Search

10 Pantai Menarik Di Malaysia, Ada Yang Anda Tidak Pernah Dengar Pun!


Jika merujuk pada pantai di Malaysia, selain Port Dickson, Morib dan Cherating, adakah anda terfikir akan wujudnya pantai-pantai lain yang tidak berapa diketahui oleh orang ramai? Malah terdapat banyak pantai cantik yang membolehkan anda menghirup udara segar dan bersantai pada hujung minggu bersama rakan-rakan.



1.Pantai Senok

Pantai Senok terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan pantai yang sangat indah dan tenang, di mana tidak ramai orang yang mengunjunginya, tetapi keindahannya adalah sesuatu yang sangat bernilai. Jika tiada pencemaran, air pantai akan kelihatan bersih. Penduduk setempat tahu akan kewujudan pantai ini, ada diantara mereka yang memilih pantai ini sebagai lokasi untuk membuat sesi fotografi dan menangkap ikan.

Lokasi : 16020 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia



2.Pantai Cahaya Bulan

Difahamkan bahawa sebelum ini ia dikenali dengan nama “Pantai Cinta Berahi”, dan kemudian ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Mungkin disebabkan kelebihan geografi nya, pantai ini telah menjadi salah satu pantai kegemaran rakyat Kelantan untuk berhujung minggu. Dengan menonton laut dan ditiup angin lembut pasti membantu mereka yang ingin berehat.

Lokasi : Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia



3.Pantai Bukit Keluang

Pantai indah ini terletak di Terengganu, di sepanjang tepi tebing laluan kayu, supaya mudah untuk anda berdiri di tempat yang tinggi sambil menikmati angin dan laut yang indah, anda juga boleh melihat akan panorama keindahan Laut China Selatan.

Lokasi : Pantai Peranginan Bukit Keluang, 22200 Besut, Terengganu, Malaysia






4.Pantai Batu Burok


Antara salah satu pantai paling popular di Terengganu yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik dan berdekatan dengan beberapa penginapan bertaraf 3 bintang. Jika anda berjalan di sepanjang pantai, anda akan melihat terdapat kolam renang berdekatan, gelanggang hoki, padang bola sepak, taman permainan kanak-kanak dan boleh dikatakan segala-galanya ada disini.

Lokasi : Jalan Pantai Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia



5.Pantai Rantau Abang

Pantai Rantau Abang sangat dikenali dengan penyu yang memenuhi sekitar pantai, pada tempoh 5 hingga 8 bulan setiap tahun. Sejumlah besar penyu belimbing akan ke pantai untuk bertelur. Ia merupakan salah satu pemandangan yang tidak boleh dilepaskan! Laut disini sangat sesuai untuk berenang, bermain bola tampar, layang-layang dan perkhemahan.

 Lokasi: Rantau Abang, Rantau Abang 23050, Malaysia



6.Pantai Penarik

Berjalan di Pantai Penarik pada hujung minggu sangat menyenangkan, di sepanjang jalan anda boleh melihat pokok-pokok kelapa tinggi melindungi jalan raya dan anda juga boleh bersiar di sekitar Kampung Melayu untuk menikmati suasana yang harmoni.

Lokasi : Kampung Penarik, Permaisuri, Terengganu, Malaysia





7.Pantai Tanjung Jara

Pantai ini terletak di Kuala Dungun, Terengganu. Tanjung Jara mempunyai perairan biru dan angin laut yang pasti sukar dilupakan. Disini agak terpencil, anda hanya akan tinggal di sebuah rumah percutian 5 bintang untuk menikmati percutian yang menakjubkan ini. Terdapat aktiviti seperti menaiki bot, snorkeling, menyelam skuba dan pelayaran yang boleh anda lakukan. Anda juga berpeluang untuk melihat penyu bertelur!

Lokasi : Kuala Dungun, Terrengganu, 23000, Dungun, Terengganu, Malaysia



8.Pantai Puteri

Pantai Puteri Melaka adalah pantai yang menjadi pilihan penduduk bandar pada hujung minggu untuk berkelah, bermain, berenang dan menikmati alam. Duduk menghadap laut dengan menghirup udara segar pasti mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak anda.

Duduk berkelah bersama keluarga, terdapat tikar jerami dan menikmati makanan yang disediakan di bawah pohon sambil duduk berbual sesama sendiri pasti mengeratkan lagi perhubungan. Sambil itu menikmati matahari, air laut dan keindahan pantai.

Lokasi : Pantai Puteri, Mukim Tanjung Kling,Daerah Melaka Tengah,, 76400 Malacca, Malaysia



9.Pantai Konet


Pantai ini dan pulau kelihatan seolah-olah melintang di antara satu sama lain. Semasa air pasang, pulau ini dilihat terasing dari pasir dan sekali ia surut terdapat laluan pejalan kaki di mana anda boleh bergerak ke arah pulau itu. Sangat unik!

Keistimewaan disini adalah diperkaya dengan makanan laut, walaupun mempunyai air yang cetek, tetapi mudah untuk mencari hidupan seperti kerang. Kadang-kadang terdapat sekumpulan pelajar dan guru yang mencari untuk pengetahuan kurikulum.

Lokasi : Pulau Konek, 78200, Malacca, Malaysia



10.Pantai Kundur

Kampung Pantai Kundur merupakan perkampungan nelayan kecil mempunyai pantai yang tenang. Penduduk tempatan sering ke sini untuk berkelah di tepi pantai, bermain dan berenang di laut. Ia adalah lokasi hujung minggu yang terbaik bersama keluarga. Anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di laut.

Disyorkan agar anda menonton matahari terbenam yang indah di pantai kundur. Disini anda boleh melepaskan segala tekanan dan masalah dengan menikmati alam semulajadi dengan menghayati kecantikan laut dan juga matahari.

Lokasi : Kampung Pantai Kundor, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia