Search

7 Aktiviti Menarik Jika Melancong Ke Brazil



Sebagaimana yang kita ketahui beberapa hari lepas berlangsungnya upacara pembukaan Sukan Olimpik di Rio Di Jenerio, Brazil yang disertai 206 negara dan seramai 10,500 peserta dari seluruh dunia.  Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran seperti kerisauan tentang virus zika dan skandal doping yang melanda pasukan Russia, sudah tentu sebagai tuan rumah, Brazil ingin melihat temasya yang gilang gemilang ini berjaya.

Buat mereka yang ada sela masa atau mengambil cuti yang panjang anda boleh melawat beberapa tempat dan aktiviti menarik disekitar bandar tersebut untuk dijadikan kenangan dan pengalaman yang menarik untuk dikongsikan dengan rakan dan taulan.


1. Lepak santai di Kepulauan Costa Verde

Pulau Fernando de Noronha

Kalau korang nak tahu, memang banyak gila pulau dan pantai yang superb cantik sepanjang pantai Brazil. Pulau tropika Costa Verde terletak di antara Rio dan São Paulo seperti Ilha Grande dan Ilhabela. Tapi, katanya Pulau Fernando de Noronha adalah yang paling cun. Ha.. pilih jangan tak pilih!

2. Rasakan Kedinginan Air Terjun Iguazu


Air Terjun Iguazu

Mesti ianya akan menjadi kenangan yang paling tidak dapat dilupakan jika korang boleh menjejakkan kaki di Air Terjun Iguazu di selatan Brazil ini. Puncak tertinggi Air Terjun Iguazu ini yang dinamakan sebagai Garganta do Diabo dikatakan mencecah 230 kaki! Fuh!


3. Belajar masakan Brazil di Copacabana

Foto via www.independenttraveler.com

Korang dan buddies memang gemar mencuba resipi baru? Gemar makan? Nah, apakata korang trybelajar masak menu ala-ala Brazil di Copacabana. Balik Malaysia, tunjuk skil masterchef korang biar semua mata terbeliak. Baru dikatakan percutian yang mantap!

4. Berhiking di Chapada Diamantina National Park!

Chapada Diamantina National Park

Bagi golongan yang lasak pula, korang boleh try hiking, river rafting atau just lepak-lepak di Chapada Diamantina National Park. Kat mana tu dan apa yang menariknya?

Well, Chapada Diamantina National Park ni terletak di Pergunungan Bahia dan merupakan pusatecotourism paling famous di Brazil. Ada gua, tasik dan air terjun bawah tanah dan sudah semestinya udara hutan yang menyegarkan. Jangan tak larat sudah lah ye!

5. Cari Ketenangan Dan Beromantika di Paraty

Paraty

Paraty merupakan bandar bersejarah di Costa Verde berada di antara Rio de Janeiro dan Sao Paulo yang mana dikatakan merupakan kawasan perdagangan emas abad ke-18. Paraty merupakan destinasi popular untuk mereka yang sukakan aktiviti cruise. Pergh, mesti sweet gila dapat cruise sambil girlie talk mengimbau memori lama bersama BFF kan?



6. Belajar sejarah di Sao Miguel das Missoes

Sao Miguel das Missoes

Buat mereka yang sukakan sejarah dan juga menyelami rekabentuk bangunan dahulu kala, apakata berkunjung ke Sao Miguel das Missoes yang telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO. Sambil melancong, bolehlah timba ilmu sikit kan?

7. Jejak Kaki Di Stadium Maracana!


Buat kaki bola mesti tahu bahawa Stadium Maracana ini dibuka pada tahun 1950 untuk menganjurkan FIFA World Cup (psst, Brazil kalah dengan Uruguay 1-2 dalam pusingan penentuan). Sejak itu Stadium Maracana ini telah menjadi medan pertarungan untuk pelbagai perlawanan bola sepak kelab ternama di Rio de Janeiro!