Search

10 Pantai Menakjubkan Seluruh Dunia Yang Colorful! Mesti Lihat Ni!


Pantai yang indah dan menakjubkan memang sentiasa menjadi sasaran pencinta keindahan, terutamanya mereka yang sukakan aktiviti air mencabar bersama keluarga dan sahabat handai. Berikut adalah 10 senarai pantai yang menakjubkan yang penuh dengan warna-warni yang anda boleh jadikan destinasi bercuti bila melancong ke negara berkenaan.



1. Pantai Pasir Merah

Image via log.viva.co.id

Nama pantai ini ialah Pantai Kaihalulu dan terletak di Hawaii. Warna pantai ini sangat kontra dengan warna lautnya yang sangat biru. Kombinasi dua warna ini sangat cantik jika anda ingin mengambil gambar di sana. Kalau anda lihat pada gambar, warna tebing pantai ini juga sama dengan warna pasirnya.

Image via www.lovethesepics.com

Sebenarnya, warna pantai ini terbentuk kerana kandungan besi di dalam batu-batuan vulkanik di tebing itu bersentuhan dengan lautan. Malah, apabila air laut membasahi pasir pantai, ia kadangkala kelihatan menyerupai warna darah!

Image via toodia.my

2. Pantai Pasir Pink

Bagi sesiapa yang menyukai warna merah jambu anda boleh pergi ke pantai yang terletak di Harbour Island, Bahamas. Pasir pantai Bahamas ini menjadi warna merah jambu adalah disebabkan ombak laut yang membawa karang berpigmen pink.


Image via www.palingyess.com


Selain itu, pantai ini juga dikatakan berwarna pink disebabkan lambakan kulit kerang berwarna merah jambu yang ada di pantai tersebut.

Image via www.boredpanda.com

Jika anda merasakan kepulauan Bahama agak jauh, anda mungkin boleh terbang keIndonesia. Pantai merah jambu ini terletak di Taman Nasional Komodo, Lombok Timur. Warna pasir pantai ini sangat indah dan kami yakin pasti ramai kaum wanita yang akan jatuh cinta padanya.

Image via bernardbaliadvisor.com



3. Pantai Pasir Jingga

Image via mt.worldmapz.com

Pantai yang cukup menyilaukan mata ini bernama San Blas Bay terletak di Gozo, Malta Itali.

Image via www.bintang.com

Pantai ini tidak begitu crowded dengan orang ramai kerana untuk sampai ke pantai ini anda akan melalui trek yang sangat sukar. Tetapi apabila tiba di sini anda pasti seronok apabila dapat menikmati air lautnya yang nyaman dan selamat dari serangan obor-obor.

Image via www.jalansanasini.com

4. Pantai Pasir Kuning

Image via 4muda.com

Hawaii bukan saja ada pantai pasir berwarna merah, malah juga terdapat pantai pasir berwarna kuning. Memang unik!

Image via blogspot.com

Nama pantai ini ialah Pantai Papohaku. Ia memiliki pasir berwarna kuning keemasan dan warna yang muncul akan lebih memukau apabila matahari mulai terbenam. Jadi tidak hairanlah jika ramai orang yang datang ke sini pada waktu tersebut.

Image via blogspot.com

5. Pantai Pasir Hijau

Image via www.bintang.com

Sekali lagi di Hawaii. Kali ini pantai yang bernama Pantai Papakolea ini pula pasirnya berwarna hijau. Selalu kita lihat laut sering dikaitkan dengan warna biru dan warna hijau pula sering dikaitkan dengan warna hutan dan tumbuh-tumbuhan. Namun, Pantai Papakolea menyajikan kedua-duanya sekali.

Image via blogspot.com

Warna hijau dari pasir ini berasal dari kandungan mineral yang ada di bebatuan lava yang terhasil dari ribuan tahun. Pantai ini membuktikan bahawa kombinasi warna biru dan hijau itu sangat cantik dan indah untuk dipandang.

Image via 4muda.com



6. Pantai Pasir Ungu

Image via blog.inap.co.id

Buat peminat warna ungu, saya yakin anda pasti teringin sekali untuk berada di sini. Bukan saja pasir pantainya berwarna ungu tetapi pemandangannya pun Masha Allahmengagumkan!

Image via makinseru.com

Pantai ini diberi nama Pantai Pfeiffer yang terletak di California, Amerika Syarikat. Pantainya yang dikelilingi bukit batu menjadi port buat penggemar fotografi untuk bergambar. Pada waktu-waktu tertentu, langit yang menyelimuti pantai akan menambahkan lagi kesan dramatis. Buat pasangan yang ingin berbulan madu, pantai ini memang sangat recommended!

Image via makinseru.comPanorama Pantai Pfeiffer sewaktu matahari terbenam

7. Pantai Pasir Kaca

Image via 4muda.com

Jika tadi kita bercakap mengenai pasir pantai yang berwarna-warni, kali ini kami nak dedahkan pula sebuah pantai yang pasirnya berkaca. Pantai ini diberi nama Glass Beach dan terletak di Fort Bragg California, Amerika Syarikat.

Image via blogspot.com

Untuk pengetahuan semua, pantai ini dahulunya adalah tempat pembuangan sampah selama bertahun-tahun. Akibatnya sampah kaca, plastik dan sebagainya membentuk seperti butiran-butiran kaca yang berwarna warni. Bila ditatap gambar-gambar di atas, butiran-butiran kaca ni tak ubah seperti kristal!

Image via blogspot.com

8. Pantai Pasir Kerang

Image via 4muda.com

Ini pula pantai pasir kerang atau nama panggilannya Shell Beach dan ia terletak diDenham, Australia. Dikatakan pembiakan kerang di sini tidak terkawal kerana terlalu banyak kerang yang membiak sekaligus menutupi permukaan sebenar pantai tersebut.

Image via travel.detik.com

Berbeza sedikit dengan pantai lain, kebanyakan pelancong yang datang ke sini memakai kasut bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika berjalan di atas pantai tersebut. Pantai yang tercatat sebagai Tapak Warisan Dunia ini sangat popular sebagai tempat untuk berenang kerana ombaknya yang tenang.

Selain itu, di sini juga menyediakan kawasan untuk anda camping bersama teman-teman mahupun keluarga.

Image via www.hipwee.com

9. Pantai Batu Hitam

Image via www.unseentravel.com

Selalu kita kaitkan pantai mesti berpasir bukan? Pantai ini pula memang tiada pasir langsung dan ia dipenuhi dengan batu-batu hitam yang pelbagai saiz. Nama pantai ini ialah Pantai Ko Hin Ngam yang terletak di Thailand.

Image via www.kotarutaothailand.comPapan tanda Pantai Ko Hin Ngam

Dan selalunya pelancong yang tiba ke sini mesti akan mengambil gambar di papan tanda pantai tersebut. Batu-batu di sini mempunyai permukaan yang licin dan bersinar. Aktiviti yang biasa dilakukan oleh para pelancong di sini ialah menyusun batu-batu tersebut peringkat demi peringkat seperti sebuah menara batu. Sangat menarik!


Image via geolocation.ws

Dipercayai bahawa tindanan batu-batu dibuat bersertakan hasrat. Itulah sebabnya banyak batu-batu dsusun di pulau itu. Setiap batu di pulau ini telah disumpah oleh tuhan Tarutao dan sesiapa yang mencuri batu dari pulau akan dihukum kelak.

10. Pantai Pasir Biru

Image via www.hipwee.com

Ini pula pantai pasir biru. Sebenarnya, warna pasir pantai ini tidaklah berwarna biru tetapi tepian pantainya yang berwarna biru. Sinar biru ini dihasilkan oleh fitoplanktonyang bersifat bioluminescent iaitu mengeluarkan cahaya. Ia juga dikenali sebagai 'blue tears'

Image via www.satujam.com

Fitoplankton tersebut dibawa oleh arus ombak dari tengah laut dan pantai ini terletak di Kepulauan Maladewa atau lebih dikenali sebagai Maldives. Tetapi harus diingatkan, anda hanya mampu melihat fenomena ini terjadi pada waktu malam sahaja ya.