Search

15 Tip Dan Itinerari 5 Hari 4 Malam Ke Pulau Okinawa, Jepun



Ku tinggalkan cinta di Okinawa.

Ramai antara kita sudah menonton drama tersebut di Astro. Terinspirasi dengan drama tersebut membuat saya teruja untuk ke sana. Okinawa terletak di sebelah selatan Jepun yang mempunyai ratusan gugusan pulau-pulau yang kecil.

Okinawa bukan hanya terkenal dengan pantai yang membiru, malah menurut sejarah sukan karate juga bermula disini. Okinawa juga terkenal dengan Okinawa Diet dan mempunya penduduk yang berjangka hayat yang panjang.




Ini adalah antara tip-tip jika hendak ke Okinawa

1. Naha adalah pintu masuk utama


Jika hendak ke Okinawa, Naha adalah pintu masuk utama melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Naha. Dari Tokyo mengambil masa selama 2 jam 30 minit manakala jika dari Osaka mengambil masa selama 2 jam.Naha juga boleh dihubungi melalui Taipie, Seoul, Hong kong, Shanghai.

2. Penerbangan ke Okinawa


Jika dari Jepun , antara syarikat penerbangan yang ke sana adalah Japan Airlines, ANA, Jetstar, Peach Airlines dan lain lain lagi. Tiket penerbangan adalah lebih kurang RM 300-400 jika berjaya mendapat tiket promo

3. Monorail adalah pengakutan yang utama

Untuk bergerak di bandar Naha. Monorail adalah pengangkutan yang utama. Ia nya menghubungkan Lapangan terbang Naha dan ke pusat bandar. Harga tambang bermula 180¥ hingga 300¥

4. Daily pass

Jika ingin meneroka bandar Naha, eloklah membeli sehari monorail pass yang berharga 600¥. Jika ingin mengunakan monorail dan bas sekitar Naha boleh membeli pass sehari yang berharga 1000 ¥.

5. Hostel untuk backpacker

Untuk backpacker , boleh lah tinggal di hostel. Semasa kunjungan di sana saya tinggal di Guest House Kainan. Harga semalam adalah RM 50. Kebanyakkan hostel disana dalam julat RM 50-RM 80. Harga nya boleh dikatakan agak murah.

6. Jika pergi secara berkumpulan, bolehlah menempah kereta



Okinawa bukan hanya di Naha. Banyak lagi tempat menarik di sana. Untuk mendapat kepuasan yang maksimum boleh lah menyewa kereta untuk ke tempat- tempat penduduk tempatan.

















7. Jangan lupa ke pulau-pulau

Kalau ke Okinawa, tidak sah jika tidak berjemur di pulau- pulau. Antara pulau- pulau yang boleh dilawati untuk sehari adalah seperti Pulau Tokashiki, Pulau Zamami dan Pulau Aka.

8. Tidak banyak makanan halal

Semasa kunjungan di sana, saya tidak menjumpai restoren halal.Mungkin ada tetapi tidak jumpa. Jadi boleh bawa banyak stok makanan.

9. Cuba makanan tempatan

Okinawa terkenal dengan aktiviti pertanian. Jadi disana banyak produk yang berkisarkan buah-buahan. Antara makanan yang patut dicuba adalah tart keladi.

10. Bawa duit cash secukupnya

Di Okinawa, banyak ATM yang tidak menerima kad ATM antarabangsa. Semasa di Okinawa juga, duit Malaysia tidak di terima untuk tukaran. Jadi buatlah pertukaran yang secukupnya.




11. Mesti menginap sekurang -kurangnya semalam di pulau


Amatlah rugi jika tidak menginap di pulau-pulau. Untuk backpacker jangan risau, disana ada banyak backpacker hostel. Jika yang sukakan aktiviti berkhemah jugak boleh dilakukan.

12. Bawa sunprotector

Di Okinawa, cuaca sangat panas. Bawalah alat pelindung yang sesuai untuk mengelakkan dari cahaya matahari yang terik.

13. Berbaik dengan orang tempatan

Untuk lebih mendalami adat penduduk tempatam boleh lah ke Nakamura. Di sini anda mempunyai peluang untuk beramah mesra dengan penduduk asal Okinawa.

14. Hitchhike

Semasa di pulau, saya tidak mempunyai pengangkutan. Jadi saya berhitchhike. Penduduk disana sangat ramah dan tidak lokek. Saya sangat mencadangkan hitchhike jika kepulau pulau. Lagipun tambang bas di sana agak mahal 400¥.

15. Mesti pergi


Antara tempat yang perlu dilawati adalah Shuri Castle, Kokusai-Dori, WW2 peace Memorial, Oceon expo park, Sefa utaki.


Ini adalah itineri saya 5 hari disana


Hari 1

Sampai di Okinawa, terus ke hostel yang terletak di sekitar Kokusai Dori . Melawat sekitar Kokusai – Dori, Makashi market dan lain lain

Hari 2

Ke pulau Tokashiki
Bermalam di pulau
Mandi manda di pantai

Hari 3

Bertolak ke Naha
Melawat sekitar Selatan Okinawa( Niraikanai, Himeyuruni no tou,memorial museum, gua Gyokusendo

Hari 4

Melawat utara Okinawa( Manzame cape, expo park, nakijin castle)

Hari 5

Melawat sekitar Naha seperti Shuri castle, outlet
Balik