Search

Gabungan Nasi Lemak Dengan Western Food Ini Boleh Buat Anda Lapar!


Nasi lemak boleh dikatakan sebagai makanan yang paling digemari oleh orang Malaysia. Pergi je ke mana pun, mesti ada pilihan nasi lemak untuk dibeli. Food court mesti ada nasi lemak, kantin mesti ada nasi lemak, kopitiam mesti ada nasi lemak, silap-silap kalau ada kena dengan musim, fast food pun ada sediakan nasi lemak.

Sekitar Lembah Klang, ada banyak kedai yang menjual nasi lemak yang menarik perhatian kami. Sebagai contoh, nasi lemak bumbung, nasi lemak kreuk kreuk, nasi lemak 222, nasi lemak lori, nasi lemak goreng dan banyak lagi tempat yang best-best untuk melempiaskan nafsu makan terhadap nasi lemak ni.

Tapi baru-baru ini, ada muncul satu food truck yang menjual nasi lemak yang unik sedikit dari yang lain; nasi lemak yang makan dengan lauk western. Bunyi macam pelik? Tapi food truck ni sekarang dah menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Nasi lemak yang dimakan dengan pilihan lauk seperti chicken chop, chicken grill, butter chicken (ini kegemaran orang Subang Jaya), meatballs dan juga chicken wings ini terletak di Nilai dan mereka menamakan perniagaan food truck sebagai Cik Mak Pak Hang.

Pernah dengar?

Kalau tak pernah dengar, mari kami bagi tahu apa sangat yang istimewanya tentang CikMakPakHang ini.

Antara yang menarik perhatian pasal mereka ini adalah harga makanan dia orang yang murah. Kami pernah ternampak satu tweet di Twitter yang mengatakan dia orang berniaga macam taknak untung. Murah betul! Bayangkan kalau makan nasi lemak dengan chicken chop baru RM5. Dan portion dia bukan sikit, ayam dia bukan kecik, ayam dia besar, nasi dia banyak!




Senarai Menu

Selain dari nasi lemak yang menjadi kegemaran pelajar di kawasan sekeliling tapak niaga mereka (iaitu di Inti College Nilai). Menu lain yang disediakan juga menjadi perbualan orang ramai, antaranya seperti Mac N Cheese Meatballs dan juga Chicken Wings Hot Sauce.

Berkenaan meatballs pula, kami prefer katakan meatballs yang mereka sediakan setanding dengan meatballs terkenal di Mutiara Damansara sana. Memang sedap!



NASI LEMAK CHICKEN CHOP



MEATBALLS DAN MAC N CHEESE



NASI LEMAK CHICKEN BUTTER



CHICKEN CHOP WITH FRIES



CHICKEN WINGS HOT SAUCE



CHILLI CHEESE FRIES



NASI LEMAK MEATBALLS



Dengan harga yang murah, kami pun decide untuk rasa semua menu. Menu yang mereka sediakan sangat sedap. Setiap malam juga mereka sediakan hidangan sampingan lain seperti bubur, agar-agar dan lain-lain.

Jika berminat nak tahu lebih lanjut, boleh follow mereka di Instagram & Twitter; @cikmakpakhang atau boleh like Facebook mereka;facebook.com/cikmakpakhang.

Lokasi: Dihadapan Kolej INTI, Nilai
Waktu operasi: Setiap hari pada 6PM hingga 1AM



Semoga semua enjoi menikmati hidangan daripada Cik Mak Pak Hang.