Search

9 Kafe Hipster Halal Paling Top Di Shah Alam Yang Anda Mesti Kunjungi!


Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di PJ dan TTDI, kafe sebegini juga dilihat banyak "tumbuh" di Shah Alam. Di sini, kami kumpulkan kepada anda 10 kafe halal terbaik yang boleh anda kunjungi.

1. Foodsbury

Image via Instagram @foodsbury 
Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni. Layari
Instagram dan Facebook Foodsbury.

Status: Halal

Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
Telefon: +6013-386 1848



2. Chemistry Café+Lab

Image via Instagram  @chemisterycafe
Chemistry Café+Lab adalah kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Lebih menarik, kafe ini menggunakan peralatan makmal tulen untuk pelanggan bagi mengalami persekitaran makan dalam makmal. Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk dalaman yang disifat sebagai aneh. Khusus dalam kopi dan minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri yang menyelerakan. Layari Instagramdan Facebook Chemistry Café+Lab.

Status: Halal

Alamat: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi:
Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat = 3 petang hingga 1 pagi
Sabtu & Ahad = 10 pagi hingga 2 pagi
Telefon: +6017-6262 7979


3. Cake Jalan Tiung


Image via Instagram @cakejalantiung

Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Layari Instagram danFacebook Cake Jalan Tiung.

Status: Halal

Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Rabu - Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
Telefon: +6012-9512 887



4. Kopimeo

Image via Instagram @kopimeo
Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan. Info lanjut sila ayari Instagram Kopimeo.

Status: Halal

Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
Telefon: +6012-2060 326

5. Brew&Bread

Image via fb Brew&Bread
Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan. Jangan lupa untuk layari Facebook Brew&Bread untuk info lanjut.

Status: Halal

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Jumaat - Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
Telefon: +603-5131 5201




6. Holy Smoke Cafe

Image via mahamahu.com, timeout.com, foursquare.com 
Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Layari Instagram dan Facebook Holy Smoke Cafe.

Status: Halal

Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari
Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
Telefon: +603-5511 8018

7. Bert's Cafe

Image via Instagram @cafebert's
Bert's Cafe adalah satu kafe menarik yang terletak di kawasan kejiranan U12, Shah Alam. Walaupun kafe yang dikendalikan oleh sebuah keluarga ini kecil molek dari segi saiz, tarikan atau appeal yang ada padanya jauh lebih besar. Dengan hiasan dalaman yang selesa, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Bert's mungkin satu kafe yang agak baru, tetapi aroma kopi dan hidangan makanannya pasti membuka selera sesiapa yang datang. Layari Instagram danFacebook Bert's Cafe.

Status: Halal

Alamat: 6, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Selasa - Ahad = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Selasa.
Telefon: +6017-2255 597

8. The Sumbs

Image via Instagram @thesumbscafe
Dimiliki oleh selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob, The Sumbs menawarkan banyak kategori makanan seperti Appetizer & Snack Delights, Pasta Delights, Sandwich Delights, Calzone, Western Delights, Local Delights dan Dessert Delights. Terdapat jugaSumbs Meal Hour, iaitu hidangan makanan tempatan yang datang dengan minuman berkarbonat dari jam 12 tengahari hingga 3 petang, dan 6 petang hingga 9 malam. Layari Instagram dan Facebook The Sumbs.

Status: Halal

Alamat: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
Telefon: +6017-2888 658

9. The Teapot Deli

Image via nadot.my, foodspotting.com
Teapot Deli melahirkan suasana kampung kecil bertemakan English dengan gubahan bunga menghiasi dinding dan bau makanan yang dipanggang terapung-apung di udara. Cuba pai ayam mini mereka, atau trifle buah-buahan manis yang sangat lazat. Minuman yang disediakan termasuk pelbagai jenis teh, kopi dan jus.

Status: Halal

Alamat: Lot 2F-29, 2nd Floor, SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:
Isnin - Khamis = 11 pagi hingga 9.30 malam
Jumaat - Ahad = 11 pagi hingga 10 malam
Telefon : +6019-277 3043