bhd. Kalau kat website rasmi Imigresen Australia. $20. Jangan risau, kita memang print benda ni sendiri.

Visa ni kegunaannya macam pas pelawat la nak masuk Aussie. Aussie mmg kena ade visa kalau nak masuk dalam negara dia.

2.Makanan dalam flight AirAsia-Nasi Lemak Pak Nasser



Kalau duration korang flight over 4 jam, baik terus beli makanan online time beli tiket tu. lagi jimat RM10 dari beli makanan yg dibeli on flight. Takyah rasa tak perlu beli sebab memang akan lapar kat atas sane kecuali dapat selit-selit bawak masuk roti.

Awak boleh dapatkan pack makanan camni kat Kilang Brahim’s di Bangi :

Dewina Food Industries Sdn Bhd (54653-D)
Lot 11, Jalan P/9B, Kawasan Perusahaan Bangi,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Atau beli kat mana mana tesco yg ada. AirAsia n Malaysia Airlines (if im not mistaken) beli makanan utk disajikan daalm flight dari dorang dari syarikat ni. Beli pack ni, bawak masuk dalam luggage kargo, bawa gi jalan-jalan. Kalau nak makan, rendam pack tu dalam air panas, koyak, then terus boleh makan. (credit to Afiq Basri for this info)

Boleh rase makanan melayu kat oversea ye dop? jimat pun ye juga.

p.s : Kitorang share 3 makanan utk 6 orang. boleh tukar-tukar utk rasa semua. Alhamdulillah kenyang utk alas perut.

3.Simkad telefon di Australia



Simkad ni beli kat Airport. Betul-betul terletak kat depan pintu balai ketibaan. Tempat org menunggu tu. OPTUS nama syarikatnya.

Harga simkad $2 tp nanti dia akan reloadkan terus based on berape hari kita stay. Macam aku stay 4 hari so dia reloadkan $10 (termasuk $2 harga simkad).

1 hari 500mb internet (cukup utk waze) : $2
so $8 utk 4 hari ditolak dari account.

Balik malaysia still ade baki lagi $2.

4.Sewa kereta di Perth



Aewa kereta kat Aries Car Rental Perth. Boleh search website dia (sewa dibuat di Malaysia sebelum pergi ke Perth). Lesen Memandu Malaysia valid di Aussie ye.

Kat sini saya AKTIFKAN debit card saya utk international transaction,just call bank hotline utk aktifkan (sebab saya takde credit card,p.s : car rental ni dia pakai credit card actually) utk transaction international. Call la maybank hotline and proses bayaran blh buat mcm biasa.

Pick up and drop off kat terminal. Senang. Tapi kena caj sikit la untuk drop off kat terminal (sbb tiket flight saya kul 6.50 pagi so pilih drop kat terminal). Ada bond (deposit) untuk sewa kereta ni. Tapi nnti dia pulangkan semua bond tu after 10 days maximum ke acc kite balik. Pilih unlimited mileage sebab nak pegi tempat pasir je dah over 120km. Tapi worthy sebab pemandangan cantik kiri kanan.

Dijanjikan kereta X-TRAIL lama (pilih X-TRAIL sbb 6 orang so tak lepas 5 seater car) tapi dapat X-TRAIL baru. Perghh superb la drive dia.

Kalau nak jalan jauh bagus guna kereta CC tinggi. Kitorang habiskan minyak $62 utk Nissan X-Trail 2.0cc dgn total jarak perjalanan 300++km (almost 400km). Minyak sana murah beb (nak banding negara kita / tanpa pertukaran matawang). 1 liter $1.25 / RM3.00++. kalau jalan ramai-ramai berapa la sangat tuang-tuang minyak tu especially guna kereta cc besar.

5.Kos sewa kereta di Perth,Australia



Punca kenapa kitorang sewa kereta kat sini. Boleh drop off / pick up kat Airport. Servis best dan murah. Tapi ada add on caj la utk pemandu luar dari Aussie and caj kalau drop off / pick up kat terminal. Tapa berbaloi la sebab price car rental dia murah.

Kereta camtu pun $25 / RM75 (5 seater car). Kat malaysia ade yg buat sewa camni tak?

6.Peta dan Waze



Refer to tentatif perjalanan (buat dan susun sendiri based on research – I got the softcopy if you want. Then guna apps waze dalam handphone 100%. Waze mmg boleh percaya. SEMUA tempat (takde yg terkecuali) yang saya pergi refer to Waze.

p.s : Yang ni penting, bawak charger so boleh cas hp dalam kereta. Kalau boleh bawak car charger adapter.

7.Membeli-belah murah dan bajet di Perth



Tempat shopping paling murah di Australia sebab dalam gudang tp kecil jela. Takde sape boleh lawan kemurahan dia.

Dia cakap kalau nak datang call dulu (kitorang tak call pun haha). Serbu pun boleh tapi kalau ade luck tak ramai orang, so takde la sempit.

Kepunyaan orang Singapore dan dia boleh berbahasa Melayu!

Keychain 12 dapat $2.00!
Sweater dapat $9.90!
Tshirt 2 helai $15!

PLEASE JANGAN PEGI TEMPAT LAIN. Seriously. Kau pegi Freemantle ke, EShed ke still mahal sebab dorang kena bayar sewa. Orang ni dia tak bayar sewa (tanah sendiri) so dia cakap sebab tu dia boleh bagi murah.

Aku dah pegi shopping tempat lain then termenung sorang-sorang tengok harga sini.

8.Aktiviti di Perth-Sand Boarding




Tempat wajib pergi! Lancelin Sand Dunes! Main surfing atas pasir. Curam 45′ pun sebat je main sebab pasir empuk.

Sandboard Rental : $20 / 2 hours

9.Makanan di Perth-Kaili’s Fish Market




Kaili’s Fish and Chips kat Freemantle, Perth. Tempat wajib pergi, terletak di tepi laut, tempat boat parking dan tempat makanan halal untuk rasa fish and chips!

p.s : Langit dia boleh guna jadi latar belakang bagi sesiapa nak buat gambar passport.

10.Kaili’s Fish Market

Tengok betapa besarnya pinggan dorang nak bandingkan dengan iphone. 1 kentang je dah sama panjang dgn iphone. nasib baik tak order banyak pinggan! $10 per plate paling murah.

11.Memandu kereta di Perth,Australia





Lesen memandu Malaysia valid di Aussie. Yes, drive right hand side. Dont worry. By the way penduduk sini cross jalan memang guna zebra crossing line dan tunggu lampu hijau untuk lintas jalan menyala. Takde lintas jalan tiba-tiba tengah jalan. No such thing here. Diorang sangat berdisiplin. Tak de potong memotong macam tak ingat dunia. Senang gila jalan kat sini.

Awak rasa minyak mahal? Kereta sewa mahal? Takpe!
Kat sini jugak ade bas FREE dalam bandar (pantang nampak benda free). Nama bas tu CAT bas dan memang ade gambar kucing kat bas tu.

Google “Transperth” utk maklumat pasal map kat mana bas ni berhenti, and maps. Study betul-betul. Kalau naik train pun okay. Still affordable. Train kalau rase nak pergi tempat di luar kawasan Perth. Di website Transperth jugak, dorang boleh tolong awak susun perjalanan kalau rasa nak naik public transport. Dia akan cari public transport mana yang sesuai siap timing, fees and sebagainya. Key in ‘start’ and ‘end’ point mana nak pergi and sekali click dah settle!

12.Tempat menarik di Perth-Caversham Wildlife Park  




Caversham Wildlife Park

Tips : Orang sini cakap better pegi sini dari Perth Zoo. Perth Zoo haiwan dalam kandang, kat sini (Caversham Wildlife Park) haiwan bersepah. Korang masuk pagar je dah nampak kanggaroo lalu lintas sane sini dengan bebas.

Admission fees includes all shows, talks, animal feed and photo opportunities:

Adult : $27
Kids : $12 (1-14yrs)

13.Waktu lawatan yang sesuai Caversham Wildlife Park




Tips pergi Caversham Wildlife Park. Pergi time weekdays, dan time pagi sebab binatang baru bangun tido dan lapar. Habis kanggaroo serbu tangan. Kat sini aku menyahut cabaran dari sahabat yang dare aku untuk salam kanggaroo! Sini haiwan jinak-jinak. Takde yang tendang-tendang.

Pukul 9.00 pagi boleh bergambar dgn koala!

14.Makanan Halal di Caversham Wildlife Park




Boleh tanya kat kaunter tu which one halal. Nak selamat. Beli makanan yg aku tunjuk dalam previous picture sebab tu makanan yang dah dipack dari luar. Kalau roti-roti elakkan sbb dia guna pisau / pemotong roti yang sama (takut tercampur dgn pisau potong haiwan yg tak halal dimakan)

Nak mudah beli je makanan pack (mcm dlm flight) jenama Brahim yg ade dijual kat kilang dia or tesco. Bawa siap-siap terus dari penginapan / malaysia.

15.Penginapan di Perth,Australia-Palmerston Lodge




Tempat tidur kami. Yes, guna Booking.com. Tapi ade lagi tempat-tempat lain just ni yang paling murah (last minute).

Kalau nak book kat Booking.com memang wajib guna credit card (Visa / Mastercard valid) . Same goes to Agoda. AirBnB rase pun boleh. Kena tengok mane boleh guna debit / credit card.

Tempat ni not bad. 1 rumah besar tapi banyak bilik yg besar utk family. Toilet share. Dapur share. Bila pergi dapur dapat borak-borak ngan orang france. Pergi toilet jumpa orang jepun pulak. Dapat plak tuan rumah yang sangat peramah, sangat membantu dan sporting.

RM150++ / per person / for 3 nights.

6 orang? RM1050++ untuk this holiday.