Search

Beriadah Bersama Keluarga Di Tasik Kenyir Water Park


Tasik Kenyir Water Park antara destinasi yang mesti dilawati buat mereka yang suka dengan sukan air, yang mana telah dibuka secara rasmi terletak di Pulau Poh,Hulu Terengganu.




Taman tema air ini yang lebih dikenali dengan nama Kenyir Water Park (KWP) telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung ramai khususnya dari penduduk Terengganu sendiri. Apa yang unik disini, untuk ke Tasik Kenyir Waterpark, pengunjung perlu menaiki bot selama lebih kurang 10 minit perjalanan, oleh kerana jambatan yang menghubungkan ke Waterpark ini masih lagi didalam pembinaan dan ianya di jangka siap pada tahun 2016.


Bagi mereka yang mahu datang kesini, pengunjung boleh melalui jeti di Pengkalan Gawi sebelum menaiki bot ke Tasik Kenyir Water Park di Pulau Poh, Akses ke Jeti adalah juga boleh dengan menggunakan kereta melalui jalan raya. Untuk pengetahuan Tasik Kenyir Waterpark ini dibina secara berfasa / berperingkat dan apa yang pengunjung lihat sekarang adalah kemudahan permainan air dan kolam untuk fasa pertama. dan ia tidaklah sebesar seperti Legoland Waterpark ataupun Sunway Lagoon, dan permainan air yang ada disini setakat ini rata-ratanya lebih sesuai untuk kanak-kanak.

*Salah satu kolam mandi di Tasik Kenyir Waterpark


Antara keunikan yang terdapat di waterpark ini yang tiada di tempat lain di Malaysia adalah pada permainan di tengah tasiknya yang dikenali sebagai Lake Playstation yang lebih mencabar dan sesuai bagi mereka yang mahu menguji ketahanan stamina dan mereka yang mahukan sesuatu yang lasak dan mencabar.



*Lake Playstation di tengah tasik

Walaupun permainan ini di tengah tasik, ciri keselamatan untuk pengunjung tetap di utamakan terutamanya dari segi pengawasan krew bertugas dan pemakaian Jaket Keselamatan.

Dari segi fasiliti untuk pengunjung, terdapat kemudahan seperti Surau, kafe, Tandas Awam, restoran dan pondok ( Sewa ). Bagi fasa kedua, pembinaan Tasik Kenyir Waterpark ini merangkumi kemudahan permainan air untuk orang dewasa dan juga tempat penginapan bagi mereka yang ingin bermalam disini.





Harga Tiket Tasik Kenyir Waterpark

Harga tiket boleh dikatakan murah jika mahu dibandingkan dengan Waterpark di tempat lain

Dewasa : RM25 ( Seorang )
Kanak-kanak : RM15 ( Seorang )
Warga Emas : RM15 ( Seorang )

Keluarga anda pastinya teruja sekiranya dapat menaiki bot menyusuri keindahan air Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Kini, Tasik Kenyir Houseboat bukan lagi satu-satunya pilihan yang ada untuk merasai pengalaman menaiki bot di Tasik Kenyir


Selain itu disini juga terdapat kemudahan untuk disewa sperti pondok pada kadar RM15 dan juga. Pelampung untuk kanak-kanak. terdapat juga permainan paddle boat yang kadar harganya hanya RM 5.





Waktu Operasi


Taman Tema Tasik Kenyir Waterpark ini dibuka kepada umum pada setiap hari kecuali pada hari selasa bermula seawal jam 10.30 AM sehinggalah 5.30 PM. pada musim cuti sekolah dan cuti am, tempat ini beroperasi pada setiap hari.


Memandangkan hari cuti di Terengganu jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, maka boleh dikatakan pada hari tersebut memang banyak pengunjung yang datang kesini. untuk mereka yang hadir pada sebelah pagi hari jumaat dan ingin menunaikan waktu pada tengahari, perkhidmatan bot ke jeti pergi-balik adalah percuma. pastikan tiket tidak hilang sebagai bukti.




Image via emily2u.com

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan negeri Terengganu dengan menambah satu lagi tempat menarik di Tasik Kenyir dan sudah pastinya akan menarik lebih ramai pelancong yang berkeluarga untuk datang ke tempat ini. memang menyeronokkan sekiranya datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan pada musim cuti, bagi anda yang inginkan keseronokan di taman tema air khususnya yang dekat dengan alam semulajadi, jangan lupa untuk datang singgah di Tasik Kenyir Water Park, Terengganu.





Kemudahan:

  1. Restaurant
  2. Souvenirs
  3. Toilets
  4. Surau
  5. Cabanas

Permainanan:

  1. Giant Slide
  2. Slide
  3. Playstation
  4. Peddle boat
  5. Lake Playstation
Address: Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu, Malaysia
Phone: +60 11-1293 3468

Waktu Operasi:

Park Opens: 10:00am - 5:30pm
Tickets: 9:45pm - 4:00pm