Search

Desa Dairy Farm Kundasang Sabah, Terasa Seperti Memerah Susu Di New Zealand




Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang! Desa Dairy Farm Kundasang atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara! Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan saudara mara korang yang sudah pergi atau kita pergi sendiri rasa macamanalah.



Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang, korang boleh masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah.

Selain itu pelawat yang mengunjungi Desa Dairy Farm, anda boleh rasa produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sangat sedap!

Admin galakkan untuk korang pergi pada waktu pagi kerana cuaca lebih sejuk dan kurang awan yang melitupi Gunung Kinabalu.

Jangan risau. Sebenarnya anda semua tak perlu pergi jauh keluar negara untuk mendapat itu semua. Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah boleh membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand.






Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk.








Ladang seluas 199 hektar ini menjadi tempat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. Desa Dary Farm ini terletak kira-kira 100km daripada bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai jika menaiki kereta.













Bukan sekadar melihat permandangan yang indah dan cantik tapi anda juga berpeluang menikmati pelbagai jenis susu segar dan aiskrim yang sedap buatan orang tempatan yang terjamin kesedapannya.







Cara Pergi Ke Sana.

Ambil flight ke Kota Kinabalu. Ambil kenderaan ke Kundasang yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan. Kalau ada peluang boleh singgah di Tugu Perang Kundasang yang dibina bagi mengenang keberanian wira Perang Dunia Kedua yang terkorban disini dahulu.

Alamat: P.O. Box 71, 89308 Kundasang, Ranau, Sabah Kundasang
Hours : Mon-Sun: 8:00 am - 5:00 pm
Phone:  088-889562
Waktu Dibuka: 8.00am to 5.00pm (Mon-Sun) * termasuk cuti umum.
Website: desaplus.com
Facebook:  desadairyfarm