Search

8 Perkara Tentang MAPS Movie Animation Park Studio Perak Yang Boleh Buat Anda Teruja!



Ini merupakan salah satu daya tarikan terbaru di negeri Perak yang pastinya membuatkan anda teruja untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disajikan dari 6 jenis Zon Tema dengan 40 aktiviti keseluruhannya. Mari kita lihat 6 perkara yang best tetang MAPS Perak yang boleh naikkan keterujaan anda!

1. Taman Tema Animasi Pertama Asia

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Buat pengetahuan anda, Movie Animation Park Studios (MAPS) adalah merupakan taman tema animasi pertama di asia. Kita seharusnya berasa gembira dan teruja, kerana kita adalah negara pertama yang mempunyai taman tema seperti ini.



2. Lokasi yang strategik

Image via www.skyscrapercity.com

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Taman tema yang terletak di Meru Raya, Perak ini sangat strategik kerana berhampiran dengan Plaza Tol Jelapang dan hanya mengambil tiga minit masa perjalanan dari terminal Ipoh Sentral. Manakala hanya 20 minit dari lapangan terbang serta stesen keretapi.

3. Dibina dengan kos sebanyak RM450 juta

Image via www.themeparkguide.org

Image via www.themeparkguide.org

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Menurut laporan Sinar Harian, fasa pertama taman tema yang dibangunkan oleh Animation Theme Park Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan sebanyak RM450 juta.

4. 40 daya tarikan kepada pengunjung

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Di sini terdapat 40 daya tarikan buat pengunjung termasuk 23 jenis pertunjukan, 18 theme dining dan retail outlets di enam zon bertema.



5. Menampilkan watak animasi dalam DreamWorks Adventure Zone

Image via www.mapsperak.com

Image via www.mapsperak.com

Image via www.mapsperak.com

DreamWorks Adventure Zone yang menampil karakter animasi popular seperti Mr Peabody and Sherman, Megamind, The Croods serta Casper the Friendly Ghost.

6. Tarikan animasi Smurf live pertama di Asia

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Tarikan animasi Smurf termasuk pertunjukan kostum karakter, live shows di ruang teater animasi dan persembahan Smurftastic yang turut memaparkan efek istimewa CGI.

7. The Home of BoBoiBoy

Image via www.mapsperak.com

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Pengunjung berpeluang melawat Home of BoBoiBoy, yang mengetengahkan BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam dan pelbagai lagi.

8. Menara terjun tertinggi di Malaysia, ‘Megamind Megadrop’

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Image via Movie Animation Park Studios/Facebook

Bagi anda yang agak berani, rasailah pengalaman yang mengujakan dengan mencubaMegamind Megadrop iaitu menara terjun tertinggi di Malaysia.



BONUS: Buat pengunjung, anda juga boleh merasai pengalaman menjamu selera serta berbelanja di ruang yang direka khas untuk para peminat angkasa lepas.

Image via www.blooloop.com

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh yang dinyatakan ini adalah bermula 1 Mac 2016. Kepada mereka yang sudah membeli tiket tetapi sudah tamat tempoh masih lagi boleh menggunakannya, ini mengikut makluamt yang saya dapat dari facebook MAPS Perak.

Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Pass Sehari (Daily Pass) Tanpa Mykad
Dewasa : RM 155
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 125

Pass Sehari (Daily Pass) Dengan Mykad
Dewasa : RM 133
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 103

Tempahan Atas Talian (On-Line)

Pass Sehari (Daily Pass)
Dewasa : RM 128
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 98

Pass Sehari (Daily Pass)
Tempahan untuk 10 orang keatas
Dewasa : RM 123
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 93

Pass Setahun (Annual Pass) 
Dewasa : RM 280
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 250

Orang Perak dengan menggunakan kad pengenalan perak (limited edition)

Perak Pass
Warga Perak (IC Perak)
Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Dewasa : RM 180
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 150

Nak Jimat? Beli Online Disini mapsperak.com



MAPS Perak dijangka akan mula beroperasi pada Disember 2016. Untuk maklumat terkini rajin-rajinlah melayari facebook mereka. Melihatkan pada review fanpage MAPS Perak yang mendapat rating 4.6 star, walaupun boleh pernah  kesana, dan fan mereka yang hampir mencecah 190k kami beranggapan orang Perak sudah tidak sabar-sabar untuk pergi kesana untuk merasai pengalaman baru ini!

Layan video ini dahulu.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: Movie Animation Park Studios
Laman web: www.mapsperak.com