Search

15 Idea Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Ketika Travel!


Mengembara memang menyeronokkan tidak kira sama ada mengembara di negara sendiri atau mengelilingi dunia. Mengembara menuntut pengorbanan dari pelbagai aspek seperti meninggalkan keluarga di tanah air, masa, wang, kerja, tenaga dan sebagainya.

Walau apa jua pengorbanan yang dituntut, ia bukanlah penghalang. Hendak seribu daya, tak mahu seribu alasan. Perkara yang paling diperlukan untuk mengembara secara konsisten adalah wang. Tanpa wang, seseorang itu tidak akan sampai ke benua yang diidamkan. Sebenarnya ada banyak cara untuk mengembara secara konsisten dan dalam masa yang sama, mengumpul wang. Di bawah ini ada idea-idea terbaik buat duit ketika travel yang boleh dilakukan untuk konsisten dalam dunia travel anda




1.Mengutip Buah-Buahan



Kerja sebagai pengutip buah-buahan adalah paling popular di kalangan pengembara. Kerja ini popular terutamanya di Australia. Gaji anda dibayar mengikut berat hasil kutipan anda pada hari tersebut. Tetapi harus berhati-hati jika anda mohon kerja ini melalui agen kerana ada banyak kes mangsa yang tertipu dan wang mereka dilarikan.

2. Kelasi Kapal (sailor)



Kerja di atas kapal sebagai kelasi memang menuntut pengembaraan ke banyak negara. Kapal anda akan berlabuh di beberapa buah negara. Semasa inilah anda boleh mengambil peluang untuk kembara ke dunia luar. Segala kos sara hidup di atas kapal adalah ditanggung oleh pihak syarikat/organisasi. Gaji seorang kelasi adalah lumayan. Tetapi bersedialah untuk berada di atas kapal selama berbulan-bulan. Mungkin juga bertahun-tahun. Kalau jenis mabuk laut, menjadi kelasi tidak sesuai untuk anda.





3. Guru Bahasa Inggeris




Jika anda mahir Bahasa Inggeris dengan tatabahasa yang betul, menjadi guru Bahasa Inggeris sememangnya dialu-alukan. Guru bahasa inggeris mendapat banyak permintaan terutamanya di negara-negara seperti Thailand,Vietnam, China, Jepun, Korean, Afrika dan banyak lagi. Kerja ini menjadi pilihan bagi kebanyakan pengembara dari Amerika, Britain dan Australia yang mahir dalam bahasa inggeris.

4. Blog



Blog dan website ternyata menjana pendapatan lumayan. Travel blog juga tidak terkecuali. Ramai travel blogger telah mencuba cara ini dan mereka masih kekal dalam pengembaraan hanya dengan menulis blog. Contohnya Encik Johnny yang berasal dari Australia ini menetapkan matlamat untuk mengumpul $1000,000 sambil mengembara ke seluruh dunia hanya melalui blog dan pengurusan laman web. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar IT atau komputer ini memulakan sebuah blog travel. Jika blog anda dikunjungi ramai, peluang untuk mendapat tawaran iklan di blog anda adalah tinggi. Ada beberapa jenis lain seperti program affiliate, e-book, pay-per-click, Adsense dan sebagainya.

5. Penulis artikel travel




Jika anda mahir dalam penulisan, tulis beberapa artikel tentang pengalaman pengembaraan di negara-negara yang anda lawati. Ada banyak laman web travel dan majalah travel yang akan menerima hasil penulisan pengalaman kembara anda. Setiap artikel anda akan dibayar mengikut kriteria tertentu. Anda boleh hantarkan penulisan kembara anda ke beberapa laman web yang menawarkan bayaran untuk artikel yang anda sumbangkan.

6. Stock- Trading



Pasaran saham online adalah bidang yang mencabar dan berisiko tinggi. Jika anda seorang yang kritis dan mahir membuat analisis pasaran saham, anda boleh menjana pendapatan melalui stock-trading online. Ada seorang traveler bernama Marcello Arrambide, seorang trader yang mencari sumber kewangan kembaranya melalui stock-trading. Belajar betul-betul dulu sehingga mahir bagaimana menjadi stock-trader yang sukses. Bila sudah yakin, mulakan langkah seterusnya yang diperlukan untuk menjadi seorang stock-trader.



7. Fotografi



Fotografi adalah salah satu cara untuk mencari pendapatan tambahan. Sebagai traveler, tentu banyak gambar-gambar cantik yang boleh diabadikan dari pengembaraan anda bukan? Perbaiki dan asah setajamnya kemahiran anda dalam seni fotografi. Anda boleh jual gambar-gambar pengembaraan itu dibeberapa lama web contohnya Smugmug.com

8. Bekerja di Restoran/Cafe/ Hostel




Bila anda sampai di sesebuah negara dan menginap di hostel, cubalah bertanya kepada staf hostel tempat anda menginap jika mereka memerlukan staff tambahan atau mereka mengetahui mana-mana cafe/restoran yang memerlukan pekerja.

9. Melibatkan Diri Dalam Mengumpul Dana (Fundraising)



Untuk mengumpul dana, daftarkan diri di beberapa laman web komuniti yang mana anda boleh menampilkan diri dan menulis tentang pengalaman pengembaraan anda yang boleh dikongsi bersama rakan komuniti dilaman web tersebut. Memang terdapat komuniti yang sudi menderma. Hal ini selalunya dipraktikkan oleh masyarakat di negara barat. Anda boleh daftarkan diri di laman web seperti Gogetfunding, Trevolta, Gofundme, dan Fundmytravel.

10. Design T-Shirt.



Mungkin bunyinya agak pelik. Tapi ini memang benar-benar boleh dilakukan. Caranya mudah sahaja. Laman web BonFireFarms membolehkan anda design T-shirt dengan mudah. Selepas design, anda cuma perlu kongsi dilaman sosial atau website. Anda boleh tetapkan harga, saiz , jenis t-shirt, jangka masa jualan dan target helai yang diingini. Cukup mudah! Jika ada pembeli, anda akan menerima bayaran sebaik sahaja jangka masa jualan tamat.




11. Menjadi Sukarelawan

Menjadi sukarelawan semasa travel tidak menjamin anda untuk mendapat gaji. Sukarelawan bermakna anda membantu tanpa mengharapkan balasan. Biasanya sesiapa yang menyertai sukarelawan akan mendapat tempat tinggal, makanan dan lain-lain sara hidup secara percuma. Sertai kegiatan sukarela yang ditawarkan di laman web seperti di GrassRootsVolunteering, IndependentVolunteer, Wwoof, Peacecops.gov, Greenpeace.org, Peaceboat.org, dan Helpx.net yang diperlukan dibeberapa buah negara.

12. Busking/ Persembahan Jalanan




Jika ada bakat dalam nyanyian atau persembahan, anda boleh melakukannya di tempat-tempat terbuka seperti di kawasan tumpuan pelancongan, taman-taman, stesen bas, stesen keretapi dan sebagainya. Anda akan dapati orang ramai begitu pemurah mendermakan beberapa ringgit dari duit mereka ke dalam tong duit anda. Yang penting, anda tidak berasa malu melakukannya.

13. Rekabentuk Laman Web

Mungkin ini tidak sesuai untuk semua pengembara kerana ia memerlukan kemahiran komputer yang tinggi. Jika anda mempunyai pengetahuan tentang rekabentuk laman web, anda boleh menawarkan khidmat anda. Bagaimana? Senang saja. Semasa singgah dihostel sesebuah negara, kunjungi laman web mereka dan nyatakan kepada pemilik laman web hostel berkenaan bahawa laman web mereka perlu diperbaiki dan anda boleh menawarkan khidmat dengan bayaran terendah. Yakinkan kepada mereka bahawa laman web mereka sangat - sangat tidak menarik dan perlukan pembaikan segera. Mana tahu, khidmat anda diperlukan nanti.

14. Pemandu Pelancong




Jika anda mahir dengan selok-belok suatu tempat pelancongan yang menjadi tumpuan, sebenarnya anda boleh menawarkan diri sebagai pemandu pelancong kepada pelancong asing. Mungkin anda telah berpuluh-puluh kali melawat tempat yang sama dan begitu mahir dengan selok belok tempat tersebut. Anda yakin boleh menjadi pemandu pelancong yang baik. Tapi anda perlulah berhati-hati juga kerana menjadi pemandu pelancong freelance ini tidak sama seperti pemandu pelancong untuk agen. Anda mungkin terdedah dengan bahaya dari orang-orang yang tidak dikenali. Jadi berhati-hati selalu.

15. Tawarkan apa-apa saja perkhidmatan yang HALAL dan jadilah kreatif.



Sebenarnya masih ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjadi pengembara yang berduit. Tawarkan khidmat yang memerlukan kemahiran yang minimum seperti khidmat gunting rambut. Jadilah penterjemah jika anda boleh berbahasa lebih dari satu bahasa. Jual hasil seni lukisan. Tawarkan khidmat jurulatih renang dan snorkeling jika anda mahir dalam berenang dan menyelam dan banyak lagi. Teruskan berfikir dan jadilah kreatif. Ada ramai pengembara sepenuh masa diluar sana yang boleh anda jadikan inspirasi dan panduan tentang bagaimana cara mereka mencari pendapatan sambil mengembara.