Search

Anda Mungkin Tak Percaya Padang Ini Asalnya Adalah Gurun Kontang!


Pertama kali kami mengetahui mengenai apa yang terjadi di sebalik gambar ini, membuatkan kami bertambah kagum dengan alam ciptaan-Nya. Tempat yang paling mustahil akan tumbuh bunga pun, akhirnya tumbuh juga tumbuhan.


 



Padang pasir Atacama Chile merupakan kawasan paling kering di atas muka bumi. Bagaimanapun baru-baru ini kawasana tersebut telah bertukar kepada kawasan yang menakjubkan hasil penerimaan hujan yang lebat ketika musim bunga (Oktober, November).





Ini kerana, benih-benih bunga yang tumbuh di padang pasir Atacama telah dibawa oleh taufan Patricia yang melalui kawasan tersebut. Dengan hujan lebat yang turun, ia membantu proses bunga-bunga di situ untuk tumbuh mekar. Perkara yang menakjubkan itu juga berlaku dua kali dalam tahun ini selain tidak pernah dirakam sebelum ini.



Menurut Pegawai Pelancongan di sana, perkara tersebut menjadikan kawasan Atacama tumpuan pelancong dan dianggarkan 20,000 orang akan melawat tempat tersebut untuk melihat sendiri keindahan alam yang unik ini.






Amacam menarik tak? Subhanallah tiada yang mustahil bagi Nya!